Wednesday, January 28, 2009

cuti,cuti dan cuti

Best betul kalau dah boleh cuti...sebab otakku dah penat memikir hal2 kerja, perangai bebudak kat opis tu...breakdown, peangai management...ahrghhh..so benci
Sesekali bila dapat cuti lama memang best, seminggu weih...sape yg tak best. Tapi dalam ke'best'an cuti tu ada yg tak best..
1) Ku cuti di umah MIL - tak best sebab takleh buat mcm umah sendiri
2) Ku tadak jenjalan mana sebab Kota Bharu jammed koi...
3) Ku balik umah MIL seba dia buat kenduri tahlil utk FIL - letih cuci pinggan
4) Kitorg gi mkn steamboat tapi memang tak best langsung - takde mood nak amik gambar
5) En. Hubby ku demam dan sakit peyut - takleh ajak gi rewang2
6) On the way balik KL, jalan jammed teramat teruk - tak best duk lam kereta lelama

Pendek kata, ku cuti hari tu banyak betul yg tak best. Nasib baik cuti berbaki 3 hari lagi buatku melepak kat umah sendiri..

Nota kaki : Adakah kalau ku bercuti hari tu di umah bondaku maka ia akan jadi best??? hohohoho...no offense okay...

Tuesday, January 20, 2009

Farzana dah berdiri

Dah 4 hari farzana berak2 dgn kerap...cair pulak tu.
Erm...risau jugak ni tapi kucuba control perasaan dulu (ke perasan ;p)
Maybe nak beralih bulan kah? Atau nak belajar buat sesuatu yg baru?
Itu kata org tua2...daku masih muda (perasan lagi)

Maybe betul la kot kata org tua2 tu (again, makcik muda lagi ye..hehehe)
Sekarang ni farzana tgh giat gigih belajar berdiri...
Tak kira di mana, asal ada tempat berpaut pasti dia akan terus berdiri.
Sampaikan timbunan baju yg dah dilipat pun jadi tempat pautan (pecah rahsia makcik malas kemas baju)

Monday, January 19, 2009

Emoticon dalam blog??

Mama has been wondering kenapa la takleh nak letak emoticon kat dalam blog...
Cari punya cari...dah search google bagai....rupa-rupanya kita kena add script kat dalam tab "edit html"
Now I've been trying hard in experimenting the emoticon task...
Dah berpuluh kali add script tapi mcm tak berjaya jugak...how???

p/s: sesape tau macam mana nak buat...please leave a comment okeh...

Papa work, mama Offday

Alahai...bosannya hidup mcm ni...
Nak2 lagi kalau mama offday time weekdays...means hari2 minggu biasa (Isnin-Jumaat)
Papa pegi keje, mama pulak melepak kat umah dgn anak2.
Pegi shopping pun mcm takde spirit sebab org2 lain semua sibuk di opis...tinggal berapa kerat je kat shopping mall tu..

Dulu memang mama happy giler kalau dapat shopping time tak crowded, tapi since dah lalui benda2 camni selama 5 tahun, mama macam dah bosan sesangat.
So...bila opis nak buat satu unit yg working normal hours as org lain, bagi mama ini adalah berita gembira...

HAH?Berita gembira??
Yes dear...you tak salah baca or mata you tak salah pandang. Memang mama happy sgt dapat hidup as a normal person (statement mcm tuan puteri le pulok)...
Mama antara org pertama yg volunteer untuk masuk unit ni walaupun tahu risiko utk di'overloaded' dgn kerja amat la jelas sekali...dah mereng ke hapa mama ni...muaakakakaka....

Maka starting from 1st February 2009 ni mama akan kembali bekerja office hour...5 hari kerja dan 2 hari cuti. Sebelum ni mama kerja syift hour...6 hari kerja and 4 hari cuti...best kan???

Memang la mama sayang bangat dengan cuti yg 4 hari tu tapi demi masa depan family mama sanggup korbankan segalanya...

Mama rasa since mama keje syift tu, rumah tangga tak terurus. Masa berkualiti dgn family tu kurang sesangat. Memang kitorg selalu stick together...kalau mama keje syift petang or weekend, papa dgn anak2 akan temankan mama kat opis. Semua akan ikut sekali pegi keje dgn mama...but...that is not a quality time for me. Apalah gunanya bersama tapi mama sibuk dgn kerja, menjawab telefon dan attend breakdown. Anak2 pulak tercongok kat opis sambil main apa saja yg ada. Mama jadi stress dan sangat letih sebab dah la keje, in the meantime kena jugak jaga anak2..(kutitis air mata nih.. :p

Harapan mama, tahun baru ni dan dengan perubahan baru serta pengorbanan mama akan menjadikan kita satu family lebih bahagia...insyaAllah.

At last...I am a normal person....yeeepi....

Meet Uncle Hussein Menang Anugerah Juara Lagu Ke-23

Tahniah buat Meet Uncle Hussein kerana berjaya menjulang piala Juara Lagu Muzik-Muzik ke-23 pada hari Ahad 18 Januari 2009. Lagu yang telah band indie ini pertaruhkan ialah Lagu Untukmu...sedap didengar dek telinga. Lagu yang ringkas tapi penuh makna. Yang paling ku gemari ialah konsep persembahan mereka...separuh wajah penyanyi utamanya dan gitaris (ku tak nampak jelas wajah drummer) dicatkan seperti wajah boneka, sesuai dengan salah satu baris lirik lagu tersebut.

Nanti kalau ada ketemu gambarnya, akan ku upload kemudian.

Lirik : Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

*Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

(ulang *)

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Saturday, January 10, 2009

EBM expired

Hari Rabu 7 Januari 2009, mama dah buang 20 ketul liner EBM yang dah expired dari freezer. Each liner contains 6oz so total yg mama discard adalah 120oz...huhuhuhu....
Semua EBM ni adalah hasil mama mengepam semasa bulan Sept 2008.
Dah lebih 3 bulan kan, so dah takleh consume lagi dah...
Perasaan mama???Sedih pun ada, happy pun ada...
Mama rasa sedih sebab mama terpaksa curahkan EBM hasil susah payah mama mengepam ke pasu bunga. Kadang2 mama bangun tgh malam dan awal pagi untuk mengepam dan make sure mama ada buat stok. So bila terpaksa dicurahkan ke pasu bunga, nak menitis jugak air mata ni...but one thing that make me feel happy. I manage to give fully fresh express milk sampai mama tak perlu usik pun stok EBM kat dalam freezer. Dan mama dapat tambahkan stok tu dari masa ke semasa sampai penuh fridge. Dah takde tempat untuk simpan lauk pauk, but still got a room for my favourite ice cream...LOL...
Errr...paham ke apa mama cerita ni???Blurr???
Just let the pictures tell a thousand words...




Related Posts with Thumbnails