Thursday, April 30, 2009

Akar Fatimah

Pernah dengar tak pasal akar fatimah? Akar fatimah adalah salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilakn air selusuh. Air selusuh ini diminum oleh ibu yang sedang hamil kononnya bagi memudahkan proses bersalin kelak. Cara untuk membuat air selusuh ini amat mudah, hanya rendamkan akar fatimah di dalam air sehingga kuntumannya kembang lalu air tersebut diminum. Akar ini katanya hanya terdapat di Mekah.

Tahap keberkesanannya tak dapat dipastikan sebab acik ngelat minum benda ni...tak tahan dengan baunya yang seakan-akan air banjir/bau kayu yang masam akibat terendam dalam air...boleh imejin??? Tekak ni tak boleh terima langsung...aku minum sekali teguk je pastu yang lelain selamat ke sinki.

Beginilah rupanya akar fatimah. Kuntuman tu saiznya kurang sedikit dari buah epal Fiji. Macam mana pokok akar fatimah ni agaknya ye???


Tuesday, April 28, 2009

Warna Kehidupan: Kerja rumah tugas siapa?

Budaya Melayu meletakkan isteri, Islam menegaskan tanggungjawab suami

BUKU Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor karya Datuk Syed Alawi Tahir al-Haddad, cetakan ketiga yang diterbitkan pada 1981 menyatakan tidak wajib atas isteri menjalankan kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan.

Sekiranya isteri melakukan semua itu, mereka berhak menuntut gantian dengan harga sebagai upah dan penulisnya menerusi buku itu menjelaskan, kewajipan isteri hanya taat kepada suami bagi memuaskan kehendaknya dan tinggal dalam rumah serta tidak boleh keluar tanpa izin.

Maklumat ini yang tertera dalam halaman 184 hingga 185, pasti mengejutkan pembaca yang kurang arif berhubung perkara terbabit atau tidak pernah mendengarnya sebelum ini, selain perkara sedemikian akan dilihat sebagai di luar kebiasaan atau dayus jika dilihat daripada kaca mata budaya Melayu.

Ini kerana menjadi adat resam dan budaya dalam masyarakat Melayu sejak berzaman, isteri akan bertanggungjawab menguruskan segala kerja rumah manakala tugas berat dibantu suami yang tugas utamanya mencari nafkah demi kelangsungan seisi keluarga.

Bagaimanapun perubahan zaman, kini menyaksikan sesetengah suami dalam masyarakat Melayu sudah mula pandai berkongsi tanggungjawab melaksanakan kerja rumah tangga apatah lagi, isteri kini turut membantu memperkukuhkan ekonomi keluarga dengan sedia bekerja atau berniaga. Malahan, pencapaian wanita yang lebih menggalakkan dalam pendidikan pada era kini memungkinkan mereka menjawat jawatan penting dan gaji lumayan, lalu masalah mendapatkan pembantu rumah bertanggungjawab dalam menguruskan anak dan rumah, memaksa sesetengah suami kelompok ini melepaskan jawatan dan menguruskan rumah tangga.

Pensyarah Psikologi Perkembangan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Asmah Bee Md Noor, berkata senario suami mula membantu isteri melakukan kerja rumah dan suami sepenuh masa dapat membantu ke arah pembentukan institusi kekeluargaan yang sihat.

“Senario ini bukan lagi kejanggalan bagi masyarakat Malaysia termasuk Melayu kerana situasi wanita berkahwin dengan lelaki berpendapatan lebih rendah menuntut perubahan sebegini. Tidak salah wanita memegang tanggungjawab mencari nafkah keluarga selagi mereka ikhlas untuk membantu,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi, baru-baru ini.

Baginya, budaya Melayu yang meletakkan tanggungjawab mengurus rumah tangga di bahu wanita hingga menyebabkan golongan Adam menganggap tugas mereka terhad kepada menyara keluarga dan tugas itu kekal, meskipun mereka menyumbang ke arah memantapkan ekonomi keluarga dengan bekerja. Justeru, golongan suami dinasihatkan agar memahami keupayaan wanita dengan tidak membiarkan mereka tertekan kerana fizikal wanita terhad kepada sesetengah perkara saja berbanding lelaki serta perlu ringan tulang dalam pelaksanaan tugas rumah tangga.

“Ibu bapa wajar mendidik anak pada peringkat awal perkembangan mereka bahawa setiap tugas dalam rumah tangga tanggungjawab bersama dan boleh bertukar. Tanggapan bahawa wanita bertanggungjawab sepenuhnya dalam tugas rumah perlu diperbetulkan dengan mengadakan seminar kekeluargaan dan menyelitkannya dalam kursus perkahwinan,” jelasnya.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam (Api), Universiti Malaya (UM), Prof Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, mengakui bahawa tanggungjawab mencari nafkah keluarga sewajarnya dipegang suami selaku ketua dalam rumah tangga, tetapi tidak bermakna mereka wajar membiarkan isteri bersendirian dalam menguruskan kerja rumah.

“Sebenarnya agama Islam mempertanggungjawab kan suami melaksanakan urusan rumah tangga. Pemikiran masyarakat Melayu yang lebih mengutamakan budaya berbanding ajaran agama Islam menyebabkan masyarakat Melayu sering terlepas pandang perkara ini,” ujarnya.

Baginya, salah tanggap berhubung tugas rumah tangga boleh diatasi dengan memberi penjelasan secara mendalam berhubung perkara terbabit kepada masyarakat bersandarkan ajaran agama Islam sebenarnya, tanpa dipengaruhi unsur budaya bagi mengelakkan wanita daripada memegang tanggungjawab lebih daripada sepatutnya.

“ Ada sesetengah suami enggan membantu isteri kerana takut dituduh menurut telunjuk isteri. Suami perlu mengetepikan perasaan malu dan ego dalam membantu isteri menguruskan rumah tangga. Mereka tidak sedar fungsi mereka dalam pembentukan keluarga sebenarnya lebih besar,” jelasnya.

Laman Impiana

Ada sesiapa tak yang nak beli majalah Laman Impiana Edisi Bumper 2009?? Ku sedia menjualnya...

Alkisahnya begini, hobi aku adalah membeli dan membaca buku/majalah (very old fashioned kan??). Di opisku ada sebuah kiosk yg menjual serba-serbi dan bahan-bahan bacaan yg telah membuatkan diriku menjadi salah seorang pengunjung tetap kiosk tersebut hampir setiap hari. Ku membeli belah serba sedikit sambil membelek-belek kalau2 ada majalah/buku...kalau ada yang berkenan di hati memang harus ku beli. Disebabkan terlampau ghairah membeli, tak tersedar rupanya ku terbeli 2 kali majalah yang sama. Ingatkan edisi terbaru yang sampai, rupanya itu adalah re-order kerana edisi bumper yang terdahulu telah laris dijual.

huhuhuhu....dah sampai umah baru ku tahu aku dah ada majalah tu...huwaaaa.....so....ada sesapa nak beli???

p/s: gambar nanti ku tampal kemudian hari ya...

Friday, April 24, 2009

Award #3


Award ni pun mama dapat dari ummi_ina...thanks again ye kak ina. Sesape yg blom ada award ni kat blog korang, silalah ambil ye.

Hadiah Birthday

Mama will celebrating my birthday on this coming 4th May...hahaha...yang ke-29 tahun you...dah tua kan? Jenjalan hari Ahad minggu lepas, papa belikan mama handphone baru...Nokia 5800 Express Music. So I consider this is my birthday present. Mama memang dah jatuh shenta kat Nokia 5800 ni masa mama dengan papa dating dedua merayap ke Digital Mall kat PJ last 2 week lagi...best siot...ada Wifi dan ianya touch screen phone. Rasa macam pakai i-phone, so mama panggil ini i-phone ciplak. Siap screen dia boleh rotate to potrait or landscape mode...lagi la acik suka....



Satu je yang mama kurang puas hati ialah stereo sound dia tak sedap sangat. Maybe sebab sebelum ni mama pernah pakai Sony Ericson so mama rasa sound Nokia ni kurang menyerlah. My high expectation on the tag "Express Music" tu just sampai separuh jalan jelah but to be frank, it is more way better than Samsung punya sound...believe me...I've using Samsung too.

Built in phone camera pakai Zeiss Lense...sama macam Sony Cybershot tapi gambar dia kurang sharp walaupun ianya 3.2 Megapixels. Untuk ciri yang ini mama lebih suka yang Samsung punya performance. Kalau ambik video lagi la teruk kualitinya, siap gambar kita berkotak-kotak. Lucky for me to have my Nikon D40x as my primary camera so this phone camera hanya utk snap anywhere, anytime when I was without my Nikon. ...relief...

By hook or by crook I have to get used to this handphone because it is the early birthday present from my dearest hubby...love you papa...muahhhh.

Award #2

Award ni mama received dari ummi_ina . Thanks ye kak ina...memang award ni cute tapi blog mama ni takdelah cute pun. But I will make it cuter than before...insyaAllah. Cuma masa je yg mencemburui mama untuk menggodek-godek alam cyber ni dgn lebih lama...:-(

Tuesday, April 21, 2009

TAG - If I can...

Tag received from my BF group friend...Aja

" If I can ....(fill in the blank with something impossible)....
I will NOT .....(fill in the blank)....
because ....(fill in the blank)....."

Aja...ini jawapanku...benar belaka...ngeh3x

" If I can ....eat what I loves to eat....
I will NOT .....left the plate untill it's empty....
because ....somebody might steal my favourite meal....."

Hahahaha....inikan hobby ku...munch and munch and munch


Hmmmm....nak tag sape yer???

1) kak ina
2) tumitu
3) sue shantek
4) nagahijau

errr...sape lagi nak tag nih?????

Saturday, April 18, 2009

Nice pictures




Telur lipas

Soalan : Satu biji telur lipas boleh menghasilkan berapa ekor anak lipas??



JAWAPANNYA :





















GELI TAK??

Header baru

Ku tengah godek2 pasal digital scrapbook ni...hasilnya...tadaaa....header baru untuk blog ni...shantek tak? Kalau kureng comel tu mintak mahap la ye...daku ni buah cempedak di luar pagar...nak kena menuntut ilmu lebih dari Ira @ cloud9 , she was the one yg introduce scrapbooking ni padaku.

Daku jugak tidak la kreatif sgt nak hias2 bagai...kalau yg corak2 geometrik atau straight to the point tu boleh la...jeless tgk hasil kerja tgn Ira dan Nieja...shantek bangat tau...I wish I'll have one...huhuhu...

My first trial...acceptable tak??

Friday, April 10, 2009

Apa nama binatang ni yek?



Inilah chameleon namanya....ooo...aku pun baru tau...huhuhu

Thursday, April 9, 2009

Kursus Fundamental of Fibre Optics

Hari ni aku baru selesai berkursus, 4 hari semuanya starting dari 6 hingga 9 April 2009. Siap ada exam lagi tadi...fuiyo...giler kentang susah soalan dia. Walaupun soalannya objektif dan hanya ada satu soalan subjektif tapi bukan boleh suka2 baling dadu je...jawapan hampir2 nak serupa, just tukar few words here and there...kalau tak boleh open book tadi mau jugak ku hantar kertas kosong. Hey...open book pun bukan semua ada tulis dalam tau, siap ada soalan pusing2 lagi tu...huhuhuhu....

Soalan yang subjektif tu adalah pengiraan Power Budget, untuk kita determine kat mana nak letak In Line Amplifier. Orang2 O&M pun blom tentu boleh buat nih...inikan pulak makcik orang control centre...buat splicing fibre pun tangan gigil macam kena Parkinson...ngeh3x. Pulak lagi...makcik tak bawak kalkulator saintifik, camne nak kira sin, log bagai...aku bawak kalkulator biasa je...nasib baik Kak Yati murah hati bagi pinjam yang dia punya. Nak tiru2 pun susah sebab kena tunjuk jalan pengiraan.

Pendek kata, exam tadi patut dia bagi masa yang lebih sebab banyak sangat nak kena kira-kira. Yang paling aku failed adalah soalan yang suruh kira sudut incidence dengan sudut refraction. Yang ni gambarajah dia siap aku pusing sana sini paper tu untuk fahamkan soalan.

Apa-apa pun belasah ajelah labu...tapi aku harap cukup la markah aku untuk passed paper tadi...malu la wei kalau failed. Tapi aku suka kursus ni sebab dia bagi aku faham banyakkkkk benda, such a valuable knowledge. Rugi sapa yang tak mai tu...;P

Tuesday, April 7, 2009

Tag - the 6 sense

Tag ni ku dapat dari cikwawi mama haikal yg encem dan kakak yaya yg soooo smart....tenkius...
Apa ntah tajuk tag ni pun tak tau so acik suka2 suki kasi nama the 6 sense...ngeh3x.

Instruction:

Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and a description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged!

Ini gambar yang ke-6 dalam folder gambar yang ke-6 bertajuk Wedding Faruk dan Farid. Menyibuk je tgn org tu...abis rusak gambar acik snap.

Acik tempek gambar extra. Yes, diorg ni kembar...satu skulah dengan acik masa form 4 dan 5 di Sek. Men. Teknik Persiaran Brash Ipoh. Masa skulah tu acik lebih close dengan si adik, Farid yang pakai baju pengantin kaler hijau tu but both of them satu kelas with me. Tapi bila semua dah besar panjang dan dah kerja ni, acik lebih rapat dengan si abang pulak, Faruk.

Ni gambar kami bebudak teknik beramai-ramai masa wedding Faruk&Farid tu. Cuba tengok sape yang tgh dukung anak tu?? Hahaha...itu le diriku sambil menggendong award yg pertama...Nur Fatini. Masa tu umur dia 2 tahun...cute tak...errrr...acik???Ngeh3x

Acik nak tag:

1) smashpumpkin

2) ehem a.k.a nieja

3) tumitu

4) malay a.k.a abby

Thursday, April 2, 2009

Adik Zulaikha sakit

Sedang mama blog hopping tadi, terbaca mama story pasal adik Zulaikha yg sedang admitted di KJMC, suspected radang paru-paru...kesiannya dia.

The whole story boleh baca di blog ehem a.k.a nieja
She was my Cari.com friend...kenal dari alam maya tapi terasa mcm dah kenal lama. All mommies kat board breastfeeding tu were very close to each other...sungguh ajaib breastfeeding bonding ni, tidak terhad kepada ibu dan anaknya sahaja.

Mama harap untie nieja akan kuat dan tabah menghadapi dugaan ni. You can do it dear. We the mommies are the "superwoman".

Uhuk-uhuk

Mama still batuk dan gatal-gatal tekak...hmmmm...dah almost 2 minggu belum sembuh-sembuh lagi. Mama ni memang susah sikit nak sembuh kalau terkena penyakit batuk ni...demam dan selsema insyaAllah dalam sehari 2 dah boleh sembuh. Thats why I really hate bila batuk ni....suffer a lot sampai sakit habis pinggang sebab asyik batuk dengan kerap.

Mama dah jumpa puan doktor (doktor tu perempuan), she prescribe me with Bena Expectorant - safe for breastfeeding mommies. Dah 2 botol mama minum ubat tu yet still batuk tu tak hilang. Pastu mama try beli dari farmacy kat SJMC for cough remedy yang sesuai for BF mother, so they gave me Prospan - dried ivy leaves extract. Pun dah habis sebotol mama telan tapi batuk tak baik-baik jugak, cuma ianya agak berkurangan tapi still bothering me...

So...semalam mama pergi sekali lagi menghadap puan doktor, nasib baik mama memang dah kenal rapat dengan doktor Salmi ni so dia tak kisah mama chit chat lama-lama dan mintak itu ini kat dia (mintak MC pun pernah tau...syhhhh). This time she gave me 2 jenis ubat batuk, satu untuk siang dan satu untuk malam. Yang siap tu dalam bentuk pil dan tak mengakibatkan mengantuk so sesuai la nak makan bila pegi kerja. It was Nospan...I've googled for more info and found out that ubat ni pun safe for BF mother. Ubat batuk yg untuk malam hari pulak dalam bentuk sirap called Corifed DM Syrup. Encik google pun kata yg ni safe for BF mommies.

Hopefully ubat-ubat ni dapat menyembuhkan mama...insyaAllah.
Related Posts with Thumbnails