Monday, August 31, 2009

My 1000 hits






Nampak tak visitors counter kat sebelah kanan blog aku nih??? Wah....tak lama lagi blog hingusan aku ni akan capai pengunjung yang ke-1000. Dan yang paling best ialah counter aku tu adalah yg jenis unique, pengunjung yang sama berulang-ulang dalam tempoh terdekat hanya dikira sebagai satu hit. Ini bermakna kalau aku refresh page sepuluh kali pun ia tidak menyumbang kepada pertambahan angka hits tu. So mana datangnya yang hampir-hampir cecah 4 angka tu???? Dari korang la....




Aku bangga tau sebab blog aku ni takdelah hebat sangat, hanya coretan merapu je tapi still ada org yang sudi jengah tanya khabar...alhamdulillah.




So sebagai menghargai pengunjung-pengunjung blog aku ni, aku akan hadiahkan saguhati untuk pengunjung blog yang ke-1000.




Sesiapa yang bertuah tu, yang buka blog aku pastu time tu visitors counter tu tunjuk angka 1000...sila buat bukti bergambar ye...tak kisah la nak print screen ke, snap pakai camera ke, henpon ke....janji ada gambar. Pastu hantar gambar tu ke email aku samadikaca@yahoo.com dgn details diri.




Nama, alamat, contact no. dan blog jika ada.




Hadiah saguhati ialah sebentuk cincin Zhulian buat pengunjung perempuan atau sebatang ballpen yg berkualiti (bukan yg kedai runcit punya la...) untuk pengunjung lelaki.




Siapalah yang bertuah tu ye...sama-sama kita nantikan.



Friday, August 28, 2009

Hari ni nak balik kampung...yeay

(Post ni sepatutnya published on Friday tapi scheduling post bengong...grrrrr)

Aku balik nak ambik  baju raya yg aku tempah kat tailor in my hometown. Jauhnya tempah?? Memang jauh tapi aku selesa dgn jahitannya dan harganya jauhhhhh lebih murah la dari kat KL. Baju2 tempahan aku tu dah siap so aku kena la balik ambik sebab this year aku kena raya kat umah MIL dulu. Kalau raya kat kampung aku takde hal la....pepagi raya pun aku sempat pegi ketuk pintu umah tailor tu untuk amik baju. The distance just a few steps away dari umah mak ayah aku.

Tahun ni aku tempah 6 pasang baju kurung, 2 pasang untuk setiap org termasuklah si Farzana. Excited nak pakaikan dia baju kurung sebab dia dah pandai jalan, mesti cute kan? Total bayaran untuk enam pasang baju tu ialah RM110 sahaja, murahkan? Siap leher baju tu complete dia jahitkan tulang belut atau mata lalat lagi, memang marvelous...achik suka tau sebab aku pernah tempah baju kat dia dari kain yg murahan je, last2 dia punya hasil...walla...macam baju butik yg ratus2 regenya tau...cantik.

Malangnya tailor aku ni hanya pandai jahit baju kurung biasa je, lain2 fesyen blom pandai sebab dia ambik kursus jahitan dulu hanya khusus untuk baju kurung je. Terpaksalah aku skodeng2 tailor lain yg pandai buat baju kebaya dan baju kurung pahang. Kainnya dah ada 2,3 pasang tapi tukang jahit je blom jumpa. Raya tahun depan la kot baru aku boleh melaram dgn baju kebaya dan baju kurung pahang pulak.
Okaylah, balik dari kampung nanti aku post gambar baju raya kitorg ye...sedondon lagi kitorg tiga beranak, baju melayu ayah diorg beli ready made ajelah nanti...hehehehe...kesian papa.

Tuesday, August 25, 2009

Kudis Api

Tadi lepas opis dan melantak McD kat dalam kereta, aku terus je bawak bebudak ni pegi klinik. Tak balik umah dulu pun sebab malas, takut karang dah syok lepak umah terus tak jadi keluar dah. Sampai kat klinik berdekatan umah (umahku jauh dari opis) dalam pukul 7.30++. Klinik tu bukak pukul 8.30 bulan Ramadhan ni so kitorg lepak2 kat dalam kereta dulu sesambil mengunyah lagi apa yg patut. Klinik tu bukak je pendaftaran pukul 8.15, terus aku dan anak2 meluru masuk, berebut beb.


Dah daftar sesambil tunggu tu layan la bebudak ni main buaian kat dalam klinik. Punya la ramai manusia yg sakit, aku pulak lupa nak ambil face mask dari dalam kereta...tawakkal jelah. Ini kes nak berebut-rebut daftar la tadi sampai terlupakan si topeng tu. Aku siap beli sekotak lagi topeng muka ni, yg 3-ply RM20 je for 50pcs.


Dah sampai turn jumpa doktor so aku tunjuk la bintik2 air yg naik kat lutut dan jari kaki Farzana. Doktor Rusna cakap ini kudis api, kena cuci kat bilik dressing. Aku pun kendong la si kecik ni ke bilik sebelah dan baringkan dia.
Memula Farzana okay je, happy lagi dapat baring. Bila nurse tu sapu antiseptik pastu pecah2kan blister tu guna twezer, menjerit la minah ni...pedih you. Jenuh jugak aku pegang kaki tangan dia sementara nak habis pecahkan semua blisters tu. Dah habis pecah semua nurse tu sapukan cream, baru la Farzana diam menangis. Lega agaknya kena cream tu kat blister...soothing je kot.
Balik dari klinik berbekalkan 4 jenis ubat. Krim sapu, antiseptik, ubat tahan gatal dan antibiotik yg mesti dihabiskan dalam tempoh 5 hari. InsyaAllah tak lama lagi sembuh la tu.
Pelik betul la dari mana datangnya kuman kudis api ni. Sepanjang hujung minggu kitorg hanya lepak kat umah sendiri je...cuma ada la dalam satu jam tu aku bertandang ke umah kakak aku kat seberang jalan sinun. Maybe dari situ la agaknya datang kudis api ni, maklumlah anak dia 3 org dah besar (5 - 10 years). Asyik keluar masuk umah ulang2 jelah, maybe terbawak sekali kuman tu dari somewhere else. As for us memang agak cerewet sikit, anak2 stricly main kat dalam umah je. Paling jauh pegi is kat halaman umah, itu pun mesti berkasut dan main permainan yg tidak mengotorkan diri.
So apa aktiviti Fatini kat umah??


Kalau tak pandai-pandai jugak, tak tahu la wahai anakku....and yes, Fatini is a left handed person. Smarter perhaps??

Monday, August 24, 2009

Pasar Ramadhan

Dah beberapa hari aku menjengah mencari juadah berbuka di pasarpasar ramadhan berhampiran. Dalam pemerhatian aku masih ramai lagi yang sanggup bersesak-sesak dengan orang ramai tanpa memakai face mask. Pada hal menurut kementerian kesihatan, jarak yang selamat diantara setiap individu bagi mengelak jangkitan tersebut adalah lingkungan 2 meter. Kalau dah kat pasar ramadhan tu kompem la takleh mengelak dari terlanggar bahu....inikan pulak nak mengekalkan jarak 2 meter antara individu.

Tak khuatir kah dengan virus yang melanda? Adakah kurang kesedaran mereka?

Paling menyedihkan adalah para ibubapa yang membawa anak kecil tanpa memakaikan sebarang topeng perlindungan.

Tahukah mereka bahawa kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah golongan yg berisiko tinggi dijangkiti virus H1N1?

Cuba bayangkan sudah berapa ramai kanak-kanak yg terkorban dek virus ni. Sedih kan? Mereka masih belum kenal dunia tapi telah menjadi mangsa atas kecuaian org lain.

Kenapa "kecuaian"?

Ya, cuai kerana masyarakat kita kurang prihatin. Sepatutnya mereka yg demam dan selsema perlu memakai face mask tetapi....mereka cuai, nasihat diabaikan dan dengan sewenang-wenangnya menyebarkan virus kepada org lain atas alasan lemas memakai topeng muka.

Begitu juga mereka yg telah menerima arahan kuarantin, ramai yg tidak mematuhinya. Ada yg menganggap cuti kuarantin yg diberikan adalah cuti untuk makan angin, balik kampung dan membeli-belah.

Maka apabila virus yg tersebar sudah tidak dapat dikawal, siapa yg harus dipersalahkan??

Dalam keghairahan kita memilih juadah di pasar ramadhan, beringatlah dengan risiko di sekeliling. Pakailah topeng muka/face mask demi untuk kesihatan kita dan sekeluarga.

Saturday, August 22, 2009

Duda Bertemu Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar...

Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg...
Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .

Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda...

"Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "

... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab

"..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."

... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.."

... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata...

"Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tk?.."

... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab

"Erm... sudi... "


... Setelah berborak seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori pendek sket...

Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua mudah lupa... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."

... Mendengar suara si duda..si janda pun berkata

"Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat ko telepon aku ..Pak Uda... "

... si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya...

"Kenapa... "

... Dan si janda menjawab..

"Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

Friday, August 21, 2009

Pandemic atau Panic


Kat opis aku ada seorang kakak ni telah digembar-gemburkan bahawa dia telah dijangkiti H1N1. Dia telah di tahan kat wad di sebuah hospital swasta di Damansara. So ramailah yang asyik bersoseh-soseh sana-sini termasuklah aku...ramai yang corcern dan panik. Yelah, penyakit ni kalau silap-silap boleh membawa maut pastu dia boleh berjangkit melalui udara pulak tu....


Officemate aku atas arahan bos pun telefon la dispensari kitorg untuk mintak diorg buat ujian saringan kat semua staff. Maklum balas dari dispensari ialah kitorg tak perlu buat ujian saringan tu, hanya perlu pakai face mask, cuci tangan dan mulut sekerap yang boleh. Lagi pun dia rasa kakak tu bukannya kena H1N1 sebab dia ditahan kat hospital swasta. Hospital swasta hanya boleh lakukan ujian Influenza A sahaja, sekiranya positif barulah pesakit akan dirujuk ke hospital kerajaan. Hanya hospital kerajaan sahaja yang boleh melakukan ujian makmal H1N1 tu.


aku dan rakan-rakan jadi pelik dan konfius....so officemate aku call our HR yg annouced kakak tu kena H1N1, na mintak kepastian. Hangin betul la sebab jawapan yg diterima ialah dia tanya balik soalan kat officemate aku " awak dah kena ke??"


Aduhai Puan Sh....r...na, ko kan keje bahagian HR so baik jaga PR ko. Kalau tak reti nak berkomunikasi dengan org, baik keje kutip sampah...jgn keje jaga org.


Aku cop bongok kat dia...puas hati aku sebab dia bagi jawapan bangang.


So, kami discuss ramai-ramai dan ambik keputusan nak beli termometer dan test semua staff sendiri.


Aku still tak puas hati sebab belum confirm kakak tu kena atau tidak H1N1 tu, yelah...jgn memain ooo....dia satu office floor dgn kitorg, dekat pulak tu. Aku dapat idea...yess...aku call sendiri ke hospital swasta tu minta confirmation pasal status kakak ni....aku cakap pakai nama company aku la tapi takdelah aku tipu yg aku ni boss ke atau HR ke. Aku siap reveal nama sebenar lagi dan lepas di tranfered call beberapa kali akhirnya aku dapat bercakap dengan doktor yg merawat kakak tu. Main gamble je ni, kalau opis aku dapat tau dan amik tindakan...mampuih la....yg penting is aku nak tau.


Doktor tu cakap kakak tu bukannya H1N1 tapi Influenza A je....alhamdulillah. Dia kena masuk ward sebab doktor nak monitor dia dan kalau ada simptom-simpton H1N1 barulah dia akan hantar untuk test virus tu. Kakak ni memang sakit jantung kronik jadi Influenza A pun dah cukup berisiko bagi dia, atas sebab tu dia warded.


Lega betul aku dengar explanation dari doktor tu, siap tanya lagi apa yg patut kitorg buat kat opis ni. Dia kata selagi kita sihat, tak demam dan selsema tak perlu risau apa-apa. Hanya yg demam selsema je yg kena jangkitan H1N1 ni so kalau tak sihat better pakai face mask dan berehat kat umah. Org yg berdekatan pun perlu pakai mask utk elakkan dijangkiti flu tu, kalau dah terkena flu maka berisiko la kena H1N1.


Sebagai langkah selamat aku akan pakai face mask insyaAllah all the time. Yang aku peliknya, kenapa HR aku tak call hospital tu untuk dapat confirmation??? Ini penyakit pandemic tau, jangan memain buat annoucement tak tentu fakta, hanya akan mengakibatkan panik dikalangan staff je....tadak untung beb, susah lagi ada.....

Thursday, August 20, 2009

The result


Ini adalah markah keseluruhan yang di pungut oleh setiap rumah. Rumah kuning menjadi juara...yeayy!!!




Prize Giving Ceremony

Boleh pulak papa dia gi ambik gambar dari belakang....ish,ish,ish.





Gambar kesemua ahli pasukan Rumah Kuning.


Acara Insects and Spiders

Sambungan dari kisah Sukan Tadika....Ini satu lagi acara yang Fatini masuk semasa sukan tahunan tadika dia.







Aku ambik gambar rumah kuning je...rumah yg lelain tadak...hehehe











Cara main permainan ini ialah:





Peserta kena ambil penyepit makanan dari satu bakul pastu kepitkan insect kat dalam bekas oren di dalam gambar.



Pastu berlari ke arah baldi berisi air



Dan celupkan insect tu.





Berlari lagi pulak ke bakul di atas meja dan letakkan insect tu kat dalam bakul tersebut.



Dah siap kena lah berlari balik dan letak semula penyepit kat dalam bakul pertama tadi pastu passed giliran kat peserta lain.


Fatini in action....


Another teammates


And....

Their team won it...bravo...

Tuesday, August 18, 2009

Acara Lumba Lari 25m - Girls

Fatini as I said before sangat suka berlari, so dalam sukan tahunan tadika dia masuk la acara as tittled kat post ni....running.







Getting ready to run. Go kakak....make mama proud....


On your mark...



Get set....







GO!



Lari kakak lari.....laju lagi kakak....





Reaching the finishing line






Yeay, yeay....kakak dapat nombor satu....





Look at her happy faces....so sweet. Mama memang sangat bangga dengan pencapaian kakak. Harapan mama semoga lepas ni kakak akan build up your self confidence...dah tak malu-malu lagi untuk join anything.








Monday, August 17, 2009

Sukan Tahunan Tadika TNB KL 2009

Sabtu, 15 Ogos 2009 - Tadika Fatini organised sukan tahunan, lokasi kat padang Sek. Keb. Bangsar, sebelah je dengan tadika diorang. So, pagi-pagi hari we all satu family dah tercongok kat tengah padang sebab the registration start at 7.00 am.


Kakak and adik faces, still sleepy...




Fatini posing with the banner.




Burung apa?? Burung merpati...Burung apa?? Burung merpati...

Burung ni akan dilepaskan semasa upacara perasmian nanti....bebaslah dikau wahai burung.




Behind Fatini was khemah for parents and jemputan.



Sepanduk rumah merah.


Sepanduk rumah biru.





Sepanduk rumah kuning.


Fatini wearing bandana, getting ready for perbarisan lintas hormat.


Kuning, kuning....kenari sapu habesss....


Ketua kontinjen dan pembawa bendera.







Pasukan silat lagenda.




Pasukan gimrama.




Rumah biru.




Rumah merah.




Rumah kuning.




Bacaan ikrar dan doa by ketua kontinjen. Sangat bagus budak ni....I'm speechless.




Presenting their silat skills.




The cheeky gymrama's girls.


Mama and Farzana interframing.
Related Posts with Thumbnails