Thursday, October 22, 2009

Cerita Pasal Susu Ibu

Sedih betul kalau dikenang production susu aku sekarang...setiap hari aku terpaksa top up dengan stock beku satu atau dua ketul. Jarang-jarang sekali aku dapat memenuhi keperluan harian Farzana di taska. Umpama mimpi kalau aku dapat hasil yg boleh dijadikan stock.

Semua mimpi ngeri ni bermula ketika bulan puasa tempohari. Pada masa tu memang hasil perahan amat merosot akibat kurang minum air dan makan. Tapi aku sabarkan hati dengan harapan semuanya akan kembali normal selepas raya nanti tapi....dah sebulan hari raya pun produksi aku masih di takat tu...mujur aku ada banyak stock beku yg aku buat sebelum ni, inilah penyambung hayat breastfeeding journey aku sekarang. But...pagi ni aku jengah peti sejuk aku tu, hanya tinggal empat ketul je lagi stock aku yg ada...means hanya cukup untuk 4 kali feedings je lagi. scary....huhuhuhu...

Sebenarnya berat badan aku susut sangat drastik semasa bulan puasa...aku sekarang hanya lebih kurang 42kg ketika tu, adakalanya mencecah 41kg sahaja. Aku alami keletihan dan selalu jatuh sakit...sakit pinggang, demam dan batuk tu dah jadi perkara biasa  masa tu. Aku tahu zat yg aku dapat  hari-hari tak mampu untuk menampung keperluan kami berdua (read: aku dan  Farzana).  As result, aku ambik  pil supplement calcium dan B-complex tapi tak banyak improvement. Badan aku masih rasa keletihan, hanya aku dah tak sakit-sakit lagi.

Aku pun dah buntu apa lagi nak di buat...untuk pertambahan susu dah bermacam-macam milk booster aku consume tapi still tak dapat cater keperluan harian. Bab makan banyak-banyak tu memang la hobby aku...tak perlu di suruh pun aku makan banyakkk.....

Aku dah kuatkan hati dan redha, mungkin perjalanan penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk Farzana akan berakhir tak lama lagi. Maybe minggu depan, bulan depan atau pun esok lusa...wallah hua'lam. Apa pun aku bahagia kerana berjaya mengharungi perit getir dalam perjuangan penyusuan secara ekslusif ini selama hampir setahun 5 bulan....BRAVO!!  Mujur aku tak mudah mengalah dengan halangan-halangan di kiri dan kanan, berkat dari sokongan ramai pihak...terima kasih semua.

Buat ibu-ibu semua....tabahkan hati kalian....kita superwomen....YAKIN BOLEH!!!

Wednesday, October 14, 2009

Rumah dah bersawang...

Dah lama tak jenguk umah yg satu ni, sampai dah berhabuk, bersawang....tak bersapu sejak raya tempohari. Bukannya aku takde story...banyak story sebenarnya tapi disebabkan masa yg mencemburui membuatkan aku tak sempat nak kemas-kini blog ni. Blog kawan-kawan pun dah lama tak lawat...sorry ye semua....bukannya aku tak sudi....huhuhuhu....

Btw, gambar raya aku tak byk sgt sebab raya kat umah MIL, dia puny feeling raya tu tak sampai daaa....org pantai timur ni kan kurang memeriahkan Aidilfitri...yg best cuma budak-budak je kot sebab dapat duit raya...mak bapak budak meraung sebab asyik kena pow di sana-sini....huarghhh.....jatuh papa kedana sekejap time tu, nasib baik le gaji bulan ni awal sebab ada sambutan Deepavali.

Tahun ni mengikut kiraan kasar kitorg telah membelanjakan lebih kurang RM800 untuk duit raya je...itu belum masuk berlanja sampingan yg lain mcm makanan, minumam, minyak kereta dan jugak tol.

Kenapa banyak sangat???

Hehehehe...aku ada anak buah yg ramai....kat sebelah aku ada 22 orang, kat sebelah hubby ada 6 orang, campur dengan sepupu dan anak sepupu dia 3 orang dah berapa? Aku bagi sorang RM10 je....yg paling ngeri tahun ni ada 3 baby baru....RM50 sorg....duit raya untuk mak ayah dan MIL lagi....

Tapi tak kisah la....itu kan sedekah amal jariah, dapat la rasa sikit sorang....dah terlebih budget tahun ni tak sampai la hajat aku nak buat ibadah korban tahun ni....tahun depan kot insyaAllah kalau ada rezeki lebih.

Masuk je kerja lepas raya, kantin kat opis aku pulak tutup untuk renovation so kurang la sikit belanja sebab susah nak membeli belah makanan....kalau tidak, harus ku ulang 3,4 kali ke kantin. Perut ni asyik kelaparan je sejak lepas puasa ni....puasa enam?? Harus le tidak, tak kuat iman....hihihi...apa nak jadi  la aku ni...ish,ish,ish.

Sejak puasa hari tu jugak hasil tenusu aku amattttt kurang....sedih tau, boleh kata hari-hari kena top up dari stok nan ciput tu....aku pun dah redha je kalau aku tak dapat menyusu Farzana sepenuhnya sampai 2 tahun. Sekarang ni umur dia baru 1 tahun 4 bulan....jauh lagi perjalanannya.....ngeri seih....dah macam-macam booster aku try tapi tak jugak jalan, cuma pegi mengurut urat susu je belum sebab balik kampung hari tu tak sempat. Yelah, org sibuk nak beraya takkan aku pulak nak bertandang ke rumah tukat urut tu untuk mengurut kan....karang kena halau le pulok.

Okaylah...to be continue...tatatata....

Thursday, October 1, 2009

Persembahan Raya?

Hish....seumur hidup aku tak pernah terfikir aku akan kena buat persembahan pada majlis jamuan hari raya. Iye....aku memang selalu buat persembahan time skulah dulu tapi persembahan untuk hari raya tak pernah terlintas kat kepala aku ni....tup,tup bila dah kerja ni pulak aku kena...

Actually cerita cenggini...jabatan aku nak buat majlis sambutan hari raya tak lama lagi so organizer minta setiap unit kat dalam jabatan kitorg present satu persembahan semasa jamuan tu nanti. Unit aku pun terlibat sama la untuk contribute something. Pening jugak kepala aku fikir apa la yg nak dipersembahkan nanti, setakat nyanyi lagu raya tu mesti dah common kan?

So korang ada any ideas??
Related Posts with Thumbnails