Tuesday, December 29, 2009

Alkisah pregnancy

Pregnancy kali ni aku rasa lain sikit (sebenarnya setiap kali pregnant pengalamannya berbeza). So aku nak coret-coret sikit mana-mana yang masih di ingatan, banyak yang dah lupa actually so dari aku lupa terus baik aku tulis kat sini.

1) Selalunya aku akan morning dan evening sickness dari 8 weeks sampai ke 16 weeks (lebih kurang) tapi kali ni evening sickness dah tak ado…tinggal yang morning je….best jugak dapat mamam memalam hari, kalau dulu tu dah tak selera nak jamah makanan.

2) Aku tak la rakus sangat kalau jumpa buah mangga. Assam masin pun cam tak sedap je kat tekak ni. Memang favourite aku ni dari zaman anak dara mahu pun tak pregnant tapi dulu time preggy kan Fatini, dapat cium bau mangga pun jadi ko….haru betul.

3) Aku kurang demam malam hari/senja. Masa awal-awal je aku selalu seram sejuk time senja pastu bedebum tido bungkus dalam blanket, tapi sekarang dah takde….boleh jalan-jalan cari makan….hihihi. Zaman preggy kan Fatini dengan Farzana, demam malam ni seiring sejalan lah dengan morning dan evening sickness. Bila morning dan evening sickness hilang, demam malam pun hilang.

4) Awal-awal lagi aku dah rasa panas badan, tido malam mesti seksi gila sebab tak tahan panas. Once dah lena baru la rasa sejuk dan tarik kain selimut. Masa Fatini dengan Farzana tu, perut dah boyot baru rasa camni tau…berpeluh-peluh badan, asyik berkemban je memalam.

5) Huiks! Kali ni En.Hubby aku pun join loya-loya tekak tau….hehehehe…padan muko….tapi tak lama la…ada la dalam seminggu dua je….tak aci betul. Aku ingat boleh la dia ganti tempat aku….

6) Masa memula tahu aku pregnant punya la banyak aku melantak tapi sekarang time siang je aku berselera makan untuk dua orang, malam hari dah kembali normal macam biasa (means: makan utk sorg). My favourite food adalah daging black pepper dan ketam…yummy… Pregnancy zaman Fatini dan Farzana aku akan melantak tak hengat donia punya, nasik lemak double…hiiii….seram kalau tengok. Favourite food masa tu cekodok pisang, laksa kedah dan aiskrim McDonald cone.

Apa lagi ye….nanti-nanti aku tambah lagi sebab pregnancy kali ni masih di trimester pertama….macam-macam boleh berlaku…jangan aku gain weight sampai double udah le….Na’uzubillah hi min zalik….

Monday, December 28, 2009

Syioknya cuti....

Best kan dapat cuti 3 hari?? Memang aku rehat abis-abisan, takde fikir atau cerita pasal hal-hal kerja langsung. Cuti yang panjang tu kitorang tak balik kampung pun sebab taknak berebut dengan orang-orang nak raya, pastu ditambah pulak parents yang sibuk nak balik ambik anak-anak diorang kat kampung lagi....maklumlah sekolah dah nak start next week.

Lagi 3 hari nak masuk tahun 2010, insyaAllah tahun depan ada ahli baru kat dalam family kitorang....sangat-sangat berdoa agar ianya boy pulak kali ni.... Due date??? Blom tau maa....tengoklah esok lusa nak pegi check up, nak scan tengok dah berapa minggu dah sebenarnya si junior ni....nak tengok jantina tu harus la blom dapat lagi sayang oii...

As planned, last weekend (Jumaat) kitorang pegi layan movie The Princess and The Frog....best la for budak-budak, takde part yang boring and ada banyak yang kelakar la....my Fatini sangat enjoy the whole movie but Farzana dah shutdown (read:tido) sebelum  sempat 1/2 jam pun movie tu start....with popcorn in her hand. Hahahaha....maybe suasana yang gelap kat dalam panggung tu buat dia rasa sleepy je. Masa kitorang layan the lastest Mission Impossible pun the same thing happened....she slept all through the movie even dia punya sound effect sikit punya gempak. Lucky for as Farzana blom kena bayar tiket lagi...kalau tidak, rugi wooo....

Hari Sabtu takde ke mana-mana kecuali windows shopping kat Subang Parade and had dinner kat Dave's Deli, spagheti Bolognaise dia yummy....roasted chicken pun sodap plus dia punya portion tu besar....double from what you get from Kenny Rogers. Puas hati la achik dan family makan terutamanya bila Fatini dan Farzana tak henti-henti mengunyah....Farzana loves noodles sebenarnya, dia memang layan bihun, mee dan spagheti. Kalau nampak kita order noodles, nasik memang dia tak heran la....even mee goreng yang pedas pun dia layan.....marbelesss....

Hari Ahad kitorang merayap jauh sikit, ke Wangsa Walk Mall kat Wangsa Maju. Jauhnya jalan...dari Klang ke Ulu Klang...kalau zaman dolu-dolu dayung sampan mudik ke hulu ni mau berapa hari baru sampai....hehehehe.... Kat situ ada games Music Chair untuk bebudak so Fatini pun join la....masa first round tu, she managed to get a seat tapi ada sorang budak ni (dalam standard 4 rasanya) sudah duduk atas dia....apa lagi si Fatini ni pun bantai meraung kat situ jugak....aiyooo...malu achik. Maybe dia rasa sakit kot budak tu duduk atas dia. Terus dia tak nak main lagi dah....but she get the goodies bag also walaupun tak finished up the game. We also try our luck untuk dapat free hamster from satu pet shop ni tapi dah habis daaa....penat En. Hubby beratur....hahahaha...takde rezeki...

So....that's all folk....see ya....

Thursday, December 24, 2009

Dah mabuk cuti....hohoho

Hari Khamis....Yess....best siot sebab esok, lusa dan tulat (apa daa....tulat...hihihi) cuti....

Dah terbayang kat mata besok nak tergolek-golek depan TV dengan anak-anak dan En.Hubby....syoknya...

Boleh la mendobi baju yang berlonggok-longgok....hari-hari balik dari opis tak terdaya nak buat itu semua sebab dah malam hari....badan pun dan merengek-rengek minta direhatkan...soo....bedebush la titun....

On weekend pun kepala dah berangan nak jalan-jalan cari makan kat our few favourite restaurant, meleleh ayaq liuq makcik bila teringan plan hat ni...hihihihi....

And....me also dah promise nak bawak anak-anak tengok wayang cerita....




Fatini dah terseyum lebar sebab lately dia suka berangan ala-ala fantasi sikit, jadik princess la, cinderela la, Hannah Montana la....she has turned into girl's world, no more Mickey Mouse or Tom and Jerry....so cerita ni memang kena la dengan jiwa dia....

Tahun 2011 nanti dah nak masuk sekolah kebangsaan....dah besar dah anak mama sorang ni, tak terasa cepat betul masa berlalu kan.....

Wednesday, December 16, 2009

Curi tulang ye....

Tensen kerja hari ni....so sesambil tu aku cari-cari info untuk itinerary ke Kuching tahun depan.

Miaow...miaow....bestnya.....teringin nak try makan laksa sarawak dan mee kolok.


Sunday, December 13, 2009

PD...here we come...

Kitorang menghabiskan cuti hujung minggu kali ni di Port Dickson. Bukan sesaja jalan-jalan tapi En.hubby ada kerja yang perlu diuruskan di sini. Kalau boleh memang kitorang akan elakkan datang PD time cuti sekolah sebab sesak gila....sana sini orang dan kenderaan.

Sampai kat sini petang Sabtu just gamble je cari hotel, ini sebab planned last minute la...tak sangka pulak kerja En.Hubby berlanjutan sampai ke hari Ahad. Pusing punya pusing, tanya punya tanya last-last dah rezeki kitorang nak duk kat Golden Strait View, ada pulak booking yg canceled. So kitorang pun dapat la stay kat sini.

Hotel ni best sebab ada pool, dekat dengan laut, seberang jalan je...boleh jalan kaki. Ada free wifi but limited to ground floor je...kat area lobby. Nasib baik bilik kitorang kat 1st floor so dapat la coverage wifi tu bila duduk kat balkoni. Bilik ni betul-betul menghadap swimming pool, boleh terjun tiruk dari balkoni terus ka dalam pool....ada brani??? Hehehehehe......

Nak mandi laut??? Kirim salam jelah sebab anak-anak aku penakut nak mampus, cecah kaki dalam air pun tak nak. Takut agaknya tengok laut tu luas....berendam kat swimming pool jelah ye anal-anak.....

Friday, December 11, 2009

While Being Away from Mama...She Did...

Yes...she drink Dutch Lady UHT milk perasa Strawberry atau coklat ketika di school. She refused to have formula milk so kitorang cari alternatif lain dan dapat la yang ini....adik suka, ibu percaya....hehehhehe....












Hmmm...sedap....

Tapi bila dah kembali ke mommy's lap.....dengan rakusnya dia menyedut mom's milk.....siap geleng kepala means tak nak kalau kita suruh dia lepaskan or stop menyusu. Alahai la adik..... Mama dia pun geleng kepala.....

Wednesday, December 9, 2009

I love playing outside....

Hai....dressing saya macam "cowgirl" kan...?


Nasib baik boot tu kaler biru, kalau kaler kuning....jadi Phua Chu Kang la pulak.


Mama saya memang jarang bagi saya main kat luar...kedekut la mama ni...


Haish....pagar ni kunci la pulak, kalau tidak boleh jenjalan kat luar sana.


Apa ni ambik gambar orang banyak-banyak...?


Meh nak test, best tak guna kamera ni...?


Posed maut untuk mama yang suka snap gambar orang....


Tuesday, December 8, 2009

Got news...

Dear all,

I got a good news and bad news....

The good news is I've done UPT last week and it's turned positive.....yup...I'm pregnant. Must wait until my tummy get a bit bigger to scan and estimate the EDD. But I guess it must be around 8 weeks because I've started to have morning and evening sickness. As I only got my period time twice since I gave birth to Farzana, so my last period date doesn't count.

The bad news is....my backpain is getting worst day by day....I'll suffer the pain even when I laid my back in bed. Ouch....Ya Allah, please help me...ease my pain. Don't know if I can survive during pregnancy especially with the heavy big tummy.

I cannot be refer to the hospital due to the pregnancy, they cannot even give me the exact medication to cure the backpain....for now until I deliver the baby, they just can give me paracetamol and calcium....hopping it will kill the pain.

Thursday, December 3, 2009

Metrojaya Warehouse Sales

Hari Rabu aku dan family pegi Stadium Melawati Shah Alam, shopping la beb...kat MJ Warehouse Sales. Sungguh banyak barang yang "ter"sales kat situ dan kitorang pun "ter"shopping RM300 lebih.

Yang banyaknya adalah bebaju gegirl berdua tu terutamanya si Farzana. Apa tak nya...emak dia dah meroyan nengok romper Baby Gap yang cun melecun di jual hanya RM9 sehelai....paling lekeh aku pernah survey harga romper ni ada yang berbelas ringgit le jugak...yang RM30++ pun ado. Tapi kat situ dia pukul rata...semua style dan design RM9 je....aku sambar 10 helai tapi En.Hubby dah reject 2 sebab design buruk katanya.

Baju Fatini pulak aku beli beberapa helai T-shirt dan sehelai seluar jeans serta sehelai track bottom. Pastu ada la sepasang pyjamas Hello Kitties yang telah berjaya dia rengek-rengek untuk kitorang belikan.

Jika membayar guna kredit kad Maybank, bagi pembelian RM300 ke atas dapat la voucher MJ RM25...voucher ni kitorang beli bantal kecik untuk letak kat sofa dua bijik, satu bijik RM14++.

Itu sahaja hasil rembatan....ops...kat luar dewan tu ada orang jual baby tight RM10 je satu...aku rembat 2 sebab takde saiz sangat untuk Farzana....sekian. Kalau rajin aku buh gambar rembatan....kalau M, pepaham jelah....
Related Posts with Thumbnails