Sunday, January 31, 2010

Borong Novel Lagi....

Semalam waktu selepas makan tengahari, aku angkut suami dan anak beranak ke Karnival Karangkraf kat Shah Alam. Ini first time aku pergi, yang tahun lepas aku terlepas sebab tak ingat tarikh....tahun ni aku dah marked kalendar awal-awal agar sejarah tidak berulang. Masa tu tengah panas terik tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk menghabiskan RM200++ kat situ....

Apa yang aku shopping????

Memula aku pergi register langganan majalah Pa&Ma dan Laman Impiana. Aku duk bertangguh lama dah nak sambung balik langganan majalah ni sebab malas nak pegi pos borang....nasib baik boleh register kat sini dan bayar cash. Aku pun ambik peluang la sambung langganan....tahun depan akan aku sambung langanan time karnival jugak la sebab....masa register tu dapat hadiah beb....aku dapat set permainan congkat dari SPM (Syarikat Permainan Malaysia). Ada jugak set Saidina...nasib baik tak dapat yang tu sebab aku memang dah ada kat rumah. Kalau dapat jugak Saidina semalam maunya aku merengek kat adik-adik di kaunter tu untuk tukar hadiah lain. Selain dari congkak tu aku dapat sehelai T-shirt dan sehelai tuala mandi dari Pusat Pakaian Hari-Hari. Senyum meleret aku semalam...tak sangka nak dapat banyak goodies bila register langganan kat situ.

Lepas dah habis register tu, adik kat kaunter pesan suruh pegi kat booth majalah-majalah yang aku langgan...diorang akan bagi hadiah lagi (selagi stok masih ada). Achik ni lagi la senyum meleret....mewah dengan goodies betul karnival ni....

Sebelum pergi ke booth majalah tu, aku pergi terjah kat khemah Buku Prima....terbeli la aku novel, 6 buah lagi tau....


Andainya Ku Kembali

Andai Itu Takdirnya

Ku Berserah

Cinta Kau dan Aku

Di Hujung Ranting

Street Vendetta


Untuk memujuk anak-anak pulak yang dah letih melayan mama yang terlompat-lompat nampak buku bertimbun-timbun, aku beli 2 buah buku kompilasi cerita teladan....dapat la tuan-tuan puteri aku ni  sorang satu.

Dengarlah Cerita

Ibu Ceritalah Lagi

Aku sebenarnya tak tahu nak beli novel apa sebab aku tak pernah baca novel-novel keluaran Buku Prima, so aku tanyalah saleman kat situ novel apa yang best. Dia pun hulur la semua novel-novel ni....top 5 katanya. Ada satu novel tu dah sold out pulak....Akhir Sebuah Cinta kalau tak silap aku. Takde rezeki...takpe.... Aku pun ambik semua novel yang dia bagi,  nasib baik dia bagi 6 je...kalau 10 dia hulur, mau pengsan hubby aku kat situ....hihihihi.

Dah selesai membeli-belah novel ni aku pun bergerak ke booth majalah pulak....first sekali aku ke Laman Impiana, aku pun tanya la..."dik, akak langgan magazine takde free gift ke?" (dgn muka tak malu nih). Satu kali dia hulur hamper sederhana tinggi kat aku....tergezut la aku, ingatkan dia bagi souvenir kecik-kecik je, keychain ke, fridge magnet ke...aku pun ucap terima kasih sambil senget-senget bahu angkat hamper dan jinjit beg plastik berisi novel yang 5 buah tadi....berat tau....En. Hubby tengah dukung Farzana so nak tak nak aku le jugak bawaknya...

Lepas ke booth Laman Impiana, aku bergerak pulak ke Pa&Ma. Jumpa editornya Kak Liza di situ....

Aku: "Kak, saya langgan majalah ni..."
Kak Liza: "Ha...Dik ambik nombor cabutan bertuah kat dalam balang nih"

Aku pun seluk balang ambik satu nombor...21...

Kak Liza pun hulur aku satu hamper barangan bayi....bertanda 21...

Aku: "Mak aii....besarnya..." Kak Liza tersenyum...
Ini nombor 21 dapat hamper cengini, kalau yang nombor 1 agak korang besar camne..?

Haish....sungguh la mewah karnival Karangkraf ni...rugi korang tak pergi...berbaloi-baloi walau pun panas terik.

Gambar hamper takde ye sebab anak dares dah baraikan since dalam kereta lagi....hamper yang dari Laman Impiana tu aku dapat satu floor rug, satu tin yang ada gambar rose (barang decoupage), sehelai face towel dan satu piring kaca yang selalu dijadikan hiasan kat restoren-restoren tu....tapi takde la pulak dia punya stand. Apa-apa pun aku bersyukur sangat sebab dapat goodies yang best-best kat situ....rezeki aku agaknya.....Alhamdulillah...

Next year wajiblah aku pergi lagi karnival ni.....jom semua....

Friday, January 29, 2010

GADIS HILANG - TOLONG!!!!!!!

Aku baru terima email pasal kehilangan adik Ikin ni tadi. Doaku agar usaha pencarian ini dipanjangkan lagi sehinggalah kita berjaya menemukan beliau.

********************************************************************************



Salam semua,
Sahabat saya Pn Shariffa bt Jari dari Semenyih telah kehilangan anak gadisnya sudah 12 hari.
Minta bantuan rakan-rakan semua sekiranya tahu dimana gadis ini berada sekarang.

Hilang dari sekolah pada 20.1.2010, hari Rabu yg lepas...sehingga kini tidak pulang kerumah.

Beliau bersekolah di SMK Taman jasmin 2 Kajang.

Beliau rendah.... kecil ,molek dan manis orangnya....

Nama: Nurliyana Ashikin bt Azmi
Umur : 16 tahun

Contact # PN SHARIFFA : (R) 03-87233184 ATAU H/P 0123970018

Terimakasih kepada yg tolong forwardkan email ini.


yg benar,
sahabat pn shariffa

Tuesday, January 26, 2010

Bercuti di....kampung...lalalala

Minggu ni dari hari Isnin sampai hari Khamis aku bercuti rehat....balik ke kampung halaman di Kedah kerana En.Suami ada kerja di Butterworth. Alang-alang dari kampung aku ke Butterworth tu cuma makan masa perjalanan 45 minit sahaja so dia stay kat umah bonda la.....aku pun suka sebab dapat berkepit kat bawah ketiak bonda, gosip apa-apa yang patut sesambil melayan ana-anak berkejaran kat halaman umah atau membelai si Maxi, arnab kesayangan anak buah aku...Fisol.

Bulan depan pulak aku cuti lagi...hehehehe....gilo ko apo asyik cuti jek memanjang..muakakaka.
5 dan 8hb Feb aku amik cuti sebab nak pegi jenjalan lagi...kali ni ke Kuching pulak.....yahoooo.... Benda ni dah plan lama dah, tak sabar rasanya nak pegi. Sebenarnya ini hadiah birthday aku untuk En.Suami....spesel tu....birthday aku nanti entah dia ingat ke tidak...huhuhuhu...selalunya dah lajak satu hari baru teringat....aku dah lali dah pun.....

Sunyi jugak rumah ni sejak ayahanda dah takde ni, bonda akan tinggal keseorangan bila cucunya Fisol ke sekolah atau ke aktiviti kokurikulum. So hari-hari bonda akan call anak-anaknya bercerita itu dan ini....maknanya setiap minggu at least satu kali mesti akan dapat call dari bonda. Kasihan dia....nak ajak dia tinggal bersama dia taknak, "siapa nak jaga umah?" alasannya... tapi aku tahu, sebenarnya dia tak betah tinggal di bandar, sementelah anak-anak pulak pergi bekerja di siang hari.

Ohohohooo....korang perasan tak aku dah mula pakai ayat bunga-bunga? Kehkehkeh...inilah bahananya bila dah terjebak dalam dunia novel ni. Aku dah khatam baca novel "Surat Ungu Untuk Nuha"...best. Aku memulanya target nak baca "Jaja & Din" dulu tapi starting dia agak slow so terkial-kial jugak nak masuk gear satu. Bila aku baca je muka surat pertama "Surat Ungu Untuk Nuha" ni aku terus jatuh hati.....memang best walau pun aku dah boleh agak apa ending cerita ni....mestilah Si Nuha dan Alang Rebus Tak Empuk akan bersatu akhirnya.....tapi cara garapajn dan jalan ceritanya membuatkan setiap bab sangat menarik, penuh dengan cerita usikan nakal Nuha dan Alang. Pendek kata memang tidak menjemukan....

Menyesal aku terlupa nak bawak balik "Jaja & Din" bersama ke rumah bonda, kalau tidak dapat jugak membunuh masa senggang dengan berbual bersama 'Jaja&Din" pulak.

Okaylah....sayonara...

Thursday, January 21, 2010

Achik suka tengok drama bersiri

Korang ada tengok tak cerita CSI? Tak kira la CSI Las Vegas ke, CSI Miami atau CSI New York.









Achik memang suka ya amat....since pertama kali dia tayang kat Astro dan available kat Malaysia. Dulu sampai termimpi-mimpi achik kat si Grisom tu (walau pun dia tak handsome).

Hubby aku akan cuba ubah channel lain kalau dia accidently terbuka AXN dan time tu ada cerita CSI....kes dengki kat aku la tu....takut aku asyik melonggok kat depan TV....hehehhehe. Kadang-kadang aku akan balas dendam tengok CSI tiga beradik ni masa hari Ahad, masa tu kan dia tunjuk back-to-back....muntah la hubby aku time tu....padan muko...hihihihi. Tapi aku counter back la dengan bagi dia layan bola dan badminton bila ada game yang menarik. Sayang laki....camtu la.....huahuahua.....

Kadang-kadang kalau aku ter'missed' salah satu episod, aku akan baca sinopsis episod tu kat internet....cuma nak tengok the whole episod dari internet je aku blom jumpa macam mana. Kat you tube hanya ada sedutan sikit-sikit je.... Nak download guna Torent macam malas je sebab cerita tu ada tayang kat TV. Pastu kalau duk tengok cerita tu satu season non stop pun boring jugak, kalau kat TV tu ada le jugak commercial break...takde la boring sgt. Haish....kalau la Astro ada buat interactive TV macam Media Prima kan ke best....

Dulu aku pernah layan cerita Prison Break yang sedut dari Torent, nak muntah hijau aku dibuatnya sebab nak kena habihkan satu season sekali tengok....lama tu....last-last aku tengok sampai season ke-2 je....yang lelain sampai sekarang aku blom bukak, dah muak agaknya....asyik-asyik tengok penjara pastu planned nak lari. Dah dapat lari kena tangkap balik pulak dah....masuk balik penjara...

Satu lagi cerita yang aku suka adalah The Nanny kat Hallmark....cerita ni dah lama tapi aku suka lawak-lawak dia, memang boleh improve English aku tau sebab kebanyakan lawak dia pasal English term dan sound, bunyi sama tapi maksudnya berbeza....pernah cuba search kat Youtube tapi tak jumpa le pulok.



Cerita House Md. pun best...yang pasal doktor tempang tu, suka buat eksperimen kat pesakit dia untuk dianogsis penyakit diorang. Dia ni ego pastu ada hangin sana-sini tapi bijak. Dari cerita tu aku dapati mat saleh ni banyak dapat penyakit pelik-pelik. Kena gigit tungau pun boleh masuk hospital pakar...apa daaaa....hihihihi... Tapi cerita ni takdelah boring macam ER ke....ER tu agak serius bagi aku. Satu lagi cerita doktor yang aku suka ialah Doc Martin kat Hallmark.....best....dia ni doktor tapi takut tengok darah....hehehehe...apa kes??





Aku rasa ini jelah kot series yang aku selalu tengok, yang lelain macam Friends, Desperate Housewives atau Merlin aku tak layan sangat sebab tak thrilled macam CSI dan House Md.....berdebar nak tahu apa ending setiap kes tu.....

Korang suka tengok cerita apa????

Wednesday, January 20, 2010

Sleepy Babies


Hari ni meh kita layan gambar baby yang kiut miut ni tido....sleepy babies....so sweet, kan?









Hehehehe....apa motif aku layan gambar baby tido nih??? Sebenarnya aku ni mengantuk sangat kat opis tengahari ni, tadi lunch aku bantai ayam 1/4 Nando's....mmmmm....sodap. Pastu perut kenyang maka mata pun dah jadik panda dan zzzzzz.....macam gambar kat bawah nun...


So buat teman-teman, selamat bekerja ye....semoga tak sleepy macam haku nih. Nak kena babap dengan bos gamaknya....

Tuesday, January 19, 2010

Mebeng oh Mebeng

Aku hangin dengan M2U hari ni....dah la kena login sampai 4,5 kali baru dapat completed transfer pastu aku dah request TAC sampai 3 kali....haram satu pun tak sampai-sampai. Dah sejam menunggu....siap aku buat test call dgn SMS phone aku ni kot-kot hanged ka, apa ka....ayoyo....

Niat di hati nak sambar novel yang aku baca sinopsis dia kat blog si limaunipis, macam menarik sangat-sangat. Lagi pun aku dah lama meninggalkan donia novel ni....dah beralih ke donia majalah pulak. Macam-macam majalah aku baca, tapi yg ilmiah jelah....takdo nyer aku pi beli Mangga ke, Hai ke....buang duit je.

Majalah yang wajib aku beli setiap bulan adalah Pa&Ma, pastu dua bulan sekali aku beli Laman Impiana. Kadang-kadang (boleh kata tetiap bulan jugak la...) aku beli Anjung Seri dan Impiana. Pastu lately ni aku jatuh chenta kat majalah Rasa le pulok...tapi memasaknya blom jugak rajin....hihihihi....

Actually aku nak beli novel ni....



Dan, kalau yang ni meletup....aku nak kebas yang kat bawah ni pulak...





Adakah aku akan kembali terjun ke timbunan novel-novel??? Kita tunggu ketibaan Jaja&Din yang aku purchased (walau pun blom berjaya dek Mebeng bengong....grrrr...)

Wednesday, January 13, 2010

Bercuti di Cameron Highland

Ini cerita lama tau, baru sekarang aku nak buat entry. Actually kami sekeluarga kecik ni pegi bercuti di Cameron Highland masa musim perayaan Aidilfitri 2009 yang lepas, 25 September 2009 to be exact. Kitorang ajak semua family sebelah aku untuk join sekali tapi diorang tak dapat commit, memasing ada hal. Hanya kitorang berempat beranak jelah yang pegi, we all dapat rumah peranginan company aku for two nights tapi kitorang stayed for one night je. Boring lah takde orang lain, balik-balik aku tgk muka hubby dgn anak-anak pastu diorang tgk muka aku pulak....hihihhi....


Jalan jammed masa kat Plus Highway.


Rupa-rupanya inilah penyebabnya....


Fatini asyiklah bertanya sepanjang jalan...."Bila kita nak sampai??"



Finally sampai jugak tapi hari dah lewat petang. Kitorang tak pegi pun BOH Plantation sebab dah pernah pergi previously.



En.Hubby singgah beli jagung bakar kat Kea Farm...lemak manis rasa jagung kat sini.



Sign board di lorong nak masuk ke Banglo TNB Kilat 1.



Tadaa....cantik kan design rumah ni, memang betul-betul gaya English.



View banglo dari main gate.




View banglo dari halaman depan, siap ada slide, see saw dan swing lagi tapi gambar lupa nak ambik.



Living hall.



Meja makan...perabot kat banglo ni takde la mewah sangat macam Banglo TNB Sharples dan Othmaniah...almaklumlah banglo ini untuk non-exec....



Master bedroom....abaikan seluar dan baju tu ye...hihihi. Ada wardrobe, meja solek dan baby cot.



Toilet kat master bedroom.



2nd bedroom, consist of 3 single bed dan 1 baby cot. Better than kat banglo Othmaniah, ada satu je baby cot pastu siap patah lagi kayu kandang tu.



3rd bedroom, ada satu queen bed dan satu baby cot. All rooms are with attached bathroom/toilet.



Kitchen....ada fridge, gas stove, washing machine, kettle, microwave dan rice cooker.



Farzana posing kat depan banglo.


Another killer posed from Farzana....missed you baby....muahhhh.

Story pasal jalan-jalan akan aku buat entry lain....daaa.....

Monday, January 11, 2010

My tummy goes rumbly...hehehe...

Last week kitorang kat kampung which kitorang balik sebab ayahanda yang meninggal dunia...Al-Fatihah, so a few malam after tu mesti la ada tahlil kan so we all stayed...with all my adik beradik dan anak-beranak diorang.

Rumah sangatlah pecah bagai tongkang karam, laksana nak menyambut hari raya pun ada...riuh rendah dan huru hara di sini sana. Paling kecoh is masa mandi...ada 3 toilet kat rumah tu so cucu lelaki (cucu yg masih kecik la...teenager takdolah nak join cenggini) mandi ramai-ramai satu toilet dan cucu perempuan pulak satu toilet lagi. Nak dijadikan cerita one night tu (senja actually) diorang ni buatlah rutin mandi-manda berjemaah ni...so air mandi tu dah melimpah keluar pintu toilet dan membanjiri lantai bilik tidur. Masa tu mak aku tengah melipat baju yang baru di angkat dari jemuran, air limpahan tu dah mengalir ke arah baju-baju tu....

Astaga....menjerit la mak aku, takut baju tu basah semuanya. Aku pun terus bangun dari mengulit Farzana kat katil dan bergegas nak menolong mak aku alihkan baju-baju tu....tak nak terkena air.....

Satu kali nangka busuk sudah jatuh la....aku tergelincir dek lantai yg licin digenangi air tu.....aiyoo....

Risau betul kitorang time tu, takut kandungan aku jadi apa-apa la kan....jatuh bedebab cenggitu....tapi aku observed dulu condition, ada bleeding or sesakit kat memana....alhamdulillah takde...

Balik ke KL baru aku ke klinik dekat umah untuk check condition kandungan aku, nak monitor baby bergerak atau tak masih belum rasa lagi....

So doktor pun scan sana-sini dah cakap uri okay, still attached dan kepala baby pun okay, takde injury. Jantung baby pun nampak ada heart beat. Alhamdulillah sesangat....lega perasaan gundah gulana aku....

And....my pregnancy was already 15 weeks.....hahahaha....no wonder la kenapa suddenly perut aku macam Winnie the Pooh, dah takleh cover dah....hehehehe.....

Gender??? Blom maa.....S.A.B.A.R

Back to the office...at last.

Setelah bercuti seminggu (termasuk MC satu hari) maka hari ini dengan rasminya aku kembali bekerja...

Apa perasaan??

Aku yg sentiasa happy go lucky bisa tertawa bersama teman-teman tetapi di dalam hati aku masih terdapat titik-titik kesedihan....sungguh aku tak tipu, memang masih berbekas di hati ni....

Bagi aku, teman dan kekasih boleh di tukar ganti tapi ayah....hanya dia seorang, walau pun dia memang terkenal dengan kebengisannya mendidik anak-anak. Hasilnya....kesemua anak-anak beliau tanpa mengira jantina mempunyai kerjaya di bidang masing-masing. Biar pun betapa bengisnya beliau, kami semua masih tetap menyayangi...meski pun ada di antara kami tidak mampu menzahirkannya...

Dan insyaAllah kami anak-anak ayah akan cuba menjadi anak yang boleh ayah banggakan di dunia dan juga akhirat....insyaAllah. Doa kami akan selalu ditiipkan buat kesejahteraan ayah di sana....amin....

Wednesday, January 6, 2010

Dalam kenangan...

Nama : Haji Yunus bin Udoh
Tarikh Lahir : 13 Oktober 1932
Tarikh Kematian : 2 Januari 2010
Umur : 77 tahun

Gambar ini di rakam ketika berada di Langkawi Cable Car pada tahun 2008.


Pasangan hingga ke akhir hayat....gambar di rakam ketika Aidilfitri 2008.


AL-FATIHAH...

Monday, January 4, 2010

Al-Fatihah buat Ayahanda Tercinta

Pada 2 Januari 2010 jam 8.30 malam, ayahandaku tercinta Haji Yunus telah kembali ke rahmatullah setelah jatuh pengsan di rumah.

Kejadian berlaku terlalu pantas, beliau keluar dari toilet dan meminta kakak aku tolong papahkannya ke katil, tiba-tiba dia rebah dan terus menghadapi sakaratul maut. Pada ketika itu hanya kakakku seorang yg berada di sampingnya. Amat mengejutkan kami semua kerana pada siang harinya beliau masih mampu untuk bermotosikal untuk ke kedai, dan pada malam hari dia rebah dan ajalnya sampai.

Dah tak mampu aku nak coretkan dengan  sempurna di sini, terkejut dan sedih masih menyelubungi.

Jenazah telah selamat disemadikan pada petang semalam (3 Januari 2010), semoga rohnya tersenyum melihat keranda yg membawa jasad beliau di usung sendiri oleh cucu-cucu lelakinya....alhamdulillah mereka sangat-sangat membantu menyambut jasad turun ke liang lahat dan sehingga selesai upacara pengkebumian.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah...AL-FATIHAH
Related Posts with Thumbnails