Thursday, February 25, 2010

Please...start listening....

Hari Selasa lepas unit aku ada perjumpaan dengan top management department aku. Kengkononnya nak face-to-face berbincang pasal apa-apa je isu yang kitorag nak cakapkan. Ini second time la big boss aku ni turun ke unit aku untuk buat perbincangan ni.

As for me, memang program macam ni bagus sebab administration  dan management akan jadi lebih telus, segala isu-isu dapat disampaikan terus kepada pihak top management . Aku budget maybe ada banyak isu-isu ni dulu dah kena tapis 5,6 kali atau langsung tak sampai kepada managment, yelah ada jugak boss yang nak jaga periuk nasik dia dan kawan-kawan dia sendiri kan so mesti ada yang disenyapkan camtu je...bila dah ada perjumpaan macam ni ramai la ambik peluang untuk menyuarakan isu-isu diorang.

Apa yang aku sangat-sangat tak suka ialah orang-orang top management ni sangat la suka memangkah percakapan orang. Maksudnya belum sempat orang ni nak cakap, diorang dah sibuk mencelah sampaikan buah butir isu tu jadi tak jelas atau tak sampai pun maksudnya. Haish diorang ni...kata nak dengar isu, komen dan pendapat orang bawahan tapi peluang untuk bercakap tak pulak di beri. Aku pun hangin jugak sebab aku pun kena pangkah....baru cakap satu dua ayat terus je diorag menyampuk bla bla bla entah ke mana sampai isu yang aku cuba cakap tu tak dapat pun aku sampaikan. Memang 90% isu yang cuba di arise kat dalam meeting tu tak dapat pun disampaikan. Semua orang tak puas hati....dah dua kali perjumpaan, dua kali la sikap diorang macam tu. Lebih baik la takyah nak diadakan perjumpaan langsung....buang masa kitorang je.

Aku rasa memang diorang ni dah di trained untuk jadik camtu...supaya orang bawahan tak dapat nak complaint management diorang. Asyik kena dengar dan ikut je apa yang diorang cakapkan. Tak letih-letih bercakap ke???

To my top management, if you read this (manalah tahu kot-kot ada terbaca) please.....stop talking and start listening. Jangan dok kempen sini-sana, round satu Malaysia konon-konon nak dengar dari top-to-toe masalah dan isu pekerja tapi korang yang tak henti-henti bercakap. Please respect others when they are pointing their views and opinions.

Wednesday, February 24, 2010

Yippiee....

Hahaaha...ini bukan iklan pasal akaun Yippie kat Maybank tu ye....just nak bagitau achik gumbira sebab setelah bertungkus lumus mencuba nak install Microsoft Office 2007, akhirnya hari ni achik berjaya.

Sebenarnya bukan achik yang buat sendiri, tapi achik mintak tolong budak praktikal kat opis FST untuk buatkan. Yelah...achik dah naik bengang bila buat self installation tak berjaya, dah lebih sepuluh kali try tapi tak jugak boleh maka achik buat muka kesian suruh budak praktikal tu install kan.

Maka dengan rasminya hari ni achik menggunakan Microsoft Office 2007, tengah godek-godek lagi functions yang ada tapi as the first impression, view dia lawo...performance dan lelain achik blom tau. Next time achik story lagi pasal baru nak buat eksperimen itu ini dengan software baru. For the Microsoft Outlook...memang I loike.....

Monday, February 22, 2010

Apahal Ntah???

Aku pun tak tahu laptop aku ada apa hal ntah....dah 3,4 kali aku kena time kat opis. Aku boleh access semua laman web kat intranet company aku tapi nak keluar ke dunia internet tak lepas-lepas. Esok tu aku try balik okay le pulok...

Nak kata aku takleh access sebab server Wifi problem pun tak jugak sebab even aku connected via cable pun still the same problem persist. Orang lain okay je boleh masuk internet dari PC diorang. Kalau la kot-kot internet browser aku ni buat hal, apasal pulak esoknya tu aku boleh je masuk internet macam biasa???

Haish...bikin pening kepala achik je.

Aku ni bukan la selalu sangat merayau-rayau ke internet tu, just untuk blog hopping je....tapi kalau takleh masuk satu hari nak meroyan le jugak achik jadinya. Macam katak bawah tempurung je....arrrggghhhhh....

Oh my handsome and cute dear hubby....can I get a new lappy??? VAIO perhaps???

Thursday, February 18, 2010

Makan @ Tupai-tupai

Tengahari tadi we (me, hubby and a few of my officemate) had a lunch at Restoran Tupai-Tupai. I always heard people claiming that this is a tempat makan yang wajib to try. Aku memang selalu jalan-jalan cari makan area situ because ianya satu jalan menuju ke Ikan Bakar Jalan Bellamy (a.k.a Ikan Bakar Belakang Istana) tapi tak pernah nak singgah Tupai-Tupai. So this time kitorang nekad nak try makan kat situ....Tupai-Tupai here we come....

Sesampai je kat situ mak aiii....crowded dek people tengah mamam kat main sitting area tu, so we took our food dan beralih ke satu pondok called "Miang Miang Keladi"...hehehehe.... Nasib baik kat sini line clear je...orang tak suka duduk sini maybe sebab jauh dari food kot.... For us yang makan nasik campur ni okay la...sekali ambik penuh sepinggan pastu terus duduk mamam. Kalau for those yang makan buffet tu memang suffered a bit la nak hangkut food 2,3 kali ulang alik.

The food was marvelous...nyumm,nyum....achik makan sampai licin pinggan, nasib baik tak jilat siku. Cuma yang failed adalah airnya...aku ngan hubby order Teh Ais and it tasted like air kosong with a lil bit of sugar and milk....sangat ceroi kata orang Kedah....Kalau lah bukan sebab food nya sodap...tak hingin den nak repeat datang kek situ lagi dah. Overall aku bagi 4 bintang untuk tempat ni sebab food sedap plus harganya pun berpatutan, kitorang makan berlima with the price of RM59++...okaylah tu kan.

But I was a litle bit frustated sebab I've heard that this place called as Tupai-Tupai sebab ada banyak tupai berkeliaran kat area tu....during our one hour visit tadi nan ado sekor pun tupai yang eden nampak...camno tu??? Dah pupus agaknya....????

P/s: Gambar takde sebab sebuk melantak...hihihihi

Wednesday, February 17, 2010

Kes bengang...


I was like typing a long post on my blog and suddenly I cannot publish it...ggrrr
Memang ada yang di saved dalam draft tapi tak penuh la, got like 3/4 of it...and if you complete and publish it , still the feeling are not the same as the first time you wrote it....

GGRRRRRR.......

Tuesday, February 16, 2010

Haiya.....

Sempena Tahun Baru Cina ni angin M aku makin menjadi-jadi. A lot of stories to tell tapi malas nak mengarang.....haiya....

Pagi semalam dapat tengok lion dance kat rumah jiran aku...besttt....

Gambar ehsan En.Google

Thursday, February 11, 2010

Fata Hotel, Kuching Sarawak

Last week kitorang 4 beranak (me, my hubby, Fatini and Farzana) pergi bercuti-cuti Malaysia ke Kuching Sarawak. Kitorang bertolak dari LCCT KL pada hari Khamis 4 Feb 2010 pukul 7.45 malam (lebih kurang la sebab AA kan terkenal dgn flight delayed nya...), sampai di Kuching International Airport around 10.00pm. Masa sampai tu just tapau McD dan ambil cab terus ke hotel. The cab rate was RM26 and we do check in at a budget hotel called Fata Hotel.

Fata Hotel ni ada 2 shoplot, satu tu equiped with lift dan yg satu lagi tu takde lift. Hotel di shoplot yang ada lift tu hanya ada bilik 1 double bed atau 2 single bed. Disebabkan kitorang datang berempat so aku dah booked bilik with 3 single bed, RM88++ per night. Ketiga-tiga single bed ni boleh dirapatkan so takde hal la untuk anak-anak aku tido, tak la risau diorang jatuh ke, hapa ke.... Bathroom ada hot and cold shower, towel dan bath soap provided tapi takde la shampoo dan conditioner macam hotel yg hebat-hebat tu...dah namanya hotel budget kan. Biliknya agak luas la....sesuai untuk anak-anak aku yang agak lasak ni. Ada local TV program and also Dinasty channel from Astro, wardrobe dan meja solek serta a set of PVC sofa dan coffee table. Fridge takde ye kengkawan so sesapa yang nak pump and store EBM memang tak sesuai stay kat sini. Since aku dah tak pumping, hanya direct feed je Farzana so it is okay with me...lagi pun bilik ni hanya untuk tido malam hari je, waktu siang dah pegi jalan-jalan the whole day. Aku saja pilih budget hotel sebab takut sesangat budget burst...mana nak shopping lagi, nak sewa kereta lagi...makan and jalan-jalan (entrance fee kena include jugak) so aku fikir takyah la nak duk hotel memahal kan...distance Fata Hotel ni pun dekat je dengan Kuching Waterfront tu...within walking distance, lebih kurang 10 minit je kalau jalan pun....dari hotel actually dah boleh nampak Waterfront tu.

As this entry aku dedicated nak cerita pasal Fata Hotel je so cerita pasal tempat-tempat lain korang tunggu next entry ye...gambar bilik tu aku upload kemudian sebab masih kat dalam kamera (dah upload dah... hehehe) plus aku akan letak jugak contact info untuk hotel ni, kot-kot ada yg berminat sebab hotel ni takde official website.







Fata Hotel
5-6, Jalan Mc Dougall
Kuching Sarawak
Tel: 082-248111
Fax: 082-428987

See ya....

Wednesday, February 3, 2010

Alhamdulillah...rezeki 2010

Tahun lepas aku ada pergi interview untuk kenaikan pangkat kat unit aku....masa tu sebelum bulan puasa lagi. Aku masa tu memang confident habis la yang aku akan dapat post tu....

Punyalah lama aku tunggu result tak keluar-keluar, aku ingatkan dah takde rezeki aku dah....rupa-rupanya minggu lepas aku dapat good news.

Ehem....dengan rasminya aku nak umum bahawa aku dapat kenaikan pangkat tu....yahoooo.....
Alhamdulillah, pendapatan aku akan berubah ke tangga gaji yang baru bila dah tamat tempoh percubaan selama 3 bulan.

Aku tak perlu pindah ke mana-mana pun, masih di opis lama, di meja yang lama (yang berhabuk sana,sini,sinun). Nature of work pun masih sama jugak....kitorang kat sini berkongsi beban kerja yang hampir sama dari level engineer hinggalah level technician so aku takde masalah nak catch up benda baru atau bekerja di bawah kepimpinan yang baru, so....achik happy sesangat.

Korang semua, doa-doakanlah kejayaan saya yang tak seberapa ni....di dunia dan akhirat insyaAllah.

Owh, btw aku dah khatam novel "Jaja&Din" minggu lepas, frankly speaking aku lebih jatuh hati dengan "Surat Ungu Untuk Nuha". Sekarang tengah study "Andai Itu Takdirnya"....cerita sedih ni....huhuhu....

Tuesday, February 2, 2010

Selamat Bekerja....

Aduih...aku ni gigih menghabiskan kerja-kerja opis....takmo ada yg tertunggak sebab hari Jumaat ni aku nak coti-coti Malaysia...yeayyyyy!!!!

Aku, hubby dan anak-anak akan ke Kuching....sempena birthday hubby. Ni la hadiah birthday dia tahun ni....

Pepagi tadi masa hantar dia kat opis, aku wish..."Selamat Hari Tua ye...."

Kehkehkeh...sesaja nak menyakat.

Tapi kan....sebenarnya tahun ni aku pun dah tua....dah 30...uwaaaaa......:-(
Related Posts with Thumbnails