Wednesday, March 31, 2010

Semoga cepat sembuh

Semalam terbaca Utusan Online pasal pelakon, pelawak dan DJ Radio Era.Fm yang dimasukkan ke Hospital Selayang akibat virus infection di dalam darahnya....khabarnya Din Beramboi di induced to coma condition untuk mengelakkan virus tu merebak dan merosakkan organ dalaman.

Pagi ni aku dengar berita yang agak melegakan iaitu Din Beramboi telah kembali bernafas tanpa alat sokongan...alhamdulillah. Dia telah menjalani proses dialisis untuk membersihkan darahnya dan telah mendapat bekalan darah baru dari tabung darah. So kepada sesapa yang prihatin, silalah menderma darah di Tabung Darah Negara bagi menggantikan semula darah yang telah digunakan oleh Din Beramboi...he's blood group is O positive.

Berita dari Utusan yang aku baca tu mengatakan bahawa Din Beramboi dijangkiti virus Lepto yang berasal dari kencing tikus....benar atau tidak, kita nantikan perkembangan terkini dari media massa. Sebenarnya ujian dan kesengsaraan yang ditanggung oleh Din Beramboi ada hikmah disebaliknya. Khabar angin mengenai jangkitan virus tersebut telah menjadi peringatan buat kita semua yang hampir-hampir terlupa pasal virus Lepto ni....cerita pasal virus ni pernah heboh diperkatakan suatu ketika dahulu. Khabar ini juga membuatkan ramai pihak membuka mata dan memandang berat tentang hal-hal kebersihan terutamanya di premis-premis menjual makanan.

Aku berharap segala penderitaan Din Beramboi ini tidak sia-sia...kesedaran yang timbul diharap akan menambah baikkan keadaan sedia ada.... Semoga Din Beramboi kembali sembuh seperti sedia kala, dan semoga ahli keluarga Din Beramboi tabah menghadapi dugaan ini....amin.

Susah nak zzzzz....

Malam semalam aku susah betul nak tido....mengiring ke kiri tak selesa, mengiring ke kanan pun serupa. Si kecil di dalam rahim ni asyik la menendang tiap-tiap kali aku cuba nak berbaring mengiring...last-last aku redha jelah tido terlentang, sesuatu posisi tido yang amat jarang aku lakukan. Aku agak mungkin dia cuba berpusing atau meregangkan badan, mungkin lenguh kot...macam kita la orang dewasa....

Aku memang tak tido menelentang kerana aku akan rasa sempit dada dan sesak nafas jika tido dalam posisi berkenaan....entah kenapa..... Nasib baik sunnah Nabi Muhammad SAW menyarankan kita agar tido mengiring, kalau menelentang alamatnya tak dapat la aku ikut sunnah tu...

Oh ya....akhir-akhir ni jugak aku selalu bermimpi yang bukan-bukan, ada yang memenatkan, menakutkan dan ada jugak yang menyakitkan. Apakah maksudnya???

Hubby aku kata "Kalau tido tak baca doa camtulah...mimpi yang bukan-bukan..."

Masalahnya adalah aku tido bukan sekadar berdoa tetapi aku baca Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan Surah Empat Qul....tapi masih lagi bermimpi yang aneh-aneh.

Suatu malam tu aku bermimpi melahirkan baby secara Cesarean, ketika itu aku masih sedar dan melihat perut di hiris....ngilu betul rasanya.....sampai terbayang-bayang rasa sakit itu bila sudah terjaga dari tido.

Di malam yang lain pulak aku bermimpi bertemu dengan pontianak....berkali-kali aku membaca Ayatul Kursi dan Al-Fatihah tetapi pontianak tu tidak juga tertewas. Apabila Farzana merengek mahu menyusu, aku terjaga....dan sesudah menyusu dan kembali terlena, mimpi pontianak bersambung semula.....aiseh...ngeri beb.....

Disebabkan acap kali bermimpi yang aneh-aneh ni, aku terasa letih badan apabila bangun esoknya...seolah-olah badanku tidak direhatkan ketika tido. Benarlah kata orang, tido itu adalah mati sementara...jasad terbujur kaku tetapi roh kita meraya-rayau ke serata alam.

Aku berdoa agar malam-malamku tidak lagi dikunjungi mimpi-mimpi aneh sebegitu....amin....

Tuesday, March 30, 2010

Bestnya cuti...

Lama kan aku tak update blog??? Sebenarnya last week aku cuti, balik ke kampung halaman aku di Kedah...best tau....tapi plan asal nak mandi sungai pun tak jadi sebab cuaca yang amat panas, nak keluar umah pun tak lalu beb....

Apa yang aku buat sepanjang bercuti tu??? Hanya layan anak-anak dan main PC games....nak upate blog pun tak dapat sebab wifi kat lappy aku ni buat hal....takleh nak connected. Nak pakai wired malas la pulak sebab location router tu agak tak selesa untuk lepak lama-lama, nak-nak dalam cuaca yang panas ni lagi la kan. Lastly aku main je game bodoh-bodoh yang ada kat hard disk aku tu kat depan kipas angin...plus dengan kipas siling yang ligat berputar.....aiseyman....sangat la membahangnya cuaca di sini-sana. Aku hanya keluar jenjalan, makan dan shopping pada waktu malam je....

Dengar kata di Cameron Highland pun dah tak sejuk di siang hari....di Genting Highland pun serupa jugak. Tapi aku masih bersyukur kerana setakat hari ni belum ada lagi rakyat Malaysia di sini yang mati dek cuaca panas ni....lagi kesian kat penduduk Afrika yang udah le cuaca panas terik, makanan dan minuman pun takde...lagi la sadis...huhuhu....

Walau bagaimana pun peluang dapat bercuti time orang lain bekerja adalah amat indah sekali.....tak sabar nak tunggu cuti bersalin nanti, 2 bulan tu....harap-harap dapat la kelulusan cuti 90 hari macam NUBE mintak tu.....bestnya cuti....

Friday, March 19, 2010

InsyaAllah...

Semalam aku pegi untuk routine checkup kat klinik panel company aku....dan doktor tu pun scan untuk ke sekian kalinya, hoping to know the exact gender of my baby la...oh, btw aku dah 26 weeks of pregnancy, memang sepatutnya boleh nampak la gender baby tu....tak sabar betul nak tahu...hihihii

Semasa scanning the doctor smile....and she said "InsyaAllah..."

I was smile a bit tapi tak sure la samada apa yang aku assume tu sama dengan apa yang doktor tu fikirkan. masa tengah test for  sugar level tu she said again..."InsyaAllah baby boy..."

My hubby  tanya la..."tak berapa nampak ke doktor?"

The doctor then replied..."Dah ....dah nampak  tadi ada  telur..."  (maaf, bahasa  pasar je...hehehe)

Masa tu aku rasa nak lompat dan cium je hubby aku kat situ jugak....hehehehe...so InsyaAllah he is a boy.....unless.... Allah know best.

Tapi aku tak berani nak shopping kaler-kaler maskulin lagi...tunggu aku pegi checkup dgn Dr.Delaila dulu, dapat confirmation dari specialist..hehehehe... Entah bila nak pegi pun tatau sebab  malas betul nak tunggu  lama-lama, patient dia ramai sangat. Nak jumpa  sekejap je...dalam 10-15 minit tapi kena tunggu paling cepat pun 1 jam....aiyyooo....

Btw, I gained almost 10kgs...ada 3 more months to go...entah berapa lagi kgs  yang akan bertambah....scary giler.....aku makan taklah banyak mana pun....

Thursday, March 18, 2010

Makan Gaji Buta

Ada seorang jurutera (huish...sebut jawatan tak cover2 dah...hahahaha) yang dah kerja kat sini ada la dalam 3,4 tahun tapi hampeh, tak tahu buat kerja. Senang cerita dia ni makan gaji buta la....

Masa memula masuk dulu aku masih boleh bersabar lagi dengan dia ni...tiap-tiap kali ada breakdown aku yang duduk pecah kepala tolong settle kan. Masa tu aku punyalah baik hati sebab aku assume dia ni cempedak di luar pagar...jadi aku tolong la ajarkan. Tapi bila dah 2,3 tahun dia masih lagi camtu, masih di tahap yang sama...kesabaran aku pun dah hilang. Aku rasa dia ni pemalas sebenarnya, malas nak susahkan kepala otak dia belajar camne cara nak tackle breakdown...malas nak belajar camne cara nak handle NMS dan equipment. Aku pun jadi hangin la...sikit-sikit nak suruh tolong, nak convert report ke dalam bentuk excel pun nak mintak aku tolong...pemalas betul.

Segala yang aku ajar dulu aku nampak la dia ada tulis, kengkonon buat nota "cari makan la" (aku sendiri pun ada nota cari makan...tebal beb) tapi bila time nak buat kerja apasal ko tak rujuk balik nota tu??? Malas la tu....hishhh...aku geram ya amat. Nak login NMS pun tak tau...habis tu yang bertahun-tahun ko kerja ni apa yang ko buat???

Petang ni ada la satu breakdown....so pakcik (siap expose jantina lagi...hehehe) ni kena la pulak turn syift dia, dengan technician yang baru setahun jagung kerja....kena sangat la tu...hehehehe..padan muko. Menggelabah la si jurutera ni camne nak buat. Memula dia datang kat aku nak mintak tolong settle kan....aku cakap la yang aku tak pandai NMS tu....hehehehe...ngelat beb. Lantak ko la nak call sapa pulak lepas ni... Futher more aku dah tak jaga operation dan breakdown lagi...aku sekarang dah buat planning job so kalau aku tak nak tolong pun takde hal...bukan KPI aku....hahahaha...gelak orang jahat (dah tumbuh tanduk nih).

Dia ingat aku ni boleh jadi mencacai dia ke...sorry la beb. Gaji bulan-bulan mau tapi kerja tak mau...gaji jurutera pulak tu....aku ni technician cabuk je.....

Sekian luahan perasaan dari aku terhadap si "Makan Gaji Buta".
Nasib baik ada blog bisu ni...nak jugak dia sudi dengar keluhan aku, kalau dia tak bisu apa la agaknya blog ni kata kat aku....heheehe.....

Wednesday, March 17, 2010

Memalukan orang Islam

Pagi tadi aku dengar satu siaran radio ni...ada la sedutan rancangan ala-ala temubual dgn artis ni....menyumpah seranah aku dengar jawapan dia pasal satu isu ni, yang memang terang-terang dia org yg macam tu lagi takmau mengaku. Dia ni memang hangat dengan pakaian dan aksinya yang seksi lately....

Namanya sikit punya gempak, minah saleh campur dengan nama Islam (ada stated perkataan Islam kat nama dia). Kalau korang nak tahu sape, sila la google ye sebab aku takkan letak nama penuh dan gambar dia kat sini...memalukan aku sebagai orang Islam.

Si penemubual ni tanya dia...."adakah anda seorang yang seksi, artis tak cukup kain" (lebih kurang la words soalan tu cenggini). Pastu si artis ni jawab "Tidak". Katanya "Seksi tu terpulang pada tafsiran masing-masing dan saya rasa saya tak seksi. Nak kata tak cukup kain, kat umah ada berlambak-lambak kain." Masa ni aku dah tersenyum sinis, bodoh punya jawapan...macam sengaja letakkan leher kat tali gantung je...

Pastu si artis ni siap sambung lagi komen dia pasal seksi tu....katanya..."Masa muda-muda ni la saya nak pakai seksi, takkan dah tua-tua esok baru nak pakai seksi-seksi..." Ya Allah, naik geram aku dengar....memang cetek sungguh pemikiran artis ni. Memalukan nama sendiri yang stated perkataan Islam di situ dan memalukan umat Islam yang lain. Apa dia ingat kewajipan menutup aurat tu hanyalah bila umur dah tua??? Kalau ko mati sebelum sempat tua camne???

Nampaknya Nur Al-Islam tu tak sampai pun nur nya kat artis ni, atau sengaja dibutakan hati agar tak nampak nur Islam di situ???

Dan kalau dah tegar sangat nak jadi artis seksi, dan tak boleh nak terima kewajipan menutup aurat...at least gugurkan nama Nur Al-Islam tu dari nama dan panggilan ko. Memalukan umat Islam seluruh dunia tau tak???

p/s: Sedih dengan manusia jahil camni....harap ada manusia yang sudi mentarbiah si artis ni....

Tuesday, March 16, 2010

Old Town White Coffee On The Go

Disclaimer: Ini bukan post berbayar ye...hanya nak share cerita aku je....



Korang pernah nampak tak billboard ni???


Aku hari-hari nampak kat tepi Federal Highway dekat-dekat dengan jambatan kabel (Motorola) tu. Sebagai peminat setia kopi maka aku pun sorak yeehaaa bila ternampak iklan ni. Tak perlu la aku pegi lepak kat Old Town kalau nak minum kopi diorang yang superb tu. Korang jangan risau, produk kopi di Old Town memang dapat sijil halal Jakim. Hanya produk makanan diorang yang masih meragukan...Jakim dah sahkan pemberian sijil halal untuk produk minuman Old Town White Coffee. So atas sebab itu jugak aku rasa teruja bila nampak iklan ni....boleh la aku still minum kopi diorang even dari rumah.

Old Town White Coffee ni dah lama keluarkan yang jenis serbuk dalam paket kecil tu tapi bagi aku tak best sangat, mungkin cara bancuhan tu tak sama so tak terangkat macam yg diorang served kat kopitiam. Yang di iklankan kat sini ialah yang ready made dan di tinkan....mesti la sedapkan sebab diorang yang bancuhkan.

Since aku ternampak iklan ni, aku pun mengintai la kat shelf-shelf di super dan hyper market kalau-kalau ada terjumpa...boleh aku rembat dan test apa rasanya. Malangnya belum jugak ketemuan..... Last weekend masa pegi shopping groceries kat Tesco Extra tup,tup ternampakkan si idaman hati ni....apa lagi, hubby aku yg jugak peminat Old Town ni pun rembat la 2 ketul paket yang 6 tin tu ye...maknanya kitorang beli sedozen....hambik ko..... Harganya agak mahal la berbanding air tin biasa, kalau Milo dan Nescafe tu 6 tin dalam RM8++ tapi kopi Old Town ni 6 tin RM12++. Bila calculate balik lebih kurang je dengan harga kat kopitiam, plus aku tak perlu bayar service charge dan Gov. tax untuk minum kopi ni.....so jadi jimat la balik kan. Minyak kereta pun jimat....time pun jimat.

Yang bahayanya bila dah ada kopi ready made ni ialah aku asyik la mengintai peti sejuk, rasa macam nak minum air tu je....tak sedar diri tengah pregnant lagi mau minum kopi banyak-banyak. Nasib baik iman kuat (buat masa ni lah), kalau tak kuat alamatnya sedozen tu tak sampai seminggu dah licin boliao.

Korang try la minum...berbaloi-baloi...hehehehe

P/s: Post ini adalah dari penggemar kopi...so layankan jelah....

Monday, March 15, 2010

Blog tak update - Problemo Solved


Hari tu aku ada story pasal blog aku yang status last update nya tak update (apa punya ayat la ni...). Cenggini...aku perasan yang blog list di blog orang lain tunjuk status aku last update 2 weeks ago padahal aku ada je update walaupun bukan hari-hari la...so aku pun resah gelisah dan googled for the solution. Korang boleh baca post tu kat sini

Setelah beberapa hari baca sana-sini aku pun try la suggestion blogger lain yang pernah jugak hadapi masalah yg sama dengan blog aku ni...in fact aku terkejut giler yang sangat ramai rupanya blogger yang kena problem macam aku. Kalau orang yg tulis blog untuk suka-suka macam aku ni takde hal la sangat, paling-paling pun orang kata aku pemalas je...atau takde story baru. Cuba kata kalau blog tu orang guna untuk buat bisness, dapat income dari situ? Contohnya yang terima tempahan kek, baju, CD bla bla bla....kesian kan kat diorang. Silap-silap customer pun lari sebab kata peniaga tu tipu, tak update2 blog pun.

So kat sini aku nak share la macam mana cara untuk solve problem tu....memang berjaya walau pun aku tak pasti la relevannya dengan problem tu. Jangan tanya lebih-lebih, aku pun hanya try and error pastu tak sangka dapat pulak solution nya. Kalau korang pun ada problem macam ni, cuba buat step-step di bawah:

1) Tambah address blog korang sendiri kat blog lists di blog korang. Masa ni mesti dia tunjuk last update yang entah bila punya tarikh tu kan...pastu save perubahan dashboard tu.

2)  Edit balik dashboard korang, buang link blog korang tadi dan save balik.

3) Edit sekali lagi dashboard dan tambah balik link blog korang tadi. Save dashboard. Pastu cuba view blog korang dan tengok status last update kat blog list tu.

Kalau berjaya...alhamdulillah...kalau masih sama, cuba ulangi step di atas sekali lagi (delete & tambah). Aku buat sekali je terus dah okey, ada bloger yang buat 2, 3 kali baru okay. Korang try la yek....



Andai kata problem tu masih belum solve jugak....sila la google untuk solution lain. Aku pun tak tau nak buat camne lagi dah.

Chow....wassalam...

Good Bye and Good Luck

Setelah hampir 6 tahun aku bekerja di unit ini, berbagai-bagai wajah manusia telah menghiasi bilik kawalan nan tercinta ni. Ramai yang telah datang dan pergi....perginya for good insyaAllah.

Wajah-wajah yang telah meninggalkan kami yang menjadi penunggu setia bilik kawalan ini ialah....

En.Azman (kiri) dan En.Fariza (kanan).

En.Azman telah ditukarkan ke unit lain, untuk menguruskan sebuah projek baru (CGIS). Beliau merupakan manager ketika bertugas di pusat kawalan.

En.Fariza pula bertukar ke bahagian lain (keluar dari bahagian sekarang) kerana kenaikan pangkat. Dahulu beliau adalah juruteknik di pusat kawalan.


En.Shahrizal.

Beliau merupakan seorang jurutera di sini tetapi telah meletakkan jawatan dan berhijrah ke Exxon Mobil. Kini berkhidmat di Alcatel Lucent.


En.Ardian

En. Ardian merupakan pengganti En.Azman sebagai Pengurus, juga telah meninggalkan syarikat ini dan sekarang berkhidmat di DiGi.


En.Husni Azam (berbaju biru di sebelah kiri) dan En. Pazli (bercermin mata).


En.Husni adalah jurutera kawalan di sini, beliau telah ditukarkan ke unit Planning.  En.Pazli adalah seorang Teknikal Eksekutif, telah berpindah ke unit CGIS.


En. Mohd Khairul Faizal.

Seorang juruteknik kawalan di sini, meninggalkan syarikat untuk mengejar cita-cita sebagai anggota penguatkuasa beruniform. Kini beliau berkhidmat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).


En.Emrull.

En.Emrull adalah jurutera di sini, telah di tukarkan ke bahagian O&M.


En.Zaki.

Beliau merupakan anggota kerja terkini yang meninggalkan pusat kawalan ini. Berkhidmat sebagai seorang Eksekutif Teknik, meninggalkan kami semua apabila permohonan beliau untuk berpindah ke Butterworth telah berjaya. Minggu lepas kami telah mengadakan sedikit majlis perpisahan untuk beliau, semoga ianya menjadi kenangan manis buat kita semua...  


Kepada semua anggota kerja berkenaan, selamat maju jaya di tempat baru.

Thursday, March 11, 2010

Tupperware 45th Anniversary Offer (12 - 31 March 2010)

Sempena Ulang Tahun Tupperware yang ke-45 ini, syarikat terbabit telah mengeluarkan flyer 45th Anniversary Offer yang bermula pada 12 hingga 31 Mac 2010. Banyak produk-produk menarik yang ditawarkan pada harga yang sangat menjimatkan. So silalah cuci mata ye...manalah tahu kot-kot ada yang berkenan di hati.





Tips Pengerat Cinta Suami Isteri

A few weeks ago tetiba aku dapat email ni dari En.Hubby...I was like...

"What??? Dia tak happy ke dengan cinta aku???"

Tapi aku cuba positifkan diri dan read all through the email till the end...manalah tahu ada lagi yang terkurang kat mana-mana. I posted the email here to share with all of you...jom kita amalkan....

***************************************************************************

Suami Bercinta (Bertahan Atau Berundur)


Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Konflik berterusan iaitu kecurangan pasangan
Di sini persoalannya mahu bertahan atau berundur?
Apabila berlaku konflik ini tentu sekali kewajipan terhadap isteri dan anak diabaikan.

Perbelanjaan Rumah tangga si isteri yang tanggung malahan si isteri juga menanggung si suami termasuklah perbelanjaan si suami dengan teman wanitanya kerana pendapatan suami tidak mencukupi.
Si isteri betul-betul tertekan tetapi cubalah pertahan rumahtangga yang dibina dan jangan berundur.

Cuba usahakan tip pengerat cinta suami isteri ini.Diambil dari laman :www.wanita2u. com

Mulakan dari sekarang :Mungkin pasangan akan rasa pelik atau janggal tetapi usaha yang baik jika tidak dimulai tentu rugi malah jika dilakukan berbaloi:)

*Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ketempat kerja masing-masing. - Done tapi yg portion isteri jelah, hubby aku takde cium dahi pon...

*Jika berpisah lebih dari sehari seperti tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman dibibir. - Hok yang ni tak pernah buat sebab...sssyhhhhh...rahsia...takut ada orang kecik hati.

*Walau sesibuk mana sekalipun ,luangkan masa menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang dilakukan. -Done

*Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I Love You sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan ditelefon dan sebelum tidur. -Partially done...hanya buat bila rasa nak buat. Kena improve nih.

*Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja. -Always done....pantang ada peluang mesti kitorang dating for breakfirst dan lunch.

*Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda ambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. -Done tapi selalunya aku yang sibuk bercerita itu ini sebab hubby aku ni tak banyak cakap kalau tak kena topik.

*Luangkan masa untuk berbual tentang apa saja dari isu rumahtangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. - Not done sebab time ni sibuk nak tidurkan anak-anak dan siapkan beg-beg diorang untuk ke sekolah esok. Most of the talk was done during dalam kereta but we rarely talk about politics sebab lain-lain parti...hehehehe....karang gaduh susah beb.

*Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekalipun apatah berhari-hari. -Partialy done, kitorang memang mudah berbaik-baik tapi takdelah dalam tempoh sejam tu dah cooled down. Sometimes kena bagi lebih time untuk each of us fikir balik baik buruk apa yang kitorang gaduhkan tu.

*Teman Pasangan semasa menonton rangcangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya,kerana apa yang penting ialah berada disisi pasangan. -Done, aku memang selalu teman dia tengok bola sambil aku buat sudoku atau baca buku/magazine.

*Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. -Ini yang payah sikit...aku selalu tertido terus dengan Farzana lepas susukan dia malam-malam. Kalau aku terjaga tu aku balik la tido kat katil dengan hubby....anyway kitorang anak beranak tido sebilik, anak-anak tido atas tilam kat lantai.

*Amalkan solat berjemaah semasa dirumah,berdoa bersama serta bersalam-salaman selepas solat. -Kalau dah dedua solat, siapa nak tengokkan anak-anak??? Dulu masa belum ada anak memang selau la amalkan solat jemaah ni, sejak dah ada anak ni je dah tinggalkan terus. Maybe later on boleh buat balik bila Fatini tu dah besar dan boleh diharapkan untuk jaga adik-adik.

*Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. -Haish...mana ada geli??? Aku yang selalu jadi DBKL, tukang sapu bersih left out hubby....tak baik membazir (padahal awak tu yang buruk lantak...hihihihi).

*Sesekali,buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu,memakai pakaian dalam yang seksi atau apa saja yang anda tahu pasangan pasti menyukai. -Bab beli-beli ni payah sikit sebab hubby aku la menteri kewangan kat umah tu...lagi pun kalau pasal pakaian biar jelah dia yang pilih sendiri, cerewet sangat. Ada lagi 2 helai baju yang aku beli dia tak pernah pakai sebab tak kena dengan taste dia....gggrrrr.

*Senda gurau dalam rumahtangga amat penting,ceritalah sesuatu yang kelakar,teka- teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. -Kitorang memang selalu bercerita (ke aku yang banyak cakap daripada dia yek???) baik dari segi kerja, rumah mahupun isu semasa. Bergurau senda tu memang selalu la...bab usik-mengusik dan geletek-menggeletek pun memang dah jadi tabiat.



Tawan hati pasangan semula,perbaiki diri kita,
Jika segala usaha daya telah dilakukan ,berdoa dan bertawakal.. .
Tentu Masih Ada Kasih Sayang Bertaut.

Pincangnya satu-satu hubungan pasangan ialah kemesraan yang amat kurang dan terlalu memendam perasaan .Apabila hal demikian mengambil tempat,renungkan ...'dan berbuat baiklah,kerana sesungguhnya ALLAH menyukai (mencintai) orang yang berbuat baik.'

Salah satu kaedah berbuat baik ialah saling memahami dan komukasi hati ke hati.

Wednesday, March 10, 2010

Blog tak update?

Aku baru perasan dari blog lists member-member yang status last updated blog aku adalah 2 weeks ago...apakah???

Aku update la woi....walau pun bukan hari-hari tapi jangan la ko gi taruk sampai 2 minggu tak update...haiyaaa....

Dan aku perasan jugak bukan blog aku sorang je yang salah info pasal last update, tapi ada a few lagi blog member-member aku kena jugak. Status tulis last update 1 week ago tapi bila aku bukak ada 3,4 posting yang baru.

Nampaknya aku takleh blog hoping berdasarkan status last update la...kena check tetiap hari or 2 hari sekali...kalau tidak harusnya aku ketinggalan keretapi.....pon,pon bunyi diaaa....

24 weeks of pregnancy...

Minggu ni pregnancy aku dah masuk ke minggu 24@6 bulan...fuhh...another 3 months to go before the baby pops out. Apa yang aku rasa???? Berdebar jugak sebab aku still belum tahu jantina baby ni...next week I'm having another check up dan doktor akan try scan to see the gender. Aku tak suka la surprise2 takmo tahu gender baby tu, achik tak tahan...mesti nak jugak tahu. Camne la dengan orang-orang yang boleh kawal diri untuk taknak tahu gender baby diorang tu??? Hebat betul...

By 24 weeks...

1) I still have my morning sickness once in a blue moon, seminggu tu dalam sekali dua mesti ada...lama jugak morning sickness kali ni...

2) My tummy grew bigger faster than my previous pregnancy. Masa pregnant kan Fatini dan Farzana, 6 bulan ni perut baru nampak sikit je....aku still boleh pakai jeans yg loose. Tapi pregnant kali ni perut aku dah macam 8 bulan je...by the time my real 8 bulan tu datang agaknya besar mana la tummy aku ni.

3) Aku sangat suka makan buah-buah masam. Masa previous pregnancies aku memang dah tak sentuh dan buah mangga bila masuk 3/4 bulan, tengok je pun dah tak lalu. Tapi kali ni lama le pulak aku suka makan masam-masam ni....tapi jeruk dan asam masin memang tolak tepi la....tak boleh masuk tekak langsung. My daily fruit adalah green apple sebab masam...cicah dengan garam....fuhhh....sodap.

4) Aku memang sukakan coklat since sebelum pregnant tapi bila dah pregnant ni bertambah la sukanya achik. Apa jenis coklat semua aku belasah...my current favourite are Tudor Gold Milk Chocolate. Droolsss....

5) Quantity intake nasi aku dah semakin kurang, pinggan pun dah half full...kalau dulu selalu nampak half empty so asyik la top up sampai  full...hehehehe

6) I hate chicken....sangat jarang la aku amik ayam sebagai lauk...kalau dah takde choice baru le aku makan. Even kalau di goreng sekali dengan mee pun aku akan asingkan. But I do love bird...puyuh goreng...yummy eehhh...

7) Aku tak suka sangat makan Mc D...bankrap la Mc D bila aku tak pegi....heheheh...regular customer sudah lari.....hhuhuhuuuuuuuu. Kalau pegi Mc D pun aku makan bubur nasik je.

8) I'm falling in love with food at kopitiam like roti bakar with kaya and butter dan semestinya di minum dengan kopi ....terutamanya Old Town punya cold white coffee. Sangat nyaman....

9) Aku sangat suka bercuti...even hanya cuti dan duduk rumah je...kena jaga anak sakit dan meragam pun takpe janji aku cuti....hihihi...dasar pemalas.

10) Aku sangattttt suka baca buku (novel, magazine), sudoku solving dan main pc games. Simple games like Spider dan Freecell pun aku layan. Aku cuba kontrol diri supaya tak terlibat dengan games kat facebook....mau mabuk aku nanti asyik nak bercucuk tanam kat Farmville je....hehehehe...

Tuesday, March 9, 2010

Semalam ku bermimpi....

Hahaha...nak dijadikan cerita, semalam aku mimpi tentang seorang member forum/member blogger aku iaitu achik Nieza dan anak-anaknya Suffiya dan Zulaikha.

Kisahnya macam ni...

Aku, hubby dan anak-anak dalam perjalanan di highway untuk bercuti ke selatan tanahair (lokasi tu tak sure pulak ke mana). Kitorang berhenti sekejap untuk salin CD Farzana kat satu RnR (CD tu beb...padahal aku tak pernah pakaikan Farzana CD time nak pegi jalan-jalan). Tengah kat dalam toilet ladies tu tetiba achik Nieza masuk dengan mendukung Zulaikha dan memimpin Suffiya....pun nak tukar CD jugak....kkebetulan sama le pulok...hihihihi...

Kitorang pun chit-chat la pasal CD masa kat toilet tu....aku pun tukar CD Farzana dan humban ke dalam baldi CD yang aku selalu guna kat rumah....hahahahaha...sungguh tak logik, takkan aku nak hangkut sekali baldi tu bawak gi jenjalan kot....kehkehkeh.

Dan siap agenda salin menyalin CD maka kami pun berlalu pergi tanpa sempat aku tanya achik Nieza nak pegi mana sebenarnya.....???? Lepas tu aku pun terjaga bila Farzana nangis nak menyusu...

Pagi ni aku rasa ralat sebab tak tau kitorang nak pegi jenjalan ke mana....dan aku jugak tak tau achik Nieza nak pegi mana. Mungkinkah kitorang akan pergi bercuti bersama-sama????

Saturday, March 6, 2010

Pusat Sivik Kuching / Dewan Suarah

Pagi first day di Kuching kitorang dibawa oleh tour guide ke Pusat Sivik a.k.a Dewan Suarah. Tour guide aku ni (Azlan) kurang sikit pengetahuan am so tak banyak info yg aku dapat dari dia...maklumlah dia ni masih baru dalam arena tour guide ni...nasib baik masa hari last tu kitorang di bawa oleh tauke sendiri iaitu forumer Cari.com.... Mr. Dainy Panny ( 019-8246422). Masa jalan-jalan dgn Dainy ni memang kitorang tanya habis-habisan apa yg kitorang nak tahu pasal Kuching dan Sarawak. Dainy punya knowledge memang superb....memang puas hati la amik tour guide dari dia. Rate yang dia ambil ialah RM250 satu hari (transport dan driver)....memang murah beb, aku rekemen ambik dia la kalau korang nak pegi Kuching.

Disebabkan lacked of info dari Azlan, kalau ada pun banyak yang aku dah terlupa so takde benda sangat nak cerita....layan gambar jelah ye...




Ini la rupa bangunan Pusat Sivik / Dewan Suarah tu. Cilok gambar dari Cat Museum. Nak ambik sendiri tak dapat angle yg cantik sebab bangunannya tinggi.



View bandar Kuching dari atas Pusat Sivik
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya.


Nun kat jauh yang warna putih atas bukit tu adalah Muzium Kucing / Cat Museum di Petra Jaya.


Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).


Ini Hospital Kuching




Ini pun tak ingat bangunan apa...makcik nyanyuk.

Takde orang so anak-anak aku bebas berlari ke sana ke mari





Kakak kecik nangis taknak balik, tak puas berlari...

Thursday, March 4, 2010

Upload gambar

Hari ni aku baru ada chance nak upload gambar kitorang ke Kuching bulan lepas...dah lama terperap kat dalam kamera.

Cheh....ayat tak hengat...ada chance konon, padahal diri sendiri yang malas. Dibuatnya memory card kamera tu kaput tak ke haru....baru la time tu nak meraung bagai....

Anyway...itu baru aku upload dari kamera ke lappy, dia punya story lain kali daaa....angin M lagi...hihihihi...

Duduk rumah ni membuatkan aku jadi lebih penat...penat berperang dengan dua gegirl yang suka bergaduh sesama sendiri tu....adoiyai anak-anak....kesian la kat mama yang boyot ni....huhuhuhu...

Wednesday, March 3, 2010

A call from nursery....

Yesterday in the afternoon, I received a call from Farzana's nursery. Achik ni macam biasa la, terus darah gemuruh takut ada emergency apa-apa kat anak-anak kan....penyelia nursery tu bagitahu yang diorang jumpa blisters (again aku cerita pasal blisters tu...hehehe) kat lengan, peha, kaki, tangan dan badan Farzana. Dalam hati ni dah terdetik..."Anak aku kena chicken pox ni..."

So aku pun pegi ambik Farzana dan bawak pegi klinik.....sah, confirm dan sahih blisters tu adalah chicken pox...no wonder la hari-hari sebelum ni dia demam. Memang simptom chicken pox akan demam dulu baru la naik blisters tu.

So....achik cuti la minggu ni, menjaga si kakak kecik tu....nasib baik aku preggy dah 2nd trimester, kalau masih dalam 1st trimester aku kena hantar la Farzana ni balik ke kampung, minta tolong emak jagakan....it will affected the pregnancy while during 1st trimester. Alhamdulillah.....aku dah lepas critical stage tu.....lagi pun tentu susah nak jagakan Farzana sebab dia masih menyusu badan, nak-nak time nak tido tu confirm berperang air mata la si kakak kecik ni....

Farzana since demam hari tu jadi sangat la manjanya....pantang tengok aku belek benda lain or belek Fatini, dia pasti akan throw a tantrum Pening achik nak memujuknya...kekadang tu achik biarkan je.....yelah, kalau nak sidai kain pun dia melalak, harus la achik biarkan aje.....itu belum masuk toilet, tak berhenti dia mengetuk pintu....nak join sekaki....aiyaaaa.....

Tuesday, March 2, 2010

HFMD???

As I told earlier, Farzana demam....and she had blisters kat area dagu and a red dots at het tip of tongue.....I was so worried, hanya tuhan je yang tahu....mungkinkah HFMD???? The tongue must caused her in pain because she refused to eat her favourite nasi and sup ayam, hanya nak menyusu dari mama and drink a lot of chilled water.

So I've carefully inspected her palms and feet...in case ada blisters around. Alhamdulillah takde....and I've refered to the doctor and she said "If there's no blister around palms and feet, there's nothing to worry". The doctor suspected maybe Farzana caught a bacterias infection (we do called it as hama) or it caused by a superhot enviroment that we are having these days...

By the end of the day when my hubby arrived from office, he complaining that he had a red dots on his tip of tongue too. What a coincidence??? Then I know that Farzana is really far away from HFMD....praise to Allah....

Monday, March 1, 2010

Musim kemarau



Kami satu family baru balik dari bercuti di kampung hubby...kelate weih....jauhnya achik jalan dgn perut boyot nih....tapi takpe, ini la last time aku akan balik sana sebelum meletops....sekarang ni dah 23 weeks so kira boleh tahan lagi la...my hubby dah tanak bagi jalan jauh dah pasni. Raya puasa nanti la baru balik pulak ke kampung dia....btw this year adalah giliran umah aku dulu ye...best!!

Ketika kat kelate sangatlah seksanya sebab tengah musim kemarau, panas ya amat. Nak pegi jenjalan pun tak lalu, dengan perut dah boyot ni lagi le badan cepat berpeluh-peluh. Ada la dalam satu hari tu 3,4 kali aku mandi....hahahhaha...rasa macam nak berendam je dalam kolah kat umah tu....

Maybe disebabkan cuaca yang sangat panas, Farzana dah demam le pulok...sebelum tu dia selsema on dan off. Aiseh....bikin lagi tak selesa la....nak tidurkan dia pun takde port sebab semua tempat kat dalam umah panas bangat, aircond harus la takde....nak tak nak hubby start enjin kereta dan pasang aircond, aku susukan Farzana kat dalam kereta....tak sampai 15 minit dah hanyut dia. Pastu baru la alihkan dia masuk ke dalam umah. Kesian anak-anak (dan mama jugak), rasa nak berkemban je sepanjang hari tapi memandangkan itu umah orang maka aku control jelah....kalau kat umah sendiri harus dah lama aku seksi meksi.

Kat Kota Bharu hari Ahad tu ada majlis perlepasan Le Tour De Langkawi 1st Stage....alahai....camne la korang nak kayuh tengah panas-panas kemarau ni....malam hari pun masih terasa bahang udara panas tu....masyaAllah, itu baru panas kat dunia....kat padang Mahsyar esok entah la....huhuhuuhu (insaf sekejap...).

Kengkonon plan balik kampung tu nak la pegi PCB, alih-alih tinggal plan jelah sebab dah panas sangat, gilo ke nak pegi tunggu tepi laut tu time-time cenggini. Aku bajet air laut tu pun confirm suam je....camne nak mandi?? Nampaknya tunggu pertengahan bulan Mac ni la, time balik kampung aku pulak untuk aku dan anak-anak terjun tiruk kat air terjun berdekatan umah....nyaman....
Related Posts with Thumbnails