Friday, April 23, 2010

Medela Pump In Style Advance (PISA) to let go-Sold

Harap Maaf, Medela PISA saya telah disunting orang. Terima kasih kerana berminat.

Salam semua,


Buat pengetahuan korang, aku berhajat untuk meng 'let go' Medela PISA aku. PISA ni aku beli dari Pengedar Sah Medela Malaysia iaitu Lacta Equip di Ampang dengan harga RM1880. Aku nak let go pada harga RM900 (nego). Aku beli PISA ni pada June 2008 dan menggunakannya untuk mengepam susu ketika berada di office. Aku menggunakannya sehinggalah aku berhenti mengepam susu pada November 2009. Selepas berhenti mengepam, aku lap bersih-bersih dan simpan dengan cermat. Condition pam ini adalah mint (like new) sebab aku memang jaga dengan cermat, tak pernah jatuh atau dented sekali pun. Suction nya pun masi sihat walafiat, tak perlu nak hantar servis bagai....

Sepanjang pam ni berkhidmat dengan aku, tak pernah aku hadapi apa-apa masalah sama ada dari segi suction, susu masuk tubing dan sebagainya. Memang pam ni superb dan excelent....suction nya sangat selesa dan ia ada 2 phase expression yang memudahkan aku untuk dapat let down. PISA ni sangat berjasa kepada aku dan anakku Farzana.

PISA ni aku akan let go sekali dengan backpack, cooler kit (cooler bag dan chiller block), 2 pcs soft fit breastshield baru serta 2 pcs connector baru. Botol susu medela tu aku tak bagi la sebab dan guna, aku akan gantikan dengan 4 botol susu Bumble Bee yang baru. Terlibat di dalam pakej adalah 2 pcs tapak botol dan satu pam Medela yang jenis manual. Apa yang ada kat dalam gambar di bawah, itulah yang akan korang dapat kecuali botol susu tu aku bagi brand lain la....gambar budak tu no included ye...hehehehe



Tujuan aku nak let go PISA ni sebab aku dah berangan nak beli Medela FreeStyle untuk cater aktiviti mengepam aku bila dapat baby baru end of June ni...dah lama mengidamkan si FS ni....so nak tak nak kena la let go pam lama.

Sesiapa yang berminat atau ada kawan-kawan korang yang berminat, silalah contact aku di samadikaca@yahoo.com atau tinggalkan comment korang kat blog ni ye...

Nanti aku snap gambar actuall dan paste kat sini....

Thursday, April 22, 2010

Aztech Wireless Broadband Router

dalam post yang lepas aku cerita pasal configuration ADSL modem kan....so dalam post kali ni aku nak story pulak pasal configuration wireless router supaya boleh connected dengan Streamyx tu.... Router aku brand Aztech model WL830RT4.


Di bahagian LAN tu korang boleh isi dengan apa-apa IP yang korang suka....

Yang paling penting ialah bahagian WAN tu...korang pilih setting Dynamic IP pastu dia akan bagi IP secara automatik bila ADSL modem dah connected dengan wireless router tu...it takes time dalam beberapa minit sebelum keluar IP kat bahagian WAN tu....double check bahawa IP dia mesti dalam range yang sama dengan LAN IP di ADSL modem...kalau tak sama confirm tak jalan. So koang kena troubleshooting atau reconfigure IP kat both modem dan router korang.

Username dan password default untuk router Aztech model ini ialah...

Username: admin
Password: admin

Dinasihatkan agar korang ubah username dan password default ni kepada nilai yang lain...untuk mengelakkan network anda dicerobohi oleh orang-orang yang expert IT tapi berniat jahat...hehehehe...atas sebab-sebab tu jugak aku letakkan kotak merah di beberapa setting/attributes dalam gambar kat atas.....better beringat sebelum kena.....

Wednesday, April 21, 2010

Streamyx ADSL Modem Configuration

Aku share dengan korang cara-cara nak configure ADSL modem yang digunakan untuk Streamyx connection. Modem aku ni brand Billion. Ini untuk peringatan aku jugak kot-kot nanti aku reset modem tu dan hilang semua setting so boleh aku refer balik kat post aku ni.


Bahagian kotak yang merah tu aku sengaja letakkan sebab takut ada hackers yang cilok IP aku pulak nanti....tapi IP tu akan diberi oleh ISP, Streamyx la tu...

Untuk configure ADSL modem ni nanti akan ada username dan password. Antara yang kebiasaannya diguna pakai ialah:

Username: admin
Password: admin

Username: admin
Password: password

Tapi kalau korang ada tukar kepada password sendiri so pepandai la ingatkan balik....kalau nak selamat better tulis kat dalam buku nota username dan password yang korang dah set kat ADSL modem tu. Kalau dah tragis sangat tak ingatnya maka call la TM di no. 100 dan siapkan no. akaun Streamyx korang, mintak diorang reset modem tu...pastu mintak balik details dari diorang (username,password, DNS, IP) untuk setting semula ADSL modem tu.

Harap-harap post aku ni membantu korang semua....

p/s: drools a lot for HSBB....hehehehe

Friday, April 16, 2010

Mikhael@SDMC

Semalam waktu lunch hour aku pegi melawat dak Mikhael ni kat SJMC/SDMC...kesian dia, nangis sampai bengkak mata....dari luar bilik aku dah boleh dengar dan cam suara dia nangis. Doktor cakap Mikhael kena food poisoning...suspected dari air. Mommy dia cakap hari Ahad masa dinner kat kedai Mikhael ada minum air karot susu, share dengan abah dia. Balik dari dinner tu abah dia sakit perut tapi tak tahu apa sebabnya...tapi sebab orang dewasa so sakit tu mild ajelah. Tak sangka pulak si Mikhael ni pun kena jugak, siap warded lagi.....since kena dripped tu nampak condition dia dah better, kalau tidak memang dia tak bermaya betul....
Owh, he is 1yo ++.




Sedih tengok tangan halus mulus ni kena cucuk sana-sini.


Risau jugak kan kalau anak-anak kita pun kena macam ni, makan kat kedai tu belum tentu kebersihannya macam mana. Aku pun pernah kena food poisoning disebabkan susu soya...fresh dari kotak lagi....doktor pun pelik sebab sepatutnya yang dari kotak tu lagi ok dari yang jual kat gerai-gerai. Yelah yang kotak tu dia fully sealed plus diorang dah UHT kan, yang kat gerai tu open, boleh contaminated any time. Tapi nak buat macam mana, dah nasib tak baik....nak terkena jugak.

So lepas ni harap kita lebih berhati-hati memilih kedai untuk makan....prevention is always better than cure kan???

Thursday, April 15, 2010

Kesian Mikhael

Anak buah aku...Muhammmad Danish Mikhael was admitted semalam at Sime Darby Healthcare Hospital a.k.a SJMC disebabkan cirit-birit dan muntah yang berterusan dari hari Isnin. Kesian kat Mikhael....

I've planned to visit him during lunch hour hari ni....insyaAllah.

Her mommy told me there was a lot of drama air mata from him....and he kept biting the tube that was use for dripping him....alalala....

Nanti maksu belikan buah ye....jangan makan tube lagi tau....

Be a strong boy Meeska Mooska....

Wednesday, April 14, 2010

Perang Dingin

Semalam we are having a "perang dingin" because of a stupid reason...so damn stupid.....
I hate it, just hate it.....kenapa lah lelaki perlu ada ego yang tinggi, pastu selfish pulak tu....
So bagi aku lebih baik diam....dah tak tahan sangat baru volcano aku ni burst out.....


This is a very short post, malas nak post kat FB...elakkan spekulasi....

P/s: Dear this "somebody" from FB world....please faham if I ignore all your mail, invites and comments.....that's means....Please buzzz off from my life!!!!

Friday, April 9, 2010

Salam Hari Jumaat

Hari ni dah Jumaat, hari terakhir bekerja dalam minggu ni....bestnya esok dapat cuti.....yeay!!

Aku dan family takde la plan apa-apa yang spesel, nak-nak pulak perut dah berat ni....dah tak lalu nak berjalan sana-sini. Pergi makan kat Mid Valley pun dah penat berjalan dari parking ke kedai-kedai kat situ...itu pun baru kat level LG...nak merayap sampai foodcourt kat atas mintak maaf le....

Aku suka dapat cuti sebab dapat berehat kat umah, spend masa senggang dengan suami dan anak-anak walau pun hanya dengan tengok TV bersama-sama, tido siang sama-sama, makan tapau sama-sama....hehehe. Dapur kat umah aku tu dah sebulan tak berasap, hubby aku kata takyah la susah-susah masak, karang pinggan mangkuk periuk belanga takde sape nak basuh kemas.....Achik suka la kalau dah enchik suami kata lagu tu....tukang masak ni boleh la bersara, gantung sudip senduk bagai....

Tapi aku terlupa yang barang-barang baby belum beli satu habuk pun lagi....achik boyot dah tak larat nak jalan shopping, camne nih??? Nasib baik ini anak yang ketiga....so takde la nak beli banyak sangat sebab yang turun-temurun dah ada. Niat di hati nak rembat baju baru 2,3 pasang, towel, diapers (CD yang aku ada tak sebanyak mana, mesti tak cukup punya...nak-nak time baby membuang mekonium) mittens dan booties serta pillow cases, bolster cases dan cadar baru. Itu jelah rasanya yang perlu....tak payah nak membazir sangat, saving tu boleh aku guna pakai untuk beli education toys buat baby bila dah besar sikit nanti.

Owh...terlupa pulak, aku kena beli liner banyak-banyak...setakat sekotak dua tu memang tak cukup la....kalau habis karang susah pulak nak cari.... Misi penyusuan susu ibu secara eksklusif akan aku teruskan dengan baby baru ni....insyaAllah sampai umur dia 2 tahun, macam Farzana yang masih menyusu walau pun lagi sebulan lebih dia akan berumur 2 tahun. Doakan kejayaan kami ye...

Btw, aku ada jugak try nak wean off Farzana dari breastfeed ni tapi masih tak berjaya jugak....melalak kakak kecik tu kalau tak dapat nasi lemak ni.....korang ada cara tak nak buat camne?

Thursday, April 8, 2010

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu....

Hebat kan aku??

Apa rahsianya???

Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi.

Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman.

Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat.....


Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapatkan hybrid baru. Games ni memang slow je...kalau dia kata pokok tu akan "buds in 24 minutes" maknanya lagi 24 minit jam kita la baru bunga tu akan ada buds, memang ikut real time. So aku boleh tanam seeds pastu tinggalkan dia membesar, pergi buat kerja pastu lagi 24 minit datang balik tengok hasil.

Aku ni sebenarnya memang suka bercucuk tanam tapi disebabkan tak dapat nak bercucuk tanam di alam nyata akibat perut yang boyot ni maka dapat buat di alam maya pun jadi la....buat lepas gian...hehehehe

Mama Jepun

Semalam aku dan anak-anak berkampung di Samba De Futsal di Petaling Jaya, hubby aku dan kawan-kawan main futsal kat situ.

Semasa dalam perjalanan di Jalan 222, ada satu billboard yang besar kat tepi jalan. Farzana dengan riuh mulutnya menegur billboard tu sambil menyebut "Mama...mama...mama..."

Aku pun tanya la kat Farzana..."Mana mama?"

"Tu mama...." sambil jarinya menunjukkan billboard tu.

Aku pun apa lagi....tersengih macam kerang busuk la....

Korang nak tahu billboard apa?? Cuba tengok kat bawah...












Fuyooo...maknanya Farzana kata muka mama macam awek jepun ni la ye....cun nya......hahahaha

Mama sayanggggg Farzana....mmuahhhhhh



Nota kaki: Baru aku perasan yang Jalan 222 ni adalah jalan bernombor yang paling glamer kat Malaysia....MBPJ dah pernah try tukar kepada nama lain tapi still orang pakai nama Jalan 222 jugak, dah well known.

Tuesday, April 6, 2010

Lagu Drama King

Achik dah jatuh chenta kat lagu ni....asyik terngiang-ngiang kat cuping telinga...
Lagu ni tajuknya Drama King, nyanyian Black Mentor dan Meet Uncle Hussin.
Arrangement muzik, melodi dan liriknya memang mantop.....ada chance untuk menang AJL 2010....
Hidup Meet Uncle Hussin....Hidup Black....Hidup Indie....


DRAMA KING

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

 Chorus

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hatimu karat
Sampai bila
Kau mahu tersesat

Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah buat Din Beramboi

Mesti semua orang dah sedia maklum bahawa Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah jam 12.30 malam tadi di Hospital Selayang.

I was very shocked masa dapat news tu...sedih sebab pemergiannya adalah mengejut ketika namanya sedang berada di puncak. He realy make my day bila dengar lawak kroniknya setiap pagi di radio Era.fm.


Teringat kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang juga pergi meninggalkan kita ketika sedang berada di puncak kerjaya beliau. Semoga ahli keluarga dan anak-anak Din Beramboi akan terbela, tidak menerima nasib yang sama seperti anak-anak Tan Sri P.Ramlee.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.... Al-Fatihah.
Related Posts with Thumbnails