Tuesday, June 29, 2010

Baby Muhammad update - hari ke 25

Pejam celik pejam celik dah 25 hari berlalu, cepat pulak rasanya tempoh berpantang kali ni. Lagi sebulan dah kena masuk opis balik, kembali menyerabutkan otak terutama sekali nak menghadapi kerenah-kerenah manusia kat sana tu. Aku sukakan kerja aku, dah kena dgn jiwa tapi aku rasa rimas dgn persekitarannya. Takpelah....baik takyah cerita, buat sakit mata je membacanya.

Baby Muhammad aku perasan agak manja karakternya. Asyik la merengek-rengek halus sensorang, kalau yg mcm ni tak diberi perhatian pun takpe, nanti dia diam sendiri. Bila time dia merengek halus ni aku tahu lah yang sebenarnya dia tengah buang air besar atau nak kentut. Kelakar kan?? Itu pun nak merengek, sebab tu aku kata dia a bit manja.

Muhammad ni sangat heavy wetter, diapers harus ditukar maksimum 3 jam sekali. Kalau dah terlajak time tu alamatnya basah la baju seluar dia semua. Dedulu aku tak pandai nak agak time tapi sekarang ni bila dah tahu budget so kurang la aktiviti menukar baju seluar yg basah.

Baju-baju untuk newborn memang dah tak muat dipakai si Muhammad ni, dah bertambah saiz badan dia. Berat terkini belum tahu lagi, tunggu umur dia 1 bulan baru nak pegi timbang dan jab. Barut baby pun ada 3,4 helai yg dah tak muat di pakai.

Since umur dia 2 minggu dia dah taknak dibedung tangan lagi so sekarang aku hanya bedung dari bawah ketiak sahaja. Antara ketiga-tiga anak aku ni, Muhammad la yg paling lama tahan pakai bedung, Fatini dulu masa hari ketiga dah takmo berbedung dah, melalak sakan minta dilepaskan tangan dia.

Sekarang ni sejak 3,4 hari yg lalu Muhammad minta didodoi jika nak tido, sebelum ni bila dah kenyang menyusu aku akan letak dia dalam baby cot. Dia akan layan diri sendiri sampailah dia terlena. Nampaknya zaman bulan madu mama dah tamat...dah tak dapat nak horeey-horeey anak minum-tido, minum-tido lagi dah. Kalau dah dia menangis susah sangat nak tido, hanya papa dia dapat pampered dia sampai dia terlena.

Pakcik kecik ni jugak akan menangis each time nak salin diapers. So mama  terpaksa ambil masa yang lama nak pakaikan fresh diapers kat Muhammad sebab nak kena pujuk-pujuk berkali-kali sebelum selesai semua. Dah basah diapers harus la barut basah sekali kan so lagi la leceh sebab nak kena kelebet pakaikan barut jugak.

Hmmm...itu jelah update buat masa ni. Lenguh tangan mama menaip sebelah dan pangku Muhammad lagi sebelah. Nanti mama nak karang story pasal breasfeed Muhammad pulak...bila tu??? Entah la...

Monday, June 28, 2010

Ada Pending Posts

Aku adalah nak story pasal hari sukan sekolah Fatini Sabtu yang lepas tapi anak-anak telah mendera mama diorang dgn jayanya sampai aku tak sempat nak mengarang.

Niat di hati nak sambung story tu hari ni memandang dedua tuan puteri tu pegi sekolah tapi....si Muhammad pulak sambung aktiviti dera-mendera mama nan seorang ni.

Alahai la anak....kesian la kat mama korang yang makin kurus ni, nak mamam pun tak sempat-sempat lagi.

Memang patut pun syurga tu di bawah telapak kaki ibu.....

Korang tunggulah story tu aku publish nanti ye.....

p/s: Aku berangan nak tulis novel online tapi kalau dah cenggini penangannya....camno nak buek???

Friday, June 25, 2010

Do you save or spend money during sales?

Duk sesaja ni aku teringat kat billboard yang pernah aku nampak kat jalan.

"Do you save or spend money during sales?"

Camtu la lebih kurang ayat dia, exact word aku tak ingat. Iklan ni kalau tak silap by News Strait Times.

Bila nengokkan ayat ni....apa korang punya pendapat?

Bagi aku la kan, kita sebenarnya lebih banyak spend dari save bila shopping time sales ni. Yelah, maybe barang yang kita betul-betul nak dan aimed nak beli time ada sales tu cuma satu,dua je tapi bila dah sampai time, kita usung satu troli penuh barang. Camne tu?? Ada pulak barang yang kita terbeli tu langsung tak berguna untuk kita, tapi kita beli jugak sebab ada less 70%. Itu belum kira dengan buy 1 free 1, dapat free gift bila beli sesuatu barang dan macam-macam lagi promotion time tu. Silap-silap kalau iman tak kuat, mau terberanak lagi sebuah troli.

Bukan pompuan je yang rambang mata time sales ni, lelaki pun sama jugak. Tak caya??

Ini kisah En.Hubby aku la, masa aku berpantang si Farzana dulu kebetulan ada JCard Day. So disebabkan makcik tengah dalam perintah berkurung maka dia pi shopping sensorang. Tak bagitau aku pulak tu..kot-kot la nak tanya apa yang nak dibeli ke, nak kirim apa ke...tau-tau dia balik loading barang penuh satu bonet kereta. Yang paling best tu disebabkan minuman rutin achik dalam pantang adalah Milo maka dia beli Milo peket hok besar sekali tu (1.2kg kalau tak silap) untuk achik. Bukan satu peket tapi dua sekaligus....apa dia ingat aku ni nak meniaga air ka??? Aku pun tanya la...apasal beli sampai dua? Dia kata "Ini barang yang limited 2 per customer". Aiyoo...memang la limited item tapi tengok la keperluan tu perlu ke tak sampai 2. Nak menghabiskan sekilo pun terkial-kial, last-last  satu peket lagi tu aku humban camtu je sebab dah expired tapi tak minum. Kan dah membazir tu....

Untuk berpantang yang kali ni aku dah pesan siap-siap, beli peket yang kecik je yang oiii....hehehe

Itu baru kisah milo, belum kisah botol susu panjang yang 5,6 botol dan bottle warmer yang dia beli kat Pureen warehouse sales bebaru ni. Nak pengsan aku tengok....

"Darling, anak kita tak pakai pun botol-botol cenggitu, diorang breastfeed..."

"Sayang, anak kita tak pakai pun milk container dan bottle warmer...susu diorang segar dari ladang....".

Nampaknya aku kena jual balik murah-murah la semua yang tak terpakai tu...

So... "Do you save or spend money during sales?"

Thursday, June 24, 2010

Delivering The Baby Boy Part 3



Lama giler menunggu cerita ni nak tamat kan?? Nak buat macam mana, penulis asyik la busy memanjang. Mana nak layan anak baru, nak layan anak lama lagi…hohoho..ada ka istilah anak lama. Kalau dah besar panjang bebudak ni mesti kecik hati dengan ayat mama meroyan diorang ni.

Okey…berbalik kepada kisah bersalin aku tu…sebenarnya takde la best mana pun, sesaja je nak coret-coret buat kenangan. Kalau korang ada rasa mual-mual bila baca tu, sila la pi buat UPT yek…hehehehe

Ditakdirkan proses bersalin yang aku rasa mesti la lagi mudah sebab ini anak yang ketiga rupa-rupanya tak semudah yang disangka. Dari dok eksyen tak rasa sakit tetiba terus sakit yang tak tertahan, nak request pain killer dah terlambat sebab bukaan dah lebih 6 cm so sedut la entonox. Satu kali, dua kali sedut aku dah rasa macam orang gila…macam nampak halusinasi je semua orang kat sekeliling, memang power betul entonox tu. Husband aku tanya apa pun aku dah tak paham, yang pasti aku dengar ada orang bercakap dan bergerak di sekitar.

Masa sakit dan ada contraction tu aku tahu memang aku dah nak bersalin tapi…..doktor la pulak takde, dia tengah buat operation kat OT. Halamak….camne ni, baby memang dah nak keluar sesangat. Aku dah dapat rasa jari nurse tu tengah tahan kepala baby jangan bagi dia keluar lagi sebab doktor blom sampai. Aduih…parah nih…. Aku dengar nurse cakap doktor dah on the way pastu diorang suruh aku sedut gas tu banyak-banyak setiap kali ada rasa untuk meneran. Aku pun sedut dalam, dalam dan dalam…akhirnya… aku pengsan ko…..memula tu rasa berpinar-pinar pandangan lepas tu terus shut down.

Aku tak pasti berapa lama aku pengsan pastu aku tersedar balik bila terdengar orang bercakap-cakap. Rupa-rupanya doktor blom jugak sampai, aku pun panik lagi. Bila rasa sakit menyerang lagi aku di suruh sedut lagi entonox dalam-dalam, terus aku pengsan buat kali kedua. Bila aku tersedar balik doctor pun dah sampai dah suruh aku teran baby keluar. Aku pun apa lagi, dah memang nak keluar sangat-sangat dah pun baby tu…sekali teran je terus keluar. Memang nak suruh selesai cepat-cepat sebab dah tak tertahan sangat sakitnya. Memang yang paling sakit sekali aku rasa di antara ketiga-tiga kali aku bersalin ni, nasib baik sekejap je…takde sampai berbelas-belas jam macam yang dulu-dulu.

Time nak jahit episiotomy tu aku terasa tau sakitnya bila jarum tu ditusuk….huihh…ngeri tau. Doktor tu pun pelik kenapa aku rasa sakit padahal dia dah biuskan aku. Aku kena paksa sedut lagi gas untuk kurangkan sakit time operasi jahit-menjahit, kena la 5 stitches. Husband aku kata bukan doktor tu yang potong epi tu tapi terkoyak sendiri. Itu la kesannya kalau dah dok tahan-tahan sangat baby tu nak keluar, dah confirm la terkoyak sendiri kan.

So tepat jam 2.36 petang 4 Jun 2010, lahirlah Muhammad Fareez Irfan dengan berat badan 2.99kg. Nak sangat baby boy kan…so Allah dah bagi baby boy kat aku, tapi sebelum tu aku kena la diuji dulukan dengan kehamilan yang sangat meletihkan dan proses kelahiran yang amat menyakitkan.

Allahuakbar…

 
 
 

Saturday, June 19, 2010

Dr. Delaila


As promised ini dia gambar Dr.Delaila, was not taken by me tapi aku cilok kat website Sime Darby...hehehehe. Takde chance la nak snap gambar dia, tangan achik ni penuh je memanjang dengan dukung baby la, pegang beg la. So gambar cilok pun kira aci la kan...

She was born on 10th February 1954...hohoho...sebelum merdeka tu. So umur dia tahun ni adalah 56 tahun but I bet korang semua mesti kata muka dia tak macam 50-an kan???

Her father was a malay man from Muar and got married with a Japannese girl. Now you know where the good radiant looking face came from...SKII kot...hihihihih....

Thursday, June 17, 2010

Fatini dan Dyslexia

Hari tu masa aku pegi postnatal checkup kat SDMC, aku ada baca health magazine sementara tunggu turn nak jumpa doktor tu. Salah satu artikel yang aku baca kat dalam tu adalah berkenaan dyslexia (read as: dis-lek-si-uh). Ia sangat menarik hati aku untuk mencari maklumat lebih lanjut pasal dyslexia ni sebab aku rasa Fatini menghadapi masalah ini sekarang.

So...apa itu dyslexia???

Aku cerita seara general ajelah ye...berdasarkan pembacaan aku. Kalau korang nak tahu dari segi medical, kena refer ke peadtrician atau psychologist.

Dyslexia ni adalah ketidakbolehan atau senang cakap slow learner di peringkat kanak-kanak untuk membaca, mengenal huruf, menggabungkan huruf dan proses sebagainya. Cara yang paling mudah nak kenal kanak-kanak dyslexia ni adalah besar kemungkinan dia akan menulis huruf atau nombor secara terbalik. Contohnya huruf b akan ditulis sebagai d. Ada jugak yang akan tulis perkataan secara terbalik, contohnya WAS akan menjadi SAW. Mereka ini akan sangat lambat atau tidak langsung boleh membaca sekiranya di ajar membaca seperti kanak-kanak normal. Masalah akan jadi lebih besar bila mereka dah mula bersekolah, pasti pembelajaran mereka akan jauh ketinggalan dan dibimbangkan akan menjadi ejekan kawan-kawan di sekolah kerana gagal membaca. Ia akan menjurus kepada masalah psikologi yang lebih besar kelak seperti rasa rendah diri dan sebagainya.

Nak tahu simptom-simptom yang lain silalah google ye....ada banyak lagi sebenarnya.

Untuk mengetahui samada anak kita menghadapi dyslexia atau tidak, hanya psychologist je yang boleh mengesahkannya melalui beberapa siri ujian bertulis untuk melihat sejauh mana disorder yang dia hadapi.

Okey, berbalik kepada kes Fatini ni....sebelum ni aku dan husband memang dah perasan yang dia selalu lah sangat tulis terbalik. Bukan setakat huruf dan nombor terbalik je....ni dah sampai tahap dia mulakan penulisan dari kanan ke kiri, macam kita menulis jawi dan membaca Al-Quran. Aku panggil tulisan dia ni tulisan cermin sebab kalau tengok dari cermin baru dapat baca dengan betul apa yang dia tuliskan.

Fatini juga sangat mudah terlupa bila disuruh mengeja perkataan. Contohnya BUKU. Memula dia sebut suku kata pertama BU dan bunyinya, pastu bila dia sebut suku kata kedua KU dan bunyinya mestilah pastu kena gabungkan ye tak? Kat sini dah dapat detect simptom dyslexia sebab dia akan langsung terlupa suku kata pertama tadi tu apa. Terpaksa suruh dia ulang sebut balik suku kata yang pertama dan kedua...pastu dia terlupa lagi....aduhai....memula tu naik darah la makcik bila mengajar dia. Aku ingatkan dia tak fokus, asyik la kena marah makcik kecik ni....kesian pulak kat dia. Bila dah terbaca artikel dyslexia tu baru aku tahu ini mungkin punca masalah dia masih tak dapat membaca sampai sekarang.

Aku mesti la amat risau sebab tahun depan dia dah nak ke sekolah kebangsaan, kalau takleh membaca camne nak belajar. Darjah satu sekarang tak sama macam zaman kita dulu, yang mana cikgu baru nak ajar nak murid mengenal huruf dan belajar mengeja. Mesti dia akan ketinggalan jauh...nak-nak pulak jika bersekolah di area Lembah Kelang ni, banyak sangat persaingan dan budak-budak pulak cepat sangat catch up.

Cara nak atasi dyslexia ni adalah kita kena ubah cara dia belajar mengenal huruf dan mengeja tu. Ada beberapa program khusus untuk pengidap dyslexia ni menangani masalah belajar diorang, antaranya Orton-Gillingham Method (OG) dan Slingerland Method. Kat Malaysia ni ada persatuan khas untuk penghidap dyslexia ini iaitu Dyslexia Association of Malaysia (DAM).

Aku dengan hubby akan try consult dengan general doctor untuk mintak dia refer Fatini ke specialist unuk pengesahan dyslexia ni. Aku harap kitorang masih belum terlambat untuk memperbaiki masalah pembelajaran dia.

Doakan kitorang ye...

Nota kaki: Antara selebriti terkenal yang turut menghidapi dyslexia dan berjaya mengatasinya adalah Albert Einstein dan Leonardo Da Vinci. Mengejutkan bukan???

Hmm...siapa tahu Fatini pun boleh jadi macam diorang bila dah pulih kelak???

Tuesday, June 15, 2010

Baby Muhammad Hari Ke-11 dan Pap Smear

Dah sebelas hari dilahirkan ke dunia ni tak banyak bezanya dari saat Muhammad dilahirkan. Dia asyik tido, buang air besar dan kecil, merengek-rengek, minum susu dan tido lagi. Tak sabar rasanya nak bercakap-cakap dengan baby Muhammad, nak tengok wajahnya bila dia beri reaksi. Indahnya senyuman si anak kecil...

Semalam, Isnin aku pegi SDMC untuk follow up checkup, alhamdulillah semuanya okay. Lega hati aku... Another 6 weeks ada appointment lagi dengan Dr.Delaila untuk Pap Smear dan Family Planning. Sebenarnya aku tak pernah pun pegi appointment yang cenggini biar pun ini kali ke-3 aku bersalinkan anak dengan Dr.Delaila...sebabnya....visit yang ini tidak ditanggung oleh company aku, kena self pay. So aku fikir dari bayar mahal-mahal korek dari poket sendiri leih baik aku pegi je klinik panel company aku dan dapat free je. Tapi....itu pun aku tak pernah pegi...ye korang....aku tak pernah buat Pap Smear. Aku bukan tak sedar kepentingan Pap Smear ni tapi aku ni malu le kengkononnya....yelah, prosedur tu kan kena....ehem,ehem. Yang antenatal checkup pun pegi sebab terpaksa...so tebalkan ajelah muka.

Buduskan alasan aku???

So...since aku rasa baby Muhammad ni akan jadi anak terakhir aku, aku rasa this time aku akan pegi jugak buat Pap Smear ni. Anak terakhir??? Yelah tu kot...anak kecik lagi, sakit bersalin masih terasa so boleh la cakap kengkonon  dah tak nak beranak lagi dah. Karang anak dah besar sikit mula la menggatal nak ada baby lagi...hihihihihi. Kalau la ditakdirkan baby Muhammad jadi yang terakhir maknanya aku dah takkan jumpa pakar sakit puan lagi unless aku ada masalah kesihatan yang lain la...(yang ini mintak2 le takdak). Kalau ada something goes wrong, hanya bila dah agak teruk baru la akan dapat tahukan? Aku risaukan penyakit macam kanser serviks ke, cyst ke...dah sakit teruk baru nak pegi jumpa doktor, naya la...

Kalau buat Pap Smear dapat la detect risiko kanser serviks lebih awal dan dapat buat treatment dengan segera.

Itu angan-angan aku la...nak buat Pap Smear, tapi dah kena tukar sebagai azam nampaknya...takut bertangguh-tangguh sampai tak terbuat macam yang dolu-dolu....huhuhuhu
   

Saturday, June 12, 2010

Baby Muhammad 8th Days Update

Pagi tadi semasa memandikan baby Muhammad, tali pusatnya telah tanggal. Alhamdulillah...cepatnya kering dan tertanggal. Kakak-kakak dia dulu lambat sangat, si Farzana tu sampai 14 hari.

Aku gembira sangat sebab lepas ni lebih mudah la nak siap-siapkan baby Muhammad pakai barut, pampers segala sebab dah tak perlu risau terusik tali pusat tu lagi dah.

Btw, aku belum lagi start mengurut sebab belum dapat balik ke kampung. Hubby aku sibuk sikit so terpaksa tunggu jadual dia lengang sikit baru dapat balik berurut di kampung aku. Tukang urut yang aku kenal kat sini semuanya nak kena pick up diorang kat rumah. Dah hubby asyik outstation je memanjang so sape nak pegi ambik???

Next week hubby aku ada kerja di JB seminggu so aku amik keputusan untuk angkut anak-beranak semua ikut dia. Masa dia pegi kerja kitorang lepak-lepak (read as tido memanjang) kat bilik hotel, insyaAllah kalau ada WiFi connection aku akan bersiaran dari Thistle Hotel (dulu Hyatt JB).

Friday, June 11, 2010

Tupperware Mid-Year Special 2010





Jualan Mid-Year Special 2010 ini bermula dari 11 Jun sehingga 27 Jun 2010. Jangan lepaskan peluang merebut tawaran istimewa ini.


EBM for Muhammad 11/6/2010

Pagi ni aku mengepam susu untuk EBM baby Muhammad dapat 10 oz. The highest volume of milk expressed in one session. Sebelum ni paling tinggi pun aku pernah dapat ialah 5 oz. It's remind me of zaman kegemilangan while pumping for Farzana before.

As baby Muhammad turned 7 days today, I already collected 31 oz of EBM!!!

Yeaabedabedu....

Delivering The Baby Boy Part 2

Emak aku datang untuk tolong jaga anak-anak semasa aku ke hospital untuk induction. Alhamdulillah, nasib baik emak ada. Dia tak sampai hati sebenarnya bila fikirkan masalah anak-anak aku yang takde orang nak jaga. So petang Khamis tu dia call aku bagitau malam nanti nak naik bas datang KL, pukul 4 pagi nanti sampai lah kat Hentian Jalan Duta katanya. Dia datang dengan anak buah aku buat peneman, maklumlah dah tua...umur dia tahun ni dah 71.

Alhamdulillah jugak dia masih sihat walau pun takdelah kuat sangat nak buat kerja macam-macam. Itu yang buat aku sayang sangat kat mak, walau pun dia kata hari tu dia tak dapat datang tapi aku dah bajet dia mesti akan usaha sedaya upaya agar dia dapat datang jugak. Dan sangkaan aku memang betul.... Itulah kasih seorang ibu, susah atau jauh cemana pun dia akan cuba jgak nak bagi yang terbaik untuk anak-anak dia.


Pagi sebelum keluar rumah menuju ke hospital tu aku sempat salam dan cium tangan emak, mohon segala dosa-dosa aku diampunkan....ni nak bertarung nyawa kejap lagi, kalau Allah nak ambil nyawa aku time bersalin karang tak sempat mintak maaf pulak kan?

Okay, sambung bab dah sampai hospital.....

Nurse kat labour room tu dapat note katanya Dr. Delaila ada conference jadi dia suruh jadikan proses inuction aku tu slow and steady, by half day akan selesailah conference tu dan dia akan rush balik ke SDMC untuk attend patients dia. So nurse tu just check bukaan aku....dah 3 cm, alhamdulillah mesti kali ni agak cepat bersalin berbanding yang terdahulu sebab dah ada bukaan. Diorang biarkan aku rileks-rileks menunggu bukaan secara natural, sesambil tu diorang try to get in touch dgn Dr.Delaila. Rupa-rupanya Dr.D just pegi daftar attendance pastu balik ke hospital semula so terus diorang decide untuk speed up bukaan aku...apa lagi, induce la....masa tu tepat jam 11.45 dorang masukkan drip.

Dah kena induce tu dalam 1 jam aku tengok di graf CTG yang contraction dah kerap tapi aku tak rasa sakit pun. Nurse pun pelik sebab katanya kalau ikutkan contraction tu dah cantik, dah boleh bersalin cuma bukaan je baru 5cm. Nurse tanya samada aku nak ambik epidural atau tak so aku refused. Dia tanya pulak pasal pain killer tapi disebabkan aku tak rasa sakit langsung so aku taknak ambik.

Tak sampai 15 minit kemudian barulah aku rasa sakit yang amat sangat...memulas-mulas perut dan rasa macam nak patah pinggang. Aku cuba bertahan sampai akhirnya aku menangis sambil menggenggam erat tangan En.Hubby. Bila dah tengok aku tak tahan sangat so En.Hubby tekan "nurse call" button dan diorang pun masuk tengok condition aku. En.Hubby request mintak bagi aku pain killer tapi memandangkan masa tu bukaan aku dah masuk 6 cm so dah takleh amik lagi pain killer. Diorang bagi topeng gas jelah...kasi sedut Entonox.



Ikuti sambungan kisah Entonox di episod akan datang….jeng,jeng,jeng…

Thursday, June 10, 2010

Tak Cukup Tangan

Haish...tak sempat-sempat aku nak update blog. Nak karang story mory pun sangkut-sangkut, kejap-kejap ada je distraction.

Nak-nak pulak dedua budak kecik ni bergilir-gilir nak menyusu...lepas adik, turn kakak pulak. Selesai si kakak minum, sampai turn adik pulak. Yang si kakak pantang nampak adik menyusu, dia pun sibuk mintak jugak walaupun dah mamam macam-macam. Pendek kata macam aku ada 2 baby lah sekarang ni. Aiyo....bikin mama diorang ni lapar 24 jam tau....

Dua orang minum serentak tu dah jadik perkara biasa. Kalau aku tak buat camtu alamatnya aku takde masa untuk buat benda lain...jadik cam milk dispenser pulak rasanya.

Si Farzana pulak tak melepaskan peluang menyedut dengan rakusnya susu yang melimpah ruah tu...best jugak dengar bunyi dia menelan susu tu, rasa puas dapat menyusukan anak dengan susu sendiri....macam orang baru graduate kekdahnya.....

As for baby Muhammad dah memang lumrah baby boy kuat menyusu kan...dia akan terjaga untuk menyusu 1-2 jam sekali. Memang aku takleh tido lena la sebab sekali sessi dia menyusu tu hampir satu jam baru selesai. Tapi aku lebih rela dia bangun menyusu dari bangun dan menangis tak tahu sebab. Alhamdulillah baby Muhammad buat masa ni tak banyak ragam...hanya banyak membuang....hehehehe...berkat susu ibu.

Aku tak sure dia ada kuning atau tak sebab kulitnya warna kemerah-merahan ( ke merah-kemerahan???) so memang susah nak tengok dari mata kasar. Tapi berdasarkan dia aktif dan kerap menyusu (baby demam kuning kan asyik tido je...) serta kencing pun banyak so aku asume takde kuning la...tapi still kena belek-belek jugak tetiap hari in case ada abnormal apa-apa.

Condition mama pulak adalah macam panda hari ni sebab nak kena melayan 3 orang anak seorang diri. En.Hubby hari ini ke Kuantan bekerja, esok baru pulang....lumrah mencari rezeki buat isteri dan anak-anak, achik redhakan jelah.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami...amin....

Tuesday, June 8, 2010

Delivering the baby boy Part 1

Hari Jumaat 4 Jun 2010, aku kena pegi SDMC untuk induction. Dah 6 hari lebih dari E.D.D so nak tak nak kena la pegi serah diri.

Malam sebelumnya aku resah gelisah tak dapat tido....walau pun ini merupakan kali ketiga aku kena induce tapi perasaan gerun tu tetap ada. Dah terbayang kat dalam kepala macam mana keadaan aku menahan kesakitan sementara menanti bukaan yang membolehkan baby dilahirkan. Memang sakit kalau kena induce ni, dah 2 kali merasa sebelum ni memang aku menangis tahan kesakitan...tapi aku redha ajelah walau pun terpaksa melalui situasi tersebut sekali lagi.

Malam tu jugak aku dah rasa contraction yang agak kuat tapi takde show. Kekerapan contraction 5 minit sekali tapi aku sabarkan hati menanti esok pagi. Walau macam mana pun aku tetap akan ke hospital jugak kan? Jam 5.30 pagi barulah contraction reda dah aku boleh terlena...jam 6.30 pagi alarm clock dah berbunyi. Aku bangun jugak walau pun masih mengantuk akibat tidak boleh lena semalaman dan bersiap-siap nak ke hospital. Jam 9.00 pagi aku melangkah masuk ke labour room untuk induction.

To be continued....

Saturday, June 5, 2010

It's a boy....welcome to the world.

Aku dah selamat melahirkan baby Muhammad seberat 2.99kg  pada 4 Jun 2010, jam 2.30 petang.

As a mommy to a new born baby, I need to rest in order to give more attention, loves, cares and huggs to our big family ( papa+mama+3 childs = 5....that's big enough for me...theeehee)

More news to updated soon...with picture of the new born of course. So stay tune....

Thursday, June 3, 2010

Sakit Lagi???

Perutku ada rasa sedikit sakit....contraction ke eh? Ke aku yang nerbes tak tentu pasal esok nak kena induce? Tadi sesaja call hubby tapi tak terkeluar cerita yang aku ada rasa sakit. Aku takut dia risau pastu kelam kabut nak balik padahal aku blom nak bersalin lagi.

Nak tak nak aku tunggu jelah kalau-kalau makin kerap sakitnya sesambil buat apa yang patut. Dengan si kakak kecik ni ada kat umah, memang tak dapat nak rehat-rehat punyalah. Separuh hari ni saja dia dah pooped 2 kali. Dia ni memang sangat mudah membuang, tak macam si Fatini dulu...beberapa hari sekali baru nak membuang maka haruslah sembelit. Maybe ini berkat Farzana fully breastfeed kot....aktiviti usus takde problem.

Aku perasan yang softfit Medela PISA tu macam boleh masuk je kat FS tapi blom try lagi la. Softfit tu aku simpan dalam bekas dah lama, so bila bukak tadi tengok macam ada titis minyak. Nak kena cuci dulu la baru boleh try fitting dengan FS. Botol-botol susu untuk EBM pun blom bilas lagi, aiseh...banyak lagi rupanya kerja yang belum settle.

Bersalin kali ni aku nak bawak pam sesiap, takut takde bilik yang available lepas bersalin, terpaksa stay kat labour room macam masa bersalin Farzana dulu. Kalau dah duduk kat labour room, baby diorang takkan hantar untuk menyusu sebab takut kena infection dengan kuman-kuman kat situ. So bila time feeding kena pergi sendiri ke nursery untuk breastfeed. Kali ni jugak En.Hubby takkan temankan aku tido kat sana sebab dah ada 2 anak kat umah yang perlu di jaga. Kalau dia takde, sape nak tolong tolak wheel chair bawak aku pegi nursery??? So kenalah pam dah pass susu tu kat nurse utk baby aku minum nanti.

Tak sabar nak tengok muka baby esok...insyaAllah...

Fathwan@Az-Zahra

Budak Fathwan ni masuk hospital dah lama, bulan April 2009...tahun lepas punya cerita. Masa tu dia demam yang berpanjangan. Doktor suspected dia kena jangkitan virus so kena tahan, masuk drip dan diberi antibiotik.

Masa hari dia masuk wad tu kitorang semua plan nak pegi berhujung minggu di Port Dickson...last-last semua sekali berkmpul di Az-Zahra Bangi jelah, piknik makan KFC kat situ je...hehehe. Dah jadi macam bilik hotel pulak wad yang dia duduk tu, nasib baik ambik bilik single bed. Kalau sharing room confirmed patient sebelah pening dengar kitorang riuh rendah kat dalam tu.












Budak hitam yang sakit tapi boleh pulak main PC games tak henti-henti. Kat dalam plastik atas meja tu adalah buah timun. Ye...timun yang di buat ulam tu, memang budak ni suka sangat la makan timun.

Birthday Fatini 2007

Aku godek-godek folder gambat kat dalam hard disk so terjumpa gambar-gambar dari kamera lama. Teringat nak post kat dalam blog....yelah, buat kenangan di masa hadapan. Mana la tahu kalau-kalau gambar tu hilang atau rosak ke....so ada lagi yang masih tersimpan di alam maya ni....

Ini gambar-gambar semasa sambutan birthday Fatini yang ke-3 di taska. Masa tu dia tengah gilakan siri Thomas The Tank Engine so dia request nak kek yang ada gambar Thomas.





Singing Happy Birthday song.




Selamat Tinggal PISA

Pam elektrik pertamaku, Medela PISA telah selamat bertukar tangan sebentar tadi. Sedih jugak hati ni sebab itu hadiah dari En.Hubby semasa aku melahirkan Farzana 2 tahun yang lepas. Banyak kenangan dan jasa yang telah dilakukan oleh PISA tu sehingga aku berjaya menyusukan Farzana melepasi umur 2 tahun. Dek kerana PISA itu jugalah beberapa kenalan dan kakakku sendiri turut berjaya menyusu bayi mereka secara eksklusif. Semuanya kerana melihat bagaimana cara aku mengepam susu menggunakan PISA tersebut.

Walau bagaimana pun PISA tu terpaksa aku lepaskan jua kerana aku memerlukan double pumping pump yang lebih mobility, so aku merancang dan menabung untuk mendapatkan Medela Freestyle. Setelah berjaya memiliki Medela FS akhirnya PISA kesayangan telah berpindah tuan dengan rasminya hari ini.

Antara gambar kenangan ketika aku menggunakan PISA.


Antara hasil yang berjaya dikumpulkan dengan menggunakan PISA.


Semoga ia dapat berkhidmat dan terus menyumbangkan jasa baiknya kepada tuannya yang baru.

Kesiangan

Hari ni kitorang satu rumah terlewat bangun tido....selalunya pukul 5.30 pagi dah bangun bersiap-siap ke pejabat/sekolah tapi hari ni pukul 7.15 baru aku terjaga, itu pun sebab cahaya matahari dah terang kat luar....huhuhuuhu

Kelam kabut la aku bangun kejutkan semua orang...hari ni pulak si Fatini ada lawatan sambil belajar tadika dia ke Zoo Negara. Gelabah makcik takut anak cheq tertinggal bas....satu kali tengok tentatif program rupanya pukul 9.00 pagi baru nak bertolak... Alhamdulillah, sempat lagi tu sampai sekolah sebelum diorang bertolak.

Itu la bahana kalau si emak bercuti, habis satu rumah kalau boleh nak ikut cuti sama. Selalunya kalau time aku masih bekerja, aku dengan En.Hubby akan set alarm di henpon memasing untuk bangun pagi. Aku set pukul 5.30 dan si dia pulak set pukul 5.45 pagi. Biasa la....emak mesti la bangun lebih awal, nak siap segala-galanya....diri sendiri, anak-anak.

Si suami pulak hanya siapkan diri dia sorang je...itu pun dengan bantuan isteri...yelah, kekadang tu kalau dia terlajak membelek diri dalam toilet, keluar-keluar je tengok jam dah terlewat maka si isteri la jadi mangsa tukang iron baju. Pastu kadang-kadang dah siap pakai dia boleh pulak ubah fikiran nak pakai seluar lain lah...nak tukar baju lain lah....

Aku dengan dia memang gosok baju memasing....tak sempat la aku nak gosok baju semua orang, nak-nak tahun depan Fatini dan mula sekolah kebangsaan....lagi bertimbun-timbun baju yang nak kena gosok. Ni nak kena pujuk En.Hubby bebaik supaya kena sub aje keje-keje menggosok tu ke kedai dobi. Ku dok pujuk-pujuk suruh hantar sekarang dia takmo....membazir katanya. Hai la Encik Suami.....

Hari ni aku stay kat umah dengan Farzana sebab dia dah buat drama air mata kaat dalam kereta tadi. Terpaksa la aku dukung dia masuk dalam umah balik....ish,ish,ish. Takleh jadi nih....nanti time dalam pantang camne lah agaknya...hari-hari la drama air mata sebab mama dengan baby baru stay kat umah, 2 bulan tu.....nak tak nak nanti kena jugak hantar dia ke school biar pun air mata berjuraian. Mana mampu mama yang dalam pantang tu nak jaga dia yang semakin lasak, nak jaga newborn lagi...nak uruskan diri sendiri pun tak berapa sihat lagi. Ni sesambil menaip pun tengah melayan si Farzana ni main toys...lion dengan elephant berak katanya...hihihii.

So hari ni plan nak sambung kemas dapur, hari tu tertunggak sebab insiden ular tu....tapi achik still rasa ngeri lagi nih....sampai termimpi-mimpi. Nasib baik bukan mimpi di patuk ular...kalau tidak....adakah???? Hehehehe.....

Wednesday, June 2, 2010

Mamai

Bangun pagi ni siapkan hubby dan anak-anak pegi kerja dan sekolah aku rasa mamai sikit. Semalam takleh tido lena terkenangkan insiden ular masuk ke dalam rumah tu. Memang fobia betul....

Sebagai langkah berjaga-jaga aku letakkan gulungan towel buruk di bawah pintu, elakkan dari binatang apa-apa boleh menyelit masuk dari gap antara pintu dan lantai tu.

Mata pulak asyik merayap ke sana-sini meneliti kalau-kalau ada objek asing terlonggok kat dalam umah. Abih aku vakum sini sana sinun, atas, bawah supaya takde tempat yang terlepas dari pandangan.

Bila teringat balik tragedi tu meremang bulu tengkok....hish.....minta Allah jauhkan dari perkara tersebut berulang. Tadi sempat jugak remind jiran sebelah pasal ular nan seekor tu, takut masuk ke rumah dia pulak...naya....

Niat di hati nak sambung balik tido-tido ayam tapi aku nak baring dan letak kepala ke bantal pun tak berani. Nak naik tido kat bilik di atas aku risau kalau-kalau binatang tu masuk pulak masa aku tak ada.....

Nampaknya ada orang jadi mak guard....jaga pintu.....hihihihi....

Tuesday, June 1, 2010

Ular Masuk Rumah

Petang tadi dalam pukul 5 lebih, selepas hujan reda....aku tengah baring-baring melayan siri The Nanny kat Hallmark. Farzana pulak dah terlena keltihan melompat sana-sini. Tetiba aku ternampak kelibat sesuatu bewarna hitam berkilat meliuk-liuk masuk melalui bawah pintu utama rumah.

Aku bingkas bangun....Ya Allah....ular rupanya dah masuk ke dalam rumah. Berderau darah aku ketika itu, bimbang kejadian buruk akan berlaku kerana aku kenal itu adalah ular tedung.

Ular tu pun macam terkejut ternampak aku terus mengubah haluannya dari menuju ke tengah ruang tamu, akhirnya dia meliuk ke arah kabinet TV di tepi dinding.

Aku terus dengan segera mengdukung Farzana yang masih terlena, mencapai handphone dan kunci rumah. Sambil tangan menggigil aku buka kunci pintu grill dan pagar rumah lalu terus meminta bantuan jiran berbangsa India yang tinggal di hadapan rumah. 

Nasib baik anak lelaki jiran aku berada di rumah ketika itu. Dengan bantuan dia dan sebatang penyapu, ular tersebut telah di halau keluar melalui sliding door yang kami buka. Alhamdulillah ulat tersebut tidak bertindak ganas dan hanya menuruti laluan keluar yang telah kami sediakan.

Hanya terima kasih yang dapat aku  ucapkan berkali-kali pada jiran aku...kalau tiada mereka entah apa yang akan berlaku aku pun tak pasti.

Dalam orang mengenali sikap berani mati aku sebenarnya binatang yang paling aku takuti sekali adalah ular. Pernah sekali aku terus demam ketika melihat pameran ular dengan seorang sahabat ketika di politeknik dulu....hhiiiiiiiii....seram mak.....

Walaupun ular yang masuk tu masih belum dewasa (ular remaja...hehehehe) tetapi ia tetap berbisa dan mampu mematuk sesiapa saja.

Allah telah menyelamatkan nyawa aku dan anak-anak....aku bersyukur padaMu ya Allah.

Medela FS

Baru tengahari tadi Medela FS yang aku beli dari Ajasu sampai ke rumah, hubby Aja yang hantarkan.

Achik seronot tak hengat donia ni.....terus godek-godek toy baru....hihihihi

Aja oh Aja....terima kasih bebanyak...udah le bagi diskaun, siap ada hadiah lagi.....aku suka sangat....

Sayang kat ko....muahhhsss....

Hari Mendobi

Hari ini punya plan adalah nak mendobi....

Setakat jam 12.30 tghr ni mesin basuh dan berputar 2 kali untuk basuh baju. Ada lagi sekali basuhan untuk CD dan sekali lagi untuk basuh kain buruk/mengelap lantai. Karang kalau terlebih rajin aku nak tukar dan basuh segala cadar dan sarung bantal serta selimut.

Selesai bab mesin basuh, aku plan nak cuci toilet pulak...ala....cuci ala kadar je, takde la nak sental sampai berkilat.

Habis mencuci tiolet aku nak basuh porch pulak....ada kesan berlumut akibat air hujan bertakung beberapa hari yang lepas. Nak pasang tiles lawa-lawa duit pulak kurang....duit simpanan tengah plan untuk benda lain yang lebih utama.

Habis bahagian porch nanti nak kemas kat area dapur pulak, basuh pinggan dalam sinki, lap-lap stove, lap kabinet dapur, susun pinggan mangkuk kemas-kemas kat dalam kabinet....

Itu plan nyer...entah larat ke tidak nak selesaikan semua pun aku tak tau....eden torai la....

Ketara sangat kan nesting mode aku??? Hehehehehe....
Related Posts with Thumbnails