Thursday, July 29, 2010

Happy Birthday Nur Fatini - 6 years


Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Nur Fatini yang ke-6. Tak Sangka ye anak aku yang sulung dah 6 tahun, tahun depan dah nak  ke sekolah kebangsaan. Disebabkan mama yang sibuk dengan baby so tahun ni takde plan nak celebrate macam tahun lepas, lagi pun papa dia mcm keberatan je nak bagi green light. Kesian kat kakak, jadi mangsa keadaan. Maybe next week baru nak belikan kek untuk dia buat acara potong-potong kat sekolah. Lagi pun sepanjang minggu ni kakak tak pegi sekolah pun sebab papa outstation, takde orang nak hantarkan.

Apa-apa pun Happy Birthday Kakak. Semoga kakak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah...amin.



Enhanced by Zemanta

Jawatan Kosong : Penolong Pegawai Perubatan

Ada kekosongan jawatan seperti yang dinyatakan di atas di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Sesiapa yang berminat dan memenuhi kriteria silalah memohon.

Nama Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Jenis Permohonan : Bukan Eksekutif - Manual

Bahagian Corporate Division (4001)
Tenaga Nasional Berhad

Lokasi :

• Dispensari TNB Ibu Pejabat, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
• Dispensari Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Paka Terengganu
• Dispensari Stesen-Stesen Janaelektrik, Cameron Highlands
• Dispensari TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi, Selangor

Tarikh Tutup Permohonan : 13/8/2010 12:00 AM

Huraian Tugas & Tanggungjawab :

· Mentadbir dan mengurus dispensari TNB
· Membantu Doktor dalam perawatan pesakit
· Memberi rawatan kepada pesakit luar
· Merawat kes-kes kecemasan
· Mengurus dan memberi ubat
· Menjalankan pemeriksaan makmal
· Memberi kaunseling kepada pesakit
· Bertugas atas panggilan (Stand-by)

Syarat-syarat Kelayakan :

· Memiliki kelulusan akademik di peringkat Diploma Pembantu Perubatan atau Diploma Kejururawatan daripada Institut/Kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau setaraf dengannya.
· Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.

* Pesara-pesara dan bakal pesara kerajaan yang memenuhi syarat-syarat di atas adalah digalakkan memohon

Borang Permohonan: Borang - TNB 188C

Cara Memohon:

· Permohonan hendaklah menggunakan Borang TNB 188C yang boleh didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran atau dimuat turun dari laman web TNB di http://www.tnb.com.my/
· Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:

Pengurus Besar
(Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Sumber Manusia
Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 9, Ibu Pejabat
No. 129 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur

· Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda.Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Ogos 2010. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Monday, July 26, 2010

Jehan Miskin

Alkisahnya Fatini tengok la sedutan drama Buta Warna kat TV. Pelakon-pelakonnya adalah Awie, Jihan Raja Lawak dan Jehan Miskin. Akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) pada 29 Julai ni jam 9.00 malam.



Pastu tetiba dia tanya aku...

Fatini: "Mama...Jehan Miskin tu dia miskin ek??"

Mama: "Eh...takdelah"

Fatini: "Itu dia kata Jehan Miskin"

Mama: "Itu nama dia jelah..."

Fatini: "Abis tu kenapa dia bubuh nama dia miskin?? Nanti jadi miskin...."

Mama: "Gaaa...." (tatau nak jawab dah)

Takpe kakak, nanti kalau kita jumpa pakcik Jehan Miskin ni kita tanya dia ye...

p/s: Pakcik Jehan...mama google bubuh gambar pakcik yang terpaling hensem tau...

Sunday, July 25, 2010

Shutter

Shutter (2004 film)Image via Wikipedia

Siapa pernah tengok filem "Shutter"?? Shutter ni adalah sebuah filem Thailand mengisahkan seorang jurufoto, Tun yang diganggu roh bekas kekasihnya, Natre. Dah lama la jugak filem ni diterbitkan, rasanya dalam tahun 2004 kot. Memang best lah filem ni, bagi penggemar filem seram memang patut tengok. Jalan cerita dia menarik dan mudah difahami, takde satu pun scene yang membosankan atau tiada makna.

Dalam filem ni si jurufoto ni dah kekasihnya sekarang, Jane kemalangan terlanggar seseorang yang sebenarnya adalah bayangan roh bekas kekasihnya, Natre. Sejak dari hari itu Tun selalu rasa sakit di bahagian leher, walau pun dah pergi check dan x-ray kat hospital pun masih tak dapat kesan penyebabnya.

Banyak gambar-gambar yang diambil oleh Tun ni mempunyai bayangan putih atau seakan-akan wajah Natre di dalamnya. Dah bermacam-macam cara dilakukan untuk menghilangkan gangguan yang Tun hadapi termasuklah upacara sembahyang dan membakar mayat Natre namun tidak berjaya.



Roh Natre mengganggu Tun dan rakan-rakan disebabkan perbuatan nakal mereka di zaman persekolahan yang mengakibatkan Natre membunuh diri. Satu persatu rakan Tun menghadapi kematian selepas itu. Walau bagaimana pun Tun merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Jane.

Akirnya rahsia terbongkar apabila Jane menemui suatu siri gambar menunjukkan roh Natre merangkak ke kabinet di mana tersoroknya gambar perbuatan nakal rakan-rakan Tun. Gambar itu telah diambil bagi tujuan mengugut Natre supaya mendiamkan hal tersebut. Mereka berdua bertengkar dan Jane telah meninggalkan Tun.

Selepas ditinggalkan oleh Jane, Tun cuba mengesan roh tersebut dengan mengambilkan gambar di sekitar dalam rumahnya dengan menggunakan kamera polaroid tetapi tidak berhasil. Oleh sebab hampa kerana tidak menemui apa-apa, Tun mencampakkan kamera tersebut dan secara tidak sengaja kamera tersebut  telah mengambil gambarnya sendiri. Gambar dari kamera polaroid itu menunjukkan roh Natre yang menghantui dirinya selama ini sebenarnya sedang bergayut di atas bahunya. Itulah penyebab dia merasa sakit leher selama ini.



So....jaga-jaga ye kalau korang pun sakit leher juga. Entah-entah....


Enhanced by Zemanta

Friday, July 23, 2010

Singkong dan Keju

Kau Bilang Cinta Padaku
Kalau ku Bilang Pikir Dulu
Selera Kita
Terlalu Jauh Berbeda


Parfum Mu Dari Paris
Sepatu Mu Dari Italy
Kau Bilang Demi Gengsi
Semua Serba Luar Negeri


Manakah Mungkin Mengikuti Caramu
Yang Penuh Hura-hura


Korus


Aku Suka Jaipong Kau Suka Disko
Oh Oh Oh Oh
Aku Suka Singkong Kau Suka Keju
Oh Oh Oh Oh


Aku Dambakan Seorang Gadis Yang Sederhana
Aku ini Hanya Anak Singkong
Aku Hanya Anak Singkong
 
Korang ingat tak lagu ni?? Lagu Indonesia ni tajuknya "Singkong dan Keju", dinyanyikan oleh Arie Wibowo. Aku membesar dengan lagu ni la...masa aku kecik-kecik dulu lagu ni selalu menjadi siulan semua orang. Lama sudah masa berlalu...kurang lebih 20 tahun nan lalu (nampak sangat aku ni dah tua kan?).

Nak dijadikan cerita, petang tadi aku tengok drama Indonesia di TV3, dalam siri Naluri tu. Dramanya berkisar tentang ketuhanan dan keinsafan. Ops...aku bukan nak cerita pasal drama tu tapi...setelah 20 tahun berlalu aku baru tahu dari drama tu yang perkataan SINGKONG maknanya UBI KAYU!!!!

Errr...korang dah tahu ke???

Naifnya aku...huhuhuh

Bagi yang tak ingat camne lagu ni...sila layan video ni ye...Singkong dan Keju

Baby Muhammad hari ke-49

Hari ni dah 49 hari umur baby Muhammad. Perangai pun dah makin berubah, dah mula pandai tengok TV, mungkin dia nampak bayang gambar yang bergerak-gerak dan warna-warna dari TV tu.

Muhammad juga dah tak menangis bila aku dukung dia menggunakan baby carrier, so boleh la aku sidai baju sambil dukung dia. Kalau sebelum ni terpaksa aku tinggalkan baju yang sedang disidai berkali-kali sebab melayan Muhammad yang menangis kat dalam rumah.

Barut baby pun semakin banyak yang dah tak muat di pakai, dah semakin membesar bagai johan si Muhammad ni...Alhamdulillah. Cuma aku ralat sedikit dengan barut baby jenama Fiffy yang aku beli, langsung tidak berguna. Tidak berguna dalam erti kata memang langsung tak boleh digunakan sebab lebar kainnya yang sangat kecil dan panjang barut pulak terlebih panjang. Material kainnya pula sangatlah nipis. Membazir duit je beli...nasib baik aku beli 2 pcs je... Yang berbaloi dan puas hati dibeli dan di pakai adalah jenama Puppy Winks, kainnya lebar dan panjang serta tebal, masih muat Muhammad memakainya hingga sekarang.

Baju-baju pula Muhammad sekarang dah muat memakai yang bersaiz 3-6 bulan. Dah masanya untuk mama shopping baju baru kot sebab baju-baju Farzana dahulu lebih ke arah gegirl, tak sesuai di pakai dek Muhammad yang boboy ni.

Ini gambar terkini baby Muhammad yang akan ke taska bulan hadapan.



Enhanced by Zemanta

Surat Untuk Fatini

Tadi kat dalam post box ada sepucuk surat untuk Fatini, dalam sampul surat bertingkap. Wahh....kecik-kecik dah dapat surat rasmi ni. So aku (mama yg kepuchi) pun bukak la....Jeng, jeng, jeng....



Surat jawapan permohonan ke tahun satu rupanya....

So, next year ke SK Bukit Bandaraya la kitorang every morning. Hujung tahun ni terpaksalah mama pegi shopping sakan...beli baju, kasut dan kelengkapan sekolah kakak. Terapi minda...hehehe

Wednesday, July 21, 2010

Anda mungkin juga meminati

Widget "Anda mungkin juga meminati: " ni amatlah mudah untuk ditambah sebagai penyeri blog anda. Ingin mendapatkannya?? Layarilah laman web http://www.linkwithin.com/ . Hanya dengan beberapa klik, widget ini akan menjadi milik anda.


Selepas itu, isikan details yang diperlukan dan klik "Get Widget". Bagi yg menggunakan blogspot.com, di bahagian Platform tu pilihlah Blogger . Kemudian ikutilah arahan langkah demi langkah yang diberikan, contohnya seperti di bawah:


Dah habis klik, klik, klik....tadaaaa....siaplah. Senang je, tak perlu register atau sign up apa-apa.



Enhanced by Zemanta

Friday, July 16, 2010

Dari mama bermata panda

Kesukaran Muhammad untuk tido berterusan hingga ke siang hari....dah lenguh tangan mama mendodoi. Bila dia terlena dan diletakkan ke dalam baby cot, terus matanya celik bulat memandang sekeliling.

Aduhai anakanda tersayang...kenapa nih?? Kenapa tak mahu tido lena???

Mama ni dah bermata panda, sambil mendodoi anak sambil itulah jugak kepala tersengguk-sengguk...ngantuk beb.

Harap-harap feel ini tidak berlanjutan hingga ke malam...amin....

A tough day

Last night Muhammad has being a cranky boy through all the night. Dari gaya tangisannya menunjukkan dia mengantuk nak tido tetapi tak boleh lena. Dah bermacam-macam gaya aku dodoikan dia, dah berpuluh-puluh kali aku ulang-ulang berzikir tapi tak jugak dia terlena.

Kita orang dewasa pun selalu jugak jadi camni, mengatuk tapi takleh tido. Aku akan kena macam ni kalau badan terlalu letih atau esoknya ada some event macam test atau nak travel. Maybe Muhammad was restless during the day (tapi dia tido aje the whole day) sebab tu dia jadi cranky during night.

So hari ni mama adalah mamai tapi takleh nak rehat sebab si kakak berdua ada kat umah....oh sungguh haru-biru hidupku.... Raising up 3 kids without helper will be such a tough journey for both me and hubby. Ada pulak suara-suara sumbang suruh aku hantar baby Muhammad balik ke kampung, mintak mak aku tolong jagakan. It's a very big NO NO for me...dah la kita kecik-kecik dulu emak dah jagakan, bila dah tua-tua takkan nak susahkan dia suruh jagakan cucu pulak. Emak dulu takde pun mintak tolong dari emak dia suruh tolong jagakan anak-anak dia yang lapan orang tu....

Dah namanya anak kita so susah senang sendiri hadapi lah kan??

Tuesday, July 13, 2010

Cicak


Gambar cicak ni aku ambil semasa dia tengah menikmati coklat M&M yang anak aku jatuhkan kat bawah kabinet TV.  Aku zoom dari jauh je sebab tak dapat nak pegi lebih dekat, cicak tu dah lari bila ternampak aku pegi rapat.


Korang nampak tak lidah dia menjilat coklat tu???

Monday, July 12, 2010

Baby Muhammad Hari Ke-38

Hi untie and uncle, I am baby Muhammad. This is my latest good looking face.






I am bulat kan?? My untie said that I am an obesity baby, but I know I'm not because I only drink mama's milk....it's so yummy and healthy too.

Owh...btw my current weight is 4.4kg.

And I will cry out loud during nappy change because I was so scare to be undressed. It makes me feel left alone.



This is my sister, Farzana who always cried for mama's milk each time I had mine.

Tragedi balik kampung

Minggu lepas aku balik ke kampung hubby beberapa hari, sempatlah mengurut dengan bidan di sana untuk 2 hari. Okaylah tu walau pun cuma 2 hari, dapat la jugak kurangkan lenguh-lenguh badan ni. Next time aku pergi la servis lagi kat tempat urut orang buta ke, kat kampung aku ke...

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal urut-urut ni...tapi ada kisah lain semasa kat sana yang membuatkan aku tak senang duduk. Camni ceritanya...

Korang tahu kan kebaikan susu ibu?
Korang tahu kan bayi hanya perlu minum susu ibu sahaja sehingga berumur 6 bulan?
Korang tahu kan bayi hanya boleh di beri makan selepas dia berumur 6 bulan?

Haa....kalau korang nak tahu....MIL aku nak bagi baby Muhammad makan nasik lenyek....huhuhuhu
Nasib baik aku cepat tangkap...kalau tidak...dah selamat anak aku telan nasik di usia 1 bulan ++. Dia kata anak aku lapar tak cukup susu sebab kerap sangat asyik nak menyusu je....hhohohoho....

Aku pun ala-ala tertinggikan suara sikit masa nak melarang tu, aku bajet MIL aku confirmed kecik hati tapi mana yang lebih utama??? Nak jaga hati dia ke nak jaga kesihatan/nyawa anak aku? Tapi lepas tu aku terangkan balik kat dia yang usus baby belum boleh terima makanan lagi. Aku harap dia faham la....

Wednesday, July 7, 2010

Lelaki Itu....

Suatu hari Sabtu, En.Hubby adalah pergi shopping groceries seorang diri dengan alasan lebih mudah nak handle barang-barang kalau pegi sensorang. Achik pun dengan redha izinkan dia pegi....suci murni lagi hati si isteri mengizinkan.

Maka bepergianlah si suami meng"shopping" dgn lalalala nya....

Pakcik ni kalau dah pegi sensorang tu ada la keje nya...so...the colateral damaged are....


Laki aku beli sunglasses baru, Oakley Ducati Corse...regenya RM400++

Oohhhooo...achik sudah meroyan dan sentap. Terus aku mintak RM400 untuk aku joli beli barang suka-suki..... dah la duit gaji aku bulan lepas barang satu sen pun aku tak pegang, dah kena kuarantin ni mana la nak pakai duit beli apa-apa, kalau dah boleh keluar tu baru la bolats bijik mata.

As result, laki achik ambik tarik duit dari walletnya dan bagi kat achik. Ku kira-kira...ada 6 keping not RM50 maknanya dia bagi aku RM300....uiks?? Aku kan mintak RM400?? Tapi apa-apa pun aku bersyukur dia bagi jugak walau pun tak sebanyak yang aku mintak.

Dah dapat duit tu aku senyum-senyum, dalam kepala hotak berjambul ni memikir la apa nak di beli...

Hhhmmmm.....maybe beli baju kat anak-anak kot, or beli buku kat diorang atau beli toys, atau beli....

TENGOK...SEMUA YANG AKU NAK BELI ADALAH UNTUK ANAK-ANAK. KATA TADI NAK JOLI BELI BARANG SUKA-SUKI!!!!

Macam tulah perempuan kalau dah jadi ibu...kepentingan diri dah jatuh nomot lima, enam, tujuh, lapan...bla,bla,bla. Yang si kaum lelaki pulak??? Korang pikir la sendiri....

Tuesday, July 6, 2010

Sukan Tahunan Tadika TNB KL 2010 - Part 3

Acara Penyampaian Hadiah - Obstacle Run 2nd place.





Acara Penyampaian Hadiah - 25m Run 1st place.


Fatini kena berdiri kat tempat kedua sebab kawan dia tu mengamuk nak duduk post yang paling tinggi...budak-budak punya hal....hahahaha.... Papa dia tak ambik pun gambar bila turn anak dia dapat hadiah...ish,ish,ish.

The Pom Pom Girl

And The Pom Pom Boy



Dalam orang lain sibuk bersukan, si budak ini sempat lagi.....



Tackle boyfriend.....err...ke tackle kamera budak tu???

Related Posts with Thumbnails