Tuesday, August 31, 2010

Dah Boleh Balik...Yeay!

Alhamdulillah berkat doa dari kalian semua, kesihatan Muhammad has improved a lot. Batuk pun hanya sekali sekala sahaja dan chest dan lung pun dah clear. White blood cell count pun dah kembali ke tahap normal iaitu 11.

So kitorang dapat good news awal pagi ni....Muhammad dah boleh discharge. Tentulah semua orang happy, lebih happy lagi mestilah mama dia sebab tak payah sakit-sakit pinggang share single bed dgn Muhammad kat hospital lagi dah.

Semoga lepas ni Muhammad dah tak kena admitt lagi dah, semoga anakanda mama ni sihat sentiasa...amin.

Bye-bye SDMC. Thank you for your warmest hospitality.

Monday, August 30, 2010

Masih berkampung di SDMC

Salam semua,

Aku masih lagi bersiaran dari SDMC, ye...Muhammad masih belum fully recovered. Aku ingatkan hari ni dah boleh balik ke rumah rupa-rupanya progress Muhammad a bit slow. Dr.Sofia perscribe him with another medicine to boost the recovery.

Tadi sample darah dia di ambil lagi untuk white blood cell count, nak tengok sama ada body Muhammad still fighting with the virus. Kalau cell count has back to normal bermakna virus-virus tu telah berjaya di hapuskan, if not maka kena la dia stay lagi kat sini. Aku akan dapat the result by tomorrow, insyaAllah. Semasa nak ambil sample darah tadi aku amat lah sedih dengar rangisan Muhammad, merayu-rayu kesakitan. Nurse tu tapped kat jari tangan dia then picit some blood keluar, si Muhammad pulak refused bekerjasama dengan asyik lah genggam tangan dia. Hasilnya...nak dapat sedikit tu pun dah penuh darah meleleh sana sini sinun. Masa yg ambil sample darah on the first day admitted tu diorang tapped kat ibu jari kaki so senang la sikit.

Aku berdoa agar Muhammad dapat discharge esok. Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Yg ke-53, aku harap Muhammad pun merdeka dari di tahan kat hospital ni....amin.

Saturday, August 28, 2010

Muhammad dan pneumonia

Hari ni hari kedua aku akan berbuka puasa di SDMC...sebabnya....Muhammad was admitted due to pneumonia...huhuhu. Baca kisah Muhammad batuk di sini.

Disebabkan batuknya berlanjutan dan takde tanda-tanda nak sembuh so malam Khamis lalu selepas berbuka aku anak-beranak pegi ke klinik. Aku minta untuk buat nebulizer pada Muhammad sebab kahaknya dah menyebabkan dia wheezing.

Selepas physio dan neb, doktor terus tuliskan reference letter untuk hantar Muhammad ke hospital esoknya.

So pagi-pagi Jumaat di kala orang-orang Selangor sedang bercuti Nuzul Quran, aku kendong Muhammad menuju ER di SDMC. Lepas check oxygen level dan nebulizer maka doktor suruh Muhammad warded. Masa tu belum tahu lagi apa penyakitnya..hanya di beri treatment untuk kahak dan batuk jelah.

Dalam tengahari tu paed Muhammad, Dr. Sofiah pun datang dan check condition Muhammad. Dia suruh buat chest x-ray dan ambil sample darah. Sementara nak detect problem Muhammad ni, Dr. suruh Muhammad buat nebulizer setiap 4 jam, ambil ubat antibiotik dan ubat alergi.

Esoknya semasa Dr. Sofiah datang visit aku pun tanyalah pasal result x-ray tu. Dari x-ray tu lah found out yang Muhammad kena pneumonia. Muhammad jugak di buat physio dan suction untuk sedut kahak tu dari hidung. Memang banyak dan pekat kahak yang berjaya disedut keluar.

Dr. Sofiah kata Muhammad hanya akan boleh discharge sekiranya kahak berkurangan at least 75-80%, which is aku tak tau bila. Harap-harapnya Muhammad cepatlah sembuh, tak lama lagi kan nak raya so aku nak dia beraya dalam keadaan kesihatan yang stabil. Kalau masih tak berapa sihat tak dapatlah nak beraya dan bergaul dengan ramai orang, takut kena infection yang lebih serius lagi haru-biru. 

Kalian doakanlah kesihatan Muhammad ye, supaya dia cepat sembuh.

Nota: I've tried to post via mobile so I can attach his pics tapi failed to do so....maka takdelah gambar ye.

Monday, August 23, 2010

Fatini Berpuasa

Alhamdulillah tahun 2010 ni Fatini dah belajar untuk berpuasa, penuh satu hari..takde try-try puasa 1/2 day pun. Bagus anak mama ni...umur 6 tahun dah berpuasa...mama dulu masa darjah satu hari memula tu tak puasa, pastu malu bila pegi makan kat kantin pasal dua tiga kerat je yang ada. Esoknya tu puasa 1/2 day je, pastu minggu kedua tu baru start puasa full day.

Sehingga 12 Ramadhan ni baru 2 hari dia ponteng puasa, itu pun sebab kawan dia ajak makan nasi masa kat sekolah. Hari pertama ramadahan  tu boleh je dia puasa full tapi hari kedua dia kantoi dengan ajakan kawan dia, hari ketiga pun tewas jugak. Bila balik tu dia story kat kitorang so kitorang pun marah sikit-sikit dan psiko dia supaya dia kembali berpuasa. Alhamdulillah esoknya tu sampai ke hari ni dia takde tinggal puasa.

Semasa siang hari dia takde la mengadu lapar tapi amat tak tahan dengan rasa dahaganya, ada satu hari tu dah pukul 6 petang merayu-rayu nak minum air. Kitorang bertegas jugak suruh dia tahan, yelah dah tinggal 1 jam lebih, sayanglah kalau dia berbuka. Fatini jugak aku tengok takde la keletihan dan mengantuk macam kita time berpuasa, jarang sekali dia tido petang. Kalau ada pun sebab dia tertido akibat boring main sensorang bila kitorang satu rumah (mama, papa, Farzana dan Muhammad) tido.

Saat yang paling indah ketika berpuasa ni adalah waktu berbuka, Fatini dah makan nasi dengan lebih banyak dari kebiasaannya. Aku harap momentum ni akan berkekalan sehingga lepas bulan puasa sebab Fatini ni agak cerewet dan tak suka sangat makan, sebab tu la dia kurus kering je. Aku selalu akan suruh dia makan buah, biskut atau coklat jika dia refused untuk makan nasi agar dia still dapat tenaga dari makanan-makanan tu.

Apa-apa pun tahniah la kakak Fatini, mama harap tahun ni kakak berjaya berpusa penuh sehari hinggalah tamatnya Ramadhan 1431 Hijrah ni...amin.

Sunday, August 22, 2010

Muhammad Batuk

Kesian baby Muhammad, dia batuk-batuk sejak semalam sampai suara pun dah serak. Batuknya tak kerap tapi amat menghiris perasaan bila aku dengar....sedih...huhuhu.

Ditambah lagi kat dalam bibir mulut dia ada ulser/mata ikan, mesti dia sakit time menyusu kan? Muhammad hari ni sangat kurang menyusu, nak habiskan 1 oz pun seksa....mama sedih lagi...huhuhu....

Btw, hari Khamis yang lepas aku dah botakkan kepala dia. Dah lambat pun sebenarnya, dah umur 2 bulan lebih baru nak cukur botak. Hasilnya cukuran tu tak berapa licin sebab baby Muhammad tak nak duduk diam semasa bercukur, melalak sakan dan meronta-ronta sampai luka sikit kat kulit kepala tu. Bidan tu dah bedungkan kemas-kemas pun dia masih meronta-ronta. Korang semua, kalau nak cukur kepala baby jangan tunggu lama-lama macam aku ni, nanti susah beb bila baby dah besar.

Gambar En.Muhammad kita ni aku upload kemudianlah ye...mama mode malas nak godek kamera. Berat badan dia semasa jab 2 bulan hari tu adalah 6.1 kg, juara di antara ketiga-tiga orang adik beradik. Sangat tak suka menyusu botol, dah reject botol MAM dan MEDELA , botol NUK pun minum ala kadar, minum dari botol TOMMEE TIPPEE pun ikut mood je, kadang-kadang banyak kadang-kadang sikit. Pening kepala mama....aduh duh.....

Saturday, August 14, 2010

Penat Ya Amat

Memulakan minggu berkerja dengan 3 anak-anak amat memenatkan. Hari pertama dan kedua tu aku masih bertenang dan mampu selesaikan house chores seperti biasa. Masuk hari ketiga di mana kita pun mula berpuasa, balik opis je aku lembik, dah tak mampu nak bukak mata pun. Baju-baju pun nasib baik anak dara jepun ada (mesin basuh le tu..), sidainya keesokkan pagi semasa lepas bersahur. Baju-baju yang belum di lipat semakin bertimbun-timbun. Mana tak nya, sampai je ke rumah dan sibuk nak uruskan pasal hal berbuka, pastu menguruskan anak-anak, membasuh aksessori breastfeeding (botol-botol susu dan sbgnya). Pastu mencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga, membasuh baju...sesambil tu mata dah lena-lena ayam.

Penat betul ada anak kecil ni (baby), tapi bila dia dah besar kelak kita mengharapkan agar dia kembali menjadi bayi pulak kan? Muhammad pun sudah 3 malam sukar untuk tido, adeih...bertambah parah la kepenatan aku ni. Bila orang lain mengantuk sebab berpuasa maka aku ni adalah double mengantuknya, sambil buat kerja pun boleh hanyut ke laut....huhuhuhu.

Minggu depan En.hubby nak outstation, aku bajet kalau camtu confirm mati kering kami anak-beranak sebab mama diorang tak sempat nak siapkan makanan berbuka. Nak di beli di pasar ramadhan pun susah beb sebab kena kendong dan heret 3 orang budak ni. Itu belum masuk kalau Muhammad menangis tak nak duduk time nak berbuka...memang hari-hari aku dengan hubby akan take turn utk jaga Muhammad sambil yang seorang lagi berbuka. Kalau dah En.hubby takde camne tuh???

So setelah ditimbal balik segala pro dan kotranya maka aku pun klik-klik sistem dan apply cuti 3 hari, aku dan anak-anak akan ikut en.hubby outstation jugak. Nasiblah kalau ada orang nak kata aku ni asyik cuti je...baru masuk keje seminggu dah cuti lagi. Korang senang ajelah bercakap tapi bahu aku yang menanggung camne susahnya ni, korang tahu???

Tuesday, August 10, 2010

Dah Confirmed

Tadi dah diumumkan bahawa tarikh mula berpuasa bagi tahun ni adalah pada esok, Rabu 11 Ogos 2010. So kepada semua muslimin dan muslimat, aku nak ucapkan selamat berpuasa ye...semoga bulan yang berkat ini membawa seribu rahmat kepada kita semua...amin...

Wednesday, August 4, 2010

Cubaan Memandu

Pagi tadi En.Hubby minta tolong drive kereta masuk ke porch di depan umah.

Aku adalah mengelabah sangat sebab dah 2 bulan ko tak bawak kereta. Semua jadi serba tak kena, tengok cermin kiri, belek cermin kanan, jeling cermin pandang belakang...

Hasih...macam budak baru belajar drive lagaknya sampai En. Hubby kena tolong guide kan nak pusing ke mana dan nak berhenti kat mana.

Aiyoo...minggu depan dah start keje, kalau bawak kereta pun macam budak nak bertatih camne nih??


Tuesday, August 3, 2010

Air Darah

Beberapa hari yang lepas Farzana telah memunggah luggage yang En.Hubby selalu bawak bila pergi outstation. Habis semua isi perut beg tu dia keluarkan, pastu dia terjumpa shaver kepunyaan En.Hubby dan dibuatnya main. Maka terlukalah hujung jarinya sedikit dan berdarah. Melalak la si kakak kecik akibat di marah dan sakit akibat luka tersebut.

Malam semalam semasa dinner aku buatkan air sirap untuk di minum anak-anak. Farzana ni memang hobinya suka bertanya itu dan ini maka dia bertanyalah pada aku sambil jarinya menunding ke arah air tersebut...

"Apa tu..??".

Aku pun menjawab dengan niat sengaja nak bergurau dengan dia...

"Air darah..".

Rupa-rupanya Farzana terus takut dan langsung taknak minum air tu. Puas aku terangkan yang itu adalah air sirap, bukannya darah tapi dia tetap tak nak minum padahal dia sebelum ni tak pernah menolak untuk minum air apa-apa sekali pun. Sanggup dia hanya minum air kosong je semalam.

Aku rasa mungkin dia dah serik kot dengan insiden berdarah tempohari...hihihihi

Eeeeee....

Fatini ni kuat mengadu apa-apa hal yang si Farzana buat kat aku atau kat hubby. So malam tadi dia ada mengadu camni...

Fatini: Eeee...Mama....(sambil jerit ye..), adik korek tangan dengan hidung....

Mama: Macam mana nak korek tangan??? Cuba kakak tunjuk...

Fatini pun tunjuk la aksi melombong bijih....

Mama: Itu korek hidung dengan tangan la....

Aduih la kakak, bukan setakat tulisan je yang terbalik, cakap pun sama daaa....

Mama dia mode tepuk dahi...aiyooo....

Monday, August 2, 2010

Lama Menyepi

Korang rindu tak kat blog aku yang lama menyepi ni???

Kompem korang rindu kan sebab aku bajet macam ala-ala diva, macam blogger selebriti...hehehe

Sebenarnya minggu lepas aku ke utara...tanpa bawak lappy tersayang so terpaksa la berpijak di bumi yang nyata, tak dapat nak update diari maya.

Anyway I'm back to bussiness...minggu depan dah start keje...huhuhuhu

Pasni rindu la nak golek-golek kat umah....

Baby Muhammad pulak refused bottle feed, camno nih???
Related Posts with Thumbnails