Monday, September 27, 2010

Jawatan kosong : Juruteknik Tingkatan Biasa “B”

Nama Jawatan :

Juruteknik Tingkatan Biasa "B" - Gred TT09/10

Syarikat :

Tenaga Nasional Berhad

Tarikh Tutup Permohonan :

15 Oktober 2010

Syarat-syarat Kelayakan :

1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa / Elektronik / Kawalan & Instrumen) dari Politeknik atau institusi –institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas.

DAN

3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM/SPMV) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut:

· Bahasa Inggeris
· Matematik

4. Umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010.
5. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.
6. Berkebolehan menggunakan komputer.
7. Sanggup ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia
8. Keutamaan adalah kepada calon lelaki.




Permohonan adalah secara online. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini


 

Sunday, September 26, 2010

Gigi Susu Fatini

Pagi semalam Fatini telah kehilangan gigi susunya yang pertama. Gigi di bahagian bawah tersebut gugur kerana telah matang dan bakal digantikan oleh gigi dewasa kelak.


Dengan gugurnya gigi susu ni Fatini harus lebih rajin menjaga kebersihan giginya sebab gigi dewasa kalau sudah rosak takkan ada penggantinya lagi kecuali dengan memakai gigi palsu.

Dah besar dah anak mama...dah 6 tahun, tahun depan dah nak ke sekolah kebangsaan. Kelakar pulak mama tengok muka kakak takde gigi...hihihi...macam nenek kebayan.





Si kakak kecik ni pun sibuk je nak ambik gambar gigi dia jugak.




Ini pulak gambar si Muhammad tengah tido interframe...berat terkini 6.7 kg, berkat menyusu susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah Muhammad pun dah sihat, harap-harapnya kekal macam tu lah sehingga dewasa.


Thursday, September 23, 2010

Mengidam..

Betul la apa yang korang baca tu...memang aku tengah mengidam nih.

Tapi....aku mengidam bukan sebab aku mengandung lagik ye....

Aku sebenarnya tengah mengidamkan benda ni...











Shantek kan???

Nak bagi air liur meleleh lagi??? Nah ambik ni...cuba tengok spec dia....






Intel Core i7 tu.....siap RAM 8GB lagi. Mana la achik ni tak meroyan, mahunya termimpi-mimpi tido memalam.
 
Tapi...yang membuatkan achik terdiam adalah...regenya RM3652, murah la tu. Cuma time-time lepas raya ni kat mana nak cekau duit sebanyak tu.
 
Err...kat mana nak dapat duit terpijak eh??? Korang tau tak??

Peristaltic Nipple

Sebelum ni kan aku ada bagitau yang baby Muhammad refused bottled feeding. Baca story tu kat sini

Alhamdulillah sekarang dia dah mula minum susu dari botol dengan kapasiti yang normal. Kalau zaman Farzana dulu botol dan puting ajaib dia ialah botol MAM tapi si Muhammad ni lain pulak seleranya. Dah puas dicuba bermacam-macam jenis botol dan puting, dah berhabis duit ringgit juga membeli jenama itu dan ini akhirnya aku jumpa juga si ajaib itu...yang sesuai dengan selera Muhammad.

Memperkenalkan peristaltic nipple keluaran Pigeon. Ia mempunyai 2 saiz iaitu untuk standard neck botlle dan wide neck botlle. Aku beli yang standard neck aje sebab senang nak fit dgn botol Medela, NUK, MLO dan Bumble Bee yang aku ada. Harganya RM13.90 bagi dua teat.



Bacalah serba sedikit pasal peristaltic nipple ni...aku cut and paste dari website Pigeon.

Nipple Features


Super-Stretchable

Teat section has an "accordion-like" portion that enables it to stretch in response to the peristaltic movement of the baby's tongue. At PIGEON, we believe that stretchability is the most important function of an artificial nipple in encouraging baby's natural suckling motion.

Ultra-Soft Silicone

The nipple's surface is very soft, yet it does not collapse easily. Made from thick ultra-soft silicone material, the nipple has similar elasticity to that of a mother's actual breast. The dome-like shape makes baby's mouth open naturally, and supports its mouth softly and fitting its lips gently.



By adding M and L sizes to the PIGEON Peristaltic Nipple product range, the softness of each nipple is approximately controlled to ensure the best performance at each developmental phase of your baby. Similarly, different hardness of silicone material is matched accordingly to the size of the nipple. Therefore, each size of nipple is appropriately shaped with the softness of the material.

AVS Air Ventilation System

Peristaltic Nipple ensures minimum air intake smoothly into baby's stomach during feeding.


Nipple Size


Recommended Guide to Correct Hole Size

To ensure the ideal feeding time of 10 to 15 minutes, a nipple with the proper hole size should be chosen.

NB to 3 months for Newborn
Peristaltic Nipple Slow Flow


2 to 3 months+
Peristaltic Nipple Variable Flow


2 to 3 months+
Peristaltic Nipple Variable Flow
For baby whose requirement is more than M but finding L is too much
and also for baby who already knows how to control the suction pressure

Beyond M and Y size requirement




Nipple Tested

We have done various tests for all our products based on our own PIGEON quality standard. Also, we have verified the safety of the PIGEON Peristaltic Nipple, having passed all stringent tests, such as monitoring, hygiene test, pulling test, milk-flow test, etc

Kepada lactation mommies out there yang ada masalah dengan baby diorang boleh la try teat ini pulak, manalah tahu kalau-kalau your baby shared the same "puting ajaib" with my baby Muhammad.

Wednesday, September 22, 2010

Updates on Muhammad's condition

Alhamdulillah selepas discharge dari wad pada 31hb Ogos tempohari setelah berkampung di sana selama 4 hari, keadaan kesihatan Muhammad dah improved banyak. Batuknya beransur kurang dan akhirnya hilang. Mama urut dada tanda lega...malangnya mimpi ngeri kembali, tak sampai seminggu selepas discharge Muhammad kembali batuk walau pun tidak sehebat dahulu.

Alahai anak bujang mama, belum sempat pegi follow up dah kena lagi batuk-batuk tu...huhuhu

So semasa checkup / follow up yang dishcedule kan pada 7hb Sept lalu, Dr. Sofiah diagnosed Muhammad sebagai Acute Broncholitis. Maka dibekalkan Muhammad dengan inhaler dan ubat batuk selama seminggu dan akan dipantau keadaan kesihatannya ketika next appointment pada 24hb Sept ni. Kata Dr. Sofiah, paru-paru Muhammad ni sensitif...mungkin pada habuk atau suhu yang sejuk. InsyaAllah bila dia dah besar sikit nanti, keadaan ini akan beransur-ansur hilang.

Sehingga ke hari ini pun sometimes bila Muhammad bernafas, kita boleh dengar bunyi wheezing dari dia walau pun dia sudah tidak batuk-batuk lagi. Risaunya mama takut Muhammad kena admit lagi...masih terasa letihnya badan mama menjaga Muhammad di hospital tempohari.

Tuesday, September 21, 2010

Phew...

Holiday season has ended...now it's time to dusting my blogger home as well as my home sweet home...



Wait for me ya....

Thursday, September 2, 2010

Lawatan ke ASDAF


Hari ni tadika Fatini mengadakan lawatan ke rumah anak-anak yatim Asrama Darul Falah (ASDAF) dan rumah orang-orang tua. Selama 2 minggu sebelum ni cikgu dia minta kitorang bekalkan anak-anak dengan duit syiling untuk mengisi tabung yang akan disumbangkan kepada ASDAF tu. So Fatini dengan semangatnya akan mintak duit kat kitorang untuk ditabungkan setiap pagi.

Hari memula kitorang bagi duit kertas RM1 tiga keping, masa ni cikgu dia belum inform suruh bagi duit syiling. Balik dari sekolah hari tu dia mengadu yang kawan-kawan dia bawak lagi banyak duit dari dia. Kitorang pun confused la...RM3 satu hari tu tak banyak ke? Bukan ke nak kena tabungkan hari-hari, takkan nak bagi RM10 tetiap hari kot? Aku pun selidik la...rupa-rupanya kawan dia tu bawak duit syiling 10 sen je tapi banyak la... Bebudak kan...mana la dia tahu nilai...yang dia tahu bilangan so dia kata duit syiling 10 sen lagi banyak dari RM3 yang kitorang bagi.

Untuk selesaikan masalah ni esoknya aku pun bagi duit syiling jugak kat Fatini...nak bagi 10 sen semua masa tu tak cukup pulak so aku campur-campurkan 20 sen dan 10 sen. Barulah makcik tu happy sebab duit dia pun banyak...hehehe



Btw, aku harap Fatini dan rakan-rakan will learn a good lesson semasa lawatan tu. Jangan dia berangan-angan nak hantar aku ke rumah orang-orang tua suatu hari nanti udah le...huhuhuhu   

Wednesday, September 1, 2010

Azabnya....

1.Ada manusia yang dibangkit di hari akhirat dengan wajah seperti seekor babi sebab dosa tidak bersolat dan mempermudahkannya.


2.Ada yang dibangkit perut buncit sebesar gunung besar yang didalam perut ada ular sebesar keldai siksaan bagi yang tak keluarkan zakat.

3.Ada yang dibangkit di akhirat keadaan mulut mereka mengeluarkan darah disebabkan menipu dalam urusan jual beli.

4.Ada yang dibangkit dengan keadaan badan bengkak-bengkak dan berbau busuk seperti bangkai, ini kerana orang alim sembunyikan yang benar dan tak tegur kesalahan penguasa.

5.Ada yang dibangkit dari kubur keadaan halkum mereka terputus-putus kerana suka berdusta dan sumpah palsu.

6.Ada yang dibangkit dari kubur lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah kerana menghalang atau melarang orang jadi saksi.

7.Ada yang dibangkitkan dalam keadaan kepala ke bawah, kaki ke atas, kemaluan ditusuk besi panas hingga bernanah akibat perbuatan zina.

1.Ada yang dibangkit dari kubur dengan muka yang hitam, mata berwarna biru kotor, perut dipenuhi api kerana makan harta anak yatim.

2.Ada yang dibangkit di akhirat dengan keadaan badan penuh kudis, sopak dan kurap kerana mendurhakai ibu bapa.

3.Ada yang bermata dan bergigi seperti tanduk lembu, bibir melepasi paras dada serta lidah terjulur, mulut keluarkan benda kotor sebab suka minum arak.

4.Api neraka dinyalakan 1000 tahun hingga jadi merah, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi putih, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi hitam.

5.Jika orang yang dalam neraka jahanam atau ahlinya dikeluarkan tangannya sahaja nescaya dunia akan terbakar kerana panasnya.

6.Ahli neraka diazab dalam keadaan tidak hidup dan tidak mati bertempik kesakitan.

7.Api neraka memakan muka-muka ahli neraka hingga muka mereka tidak berdaging.

8.Badan ahli neraka dibesarkan, gigi mereka sebesar bukit uhud, kulit mereka setebal 3 hari perjalanan, dan punggung mereka selebar Mekah ke Madinah.

9.Makanan dalam neraka adalah darah, nanah, air tembaga, minyak mendidih, buah zakkum berduri seperti kepala syaitan tersumbat dikerongkong meletup dan membakar.

10.Pakaian ahli neraka baju daripada api neraka dan disiram di kepala dan badan dengan air mendidih serta air lelehan tembaga dan tar.

11.Neraka jahim seksanya dituang air mendidih di kepala hingga tembus perut meleleh keluar dari tapak kaki.

12.Seringan-ringan siksa manusia diazab ialah seorang itu dipakaikan sepasang kasut daripada api neraka , mendidih otaknya sebagaimana mendidih air dalam periuk.

13.Azab untuk menghina ahli neraka dengan menompokkan azab dan bakaran api di muka sehingga mereka menjadi buta, tuli , bisu dan pekak.

14.Ahli neraka diseret dalam keadaan lehernya dirantai , muka tersembam merentasi air panas mendidih terus membawa ke dalam api neraka.

15.Seksa penyesalan penghuni neraka menangis hingga keluar darah dan air mata. Banyaknya air mata sehingga dapat membuatkan kapal terapung.

16.Semua isi perut yang di azab terburai keluar dan dipaksa berjalan berkeliling mengheret perut seperti keldai menarik sebuah jentera.

17.Neraka jahanam mempunyai 70 ribu rantai dan setiap rantai itu ditarik oleh 70 ribu malaikat.

18.Bahan bakar api neraka terdiri daripada manusia dan jin yang mendiami neraka dan batu-batu serta patung-patung yang menjadi sembahan d dunia.

19.Sekiranya sebuah batu besar dilempar ke dalam neraka, ia akan sampai ke dasarnya setelah 70 tahun perjalanan.

20.Api dunia yang membakar adalah se pertujuh puluh bahagian dari api neraka.

21.Neraka bernafas dua kali setahun , di musim dingin dan panas, itu sebabnya sangat dingin di musim sejuk dan panas di musim panas.

22.Orang-orang yang ego dan sombong di dunia nanti di akhirat nanti akan dipijak oleh manusia sebagaimana manusia terpijak semut.

23.Orang yang memiliki harta-harta serta binatang seperti kambing dan lembu, kalau tidak membayar zakat, harta dan binatang ini akan datang dalam bentuk gergasi menghempap dan memijaknya
 
 
 
Sumber dari http://ustaz-mohdzawawi.com/
Related Posts with Thumbnails