Thursday, November 25, 2010

Mematikan Telefon Bimbit Ketika Solat

Panduan ini adalah buat pengetahuan kita semua. Dibolehkan dalam syarak untuk mematikan telefon bimbit yang berbunyi ketika sedang bersolat.


Wednesday, November 24, 2010

Iklan Kekosongan Jawatan - Program Eksekutif Pelatih & Eksekutif Teknik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 7 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia serta Sabah. TNB memainkan peranan penting dalam kemajuan negara, ekonomi serta kesejahteraan rakyat dengan menyediakan perkhidmatan yang berdaya harap dan efisyen.


Bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan TNB berterusan serta mendokong visi kepimpinan yang strategik, TNB terus berusaha untuk mencari bakat-bakat baru dan dengan ini menjemput mereka yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan TNB. Bidang-bidang akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:

Pemegang Ijazah:

• Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan)
• Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
• Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
• Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
• Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
• Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
• Ijazah Sarjana Muda Undang-undang
• Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia

Syarat kelayakan akademik:


• PGNK 2.70 dan ke atas bagi bidang Kejuruteraan Elektrik
• PGNK 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Atas bagi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Perakaunan, Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, Teknologi Maklumat, Undang-undang dan Sumber Manusia


Pemegang Diploma:

•Diploma Kejuruteraan Elektrik (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan)
•Diploma Sains Komputer
•Diploma Kejuruteraan Komputer
•Diploma Teknologi Maklumat

Syarat kelayakan akademik:

• Diploma Kejuruteraan Elektrik (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan)
• PNGK 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Atas bagi Diploma Kejuruteraan Elektrik, Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, dan Teknologi Maklumat

Syarat-syarat tambahan:

• Semua kelayakan wajib mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency)
• Pengalaman kerja yang berkaitan bagi Pemegang Diploma
• SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik
• Had umur tidak melebihi 28 tahun
• Sanggup ditugaskan di mana-mana unit bisnes TNB
• Bagi pemohon yang mempunyai ikatan perjanjian biasiswa (kecuali Yayasan Tenaga Nasional), wajib memajukan surat persetujuan pelepasan penaja kepada TNB semasa sesi temuduga

Calon-calon yang berminat dan menepati syarat-syarat di atas digalakkan memohon secara online. Permohonan yang tidak lengkap atau format hard copy tidak akan diberi pertimbangan.
Permohonan perlu dimajukan sebelum 5 Disember 2010.Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-2296 6651 (Fariq Ali Ahmad) / 03-2296 6523 (Muzaleeza).

Tuesday, November 9, 2010

Muhammad Dah Pandai Meniarap

Akhirnya setelah Muhammad berumur 5 bulan, barulah dia pandai meniarap. Hmmm...agak lambat sebenarnya dia berjaya meniarap kalau nak dibandingkan dengan baby yang sebaya dengannya. Rasanya badannya yang montel dan sedikit berat tu yang melambatkan proses meniarapnya.

Berapa berat Muhammad sekarang???

Aku pun tak sure sebab masa bulan lepas aku ada sesaja je letak Muhammad atas penimbang kat klinik, masa tu aku pegi sebab nak nebulizer si Muhammad. Jarum scale tu tunjuk melepasi angka 7 kg tapi perpuluhan berapa tu aku tak sure sebab penimbang tu sangat kabur, maklumlah penimbang dah uzur. Untuk umur dia 5 bulan ni dia belum ambil jab lagi sebab jab yang 3 bulan (2nd DTP & Polio) hari tu kitorang ambil lewat sikit.

Muhammad dah pandai express perasaan marahnya dengan menjerit-jerit. Bila jeritan dia tak dilayan barulah dia akan menangis. Muhammad sangat suka di agah dan suka bila kita tunjukkan happy faces, tersengih je dia tengok kita. Dia juga dah pandai tarik-tarik toys yg tergantung kat baby cot dia. Dan kegemaran Muhammad sedari lahir hingga sekarang ialah mendengar selawat syifa', pasti dia terdiam dan kusyuk mendengar sampailah terus terasa mengantuk.

Muhammad masih menyusu susu badan sepenuhnya...alhamdulillah. Lagi satu bulan lagi untuk mencapai 1st target dalam breastfeeding journey iaitu menyusu selama 6 bulan. InsyaAllah kami akan berjaya melakukannya bersama-sama.

Itu jelah updates on Muhammad untuk kali ini, lenkali aku story lagi. Gambar dia ada banyak tapi mama dia amat malas sgt nak upload, kemudian hari jelah yek....salam...
Related Posts with Thumbnails