Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Info: Diet gila orang Melayu – kearah diabetes

Artikel ni daku copy paste dari email...tiada perubahan hatta satu huruf sekali pun...harap dapat memberi manfaat buat kita.... Diet gila orang Melayu – kearah diabetes Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya. Semalam saya diberi kesempatan untuk menemui seorang wanita yang saya namakan sebagai Minah (bukan nama sebenar). Saya baru sahaja mengetahui Minah ini menghidap penyakit diabetes yang serius dari seorang rakan saya. Minah kini mengalami luka dikaki yang serius yang sukar sembuh walau pun sudah menjangkau lebih dari sebulan diubati. Begitulah pesakit diabetes, kalau luka sikit sukar sembuh dan boleh mengakibatkan kaki di potong. Beberapa minggu yang lalu saya sempat memberitahu kepada Minah agar datang ke rumah saya untuk berbincang tentang masalah diabetesnya. Namun begitulah apabila Allah SWT tidak mahu memberikan rahmat kepada seseorang, pesanan yang baik bakal diabaikan begitu sahaja kerana sesungguhnya saya tidak mampu mem