Monday, January 17, 2011

WQ PARK Rehabilitation Centre

Post ini khas buat Puan Juzer/Nieza dan sesiapa yang nak tahu mengenainya...sharing is caring kan...

Asu tak pernah pegi tapi asu ada attend consultation session by diorang kat opis asu dulu...very friendly. Memang rasa macam nak pegi tapi penyakit bertangguh ni lagi kuat berbanding penyakit sakit belakang ni maka...tunggulah dulu ye...hehehehe

Location


We are located in Kelana jaya, easily accessible from the Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP Highway)

Address

Centre:

WQ Park
Health & Rehabilitation Centre
Lot 2D, Jalan SS5D/6
Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Tel : +6 03 7804 4171 / 8171 Fax: +6 03 7805 2171
http://www.wqpark.com.my/
info@wqpark.com.my


Friday, January 7, 2011

Ingin Memiliki Rumah Dan Tinggal Dengan PERCUMA???

PERCUMA????

Semua orang sangat suka dengan perkataan ini, bila disebut aja percuma pasti akan mengukir senyuman. Siapa yang tak mahu sesuatu yang percuma? Kalau menolak tawaran yang di beri percuma seolah-olah menolak tuah lagaknya. Haaa....kalau bab-bab makan percuma tu aku tak dapat la nak menolong tapi kalau bab nak beli rumah pastu nak tinggal di rumah tu secara percuma, aku ada panduannya.

Korang nak tak???

Okey, ceritanya begini....seorang sahabat aku telah menulis sebuah buku tentang panduan untuk membeli rumah pertama. Buku tersebut menceritakan tentang proses-proses dari memilih rumah jenis apa yang patut di beli, rumah di kawasan mana yang sesuai dimiliki mahu pun kawasan yang sewajarnya dielakkan. Turut disertakan panduan memohon pinjaman perumahan, penerangan ringkas mengenai skim-skim pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank serta serba sedikit mengenai BLR.

Bagi yang berminat untuk membeli rumah lelong pun ada digarapkan panduan mengenainya oleh penulis. Pendek kata barang sesiapa yang terlintas di dalam hatinya nak membeli rumah eloklah membaca buku beliau terlebih dahulu sebagai panduan yang amat berguna.

Buku yang beliau hasilkan ini adalah berdasarkan pengalaman dan kajian beliau sendiri. Beliau telah memiliki rumah yang pertama ketika berumuh 24 tahun. Part yang ini dia takleh lawan aku sebab aku memiliki rumah pertama ketika berumur 23 tahun tetapi sehinggalah kami berumur 30 tahun (aku dan penulis sebaya umur) beliau telah memiliki 4 buah rumah!!!! Aku nak dapat yang dua ni pun pun dah tak larat jatuh bangun dah...beliau pulak sedang menuju ke arah memiliki hartanah terkumpul bernilai RM1 juta.

So...apakah rahsia beliau sehingga berjaya memiliki 4 buah rumah pada usia 30 tahun??? Sila baca buku beliau untuk mengetahuinya. Buku "Panduan Mudah Membeli Rumah Pertama Anda" boleh di dapati di toko-toko buku utama atau boleh membeli terus dari penulis (Emrull Iqbarullah) melalui blog beliau di :





Wednesday, January 5, 2011

Walking through 7 wonderful months...Part 1

Hai mommies...nama saya Muhammad. Hari ni mama saya tengah blues so dipaparkan gambar-gambar saya dari lahir hinggalah saya berumur 7 bulan. Comel kan saya??? Nanti kalau raya mommies semua jangan lupa bagi duit raya ye....muaahhhh....


 04/06/2010 - Ini Muhammad selepas dilahirkan, masih kat dalam labour room.


04/06/2010 - Muhammad ketika di dalam bilik mama, kat ward.


26/06/2010 - Muhammad's first outing, ke Hari Sukan Tadika TNBKL


07/07/2010 - Muhammad semasa berumur satu bulan (33 hari).


23/07/2010 - Muhammad ketika lagi seminggu lebih nak masuk umur dua bulan (49 hari).


07/08/2010 - Muhammad menangis sebab kakak-kakak berebut-rebut nak peluk (2 bulan).


Due to network lembab nak upload gambar dan edit post maka mama akan sambung di dalam Part 2...tunggu ye mommies....

Tuesday, January 4, 2011

Selamat tahun baru 2011

Lama gila tak menulis, kekok rasanya. Anak teruna dah besar, dah pandai meragam minta perhatian maka si ibu terpaksalah menumpukan perhatian yang lebih...tersadailah blog tak terusik (alasan...heheheh).

Apa-apa pun selamat tahun baru semua...tahun baru Hijrah dan Masihi. Silalah berusaha merealisasikan azam-azam tahun baru korang semua ye... (Syhhh...aku ada azam lapuk yang carried foward)

Tahun 2011 menyaksikan aku dan hubby mendapat pengalaman baru...hantar anak ke sekolah. Aku maksudkan sekolah yang bebetul ye...sekolah tadika tak aci...

Yup, anak sulung aku dah masuk sekolah kebangsaan...dah umur 7 tahun dia di tahun 2011 ni. Bermakna....mak pak dia jugak dah bertambah umur, tua lagi 1 tahun...huhuhu

Aku happy la anak aku excited nak sekolah, takdelah dia meraung ke, berjejeh ayaq mata ke...cool je. Yang paling tak tahan tu lagi 2,3  hari nak sekolah dah sibuk minta duit belanja...adeih....

To kakak Fatini, ingat pesan mama ye...belajar rerajin, nanti kerja best-best dapat duit banyak boleh belikan mama laptop dan bawa family pegi Hong Kong Disneyland...hihihihi

Salam takziah buat teman sekolahku Suhaila yang baru kehilangan cahayamata kedua yang menghidap PWS (Praider Willi Syndrome). Baca lebih lanjut di SINI
Related Posts with Thumbnails