Friday, April 29, 2011

Jawapan GA Ummie Ina - Teka-teki lagi...hihihi...

Kak ina mesti nak pegi sini kan...









Boleh anak-anak akak naik ini....



Boleh juga beramah mesra dengan ini...








Dah penat-penat boleh la mandi kat sini....


 
Harap-harap betul la jawapan saya ni...

Thursday, April 14, 2011

Stok EBM dah habis...

Hari ini aku telah menggunakan stok EBM terakhir yang berada di dalam peti sejuk aku. Ya Allah...hati aku sangat resah sekali...adakah ini bermakna perjalanan penyususan susu ibu secara eksklusif akan berakhir tak lama lagi??

Memang aku masih mampu membekalkan EBM walaupun tidak dapat memenuhi kehendak Muhammad sebanyak 20 oz sehari tetapi tidaklah bermakna eksklusif kalau terpaksa mencampur adukkan antara susu ibu dan susu formula.

Tak sanggup rasanya nak membayangkan di saat aku menghulurkan tin susu formula kepada pihak taska kelak. Pastinya air mataku akan menitis hiba.


Daku sudah pun menangis di dalam hati....

Tuesday, April 12, 2011

Projek baru

Dua orang sahabat kat opis ni bakal menjadi raja sehari, maka aku tetiba gatal tangan nak sumbangkan sesuatu buat diorang berdua. Bendanya simple je but yet stunning....eh..chewahhh!

Ini ha bendanya....goodies bag made from brown paper bag. Gambar-gambar kat bawah adalah ehsan encik google.





So sekarang ni aku tengah tunggu brown paper bag yang aku order dari http://www.pph.com.my/ dengan harga RM75 untuk 1000 pcs. Murah kan??

Tak sabar rasanya nak hias comel-comel paper bag tu....zaman aku kahwin dedulu mana ada semua ni, paling canggih pun orang bagi sapu tangan je time tu.

Btw aku sponsor diorang goodies bag je...isi dalam taruk le sendiri...hahahaha.

Terasa Kosong..

Amaran: Post ini adalah luahan hati blues seorang wanita. Sila jangan muntah hijau di karpet opis ye.




 Minggu ini seperti biasa En.Hubby kerja outstation lagi. Bukannya aku tak biasa, memang dah selalu aku ditinggalkan sejak perkahwinan kami 8 tahun yang lepas. Tapi entah kenapa pagi ini hidup aku terasa kosong, sunyi dan seolah-olah aku hilang pedoman. Ditengah-tengah hiruk-pikuk anak-anak menangis dan bertelagah sesama sendiri, fikiran aku pula menerawang entah ke mana.

Semalam aku telah meluahkan rasa lelahku kerana terlalu kerap ditinggalkan pada si dia. Sesungguhnya aku dah jemu menghadapi rutin hidup sebegini dengan ketiadaan En.Hubby di sisi. Aku sangat letih hingga hampir sahaja aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji sehingga Muhammad berumur setahun. Silap-silap ku sambung lagi sehingga dia berumur dua tahun pula.

Dengan mengambil cuti tanpa gaji maka bolehlah aku meluangkan masa yang lebih buat membimbing pembelajaran Fatini, dapat juga aku memanjakan Farzana yang terpaksa berkongsi kasih dengan Muhammad yang masih bayi. Aku juga tak perlu berjerih mengepam susu untuk Muhammad dan tak perlu risau isu bekalan susu yang tidak cukup ketika dia di taska. Aku juga akan lebih kurang tensi dari keadaan sekarang bila mana terpaksa bangun seawal 4.45 pagi untuk menyiapkan anak-anak ke sekolah dan diri sendiri ke tempat kerja. Tidak haruskah aku lelah sekiranya setiap malam aku hanya tidur-tidur ayam pula? Itu semua menguatkan lagi keinginanku untuk melupakan seketika tentang hal kerjaya.

Tetapi malangnya kehidupan adalah tidak seindah itu. Kos saraan hidup yang terlalu tinggi dan menekan kami di kiri dan kanan memaksa aku untuk terus bekerja dan memperolehi gaji bulanan walau pun ianya tidak seberapa. Bersyukur pada Allah kerana kami masih ada makanan, pakaian dan tempat berteduh.



Apakah harus ku ikutkan kata hati??? Pepatah melayu menyebut "Ikutkan hati , mati. Ikutkan rasa, binasa." membuatkan aku masih teragak-agak dengan keputusan ini.

To be continue....

Monday, April 11, 2011

Hari Sukan Bakal Tiba

Tak lama lagi SKBB akan mengadakan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2011. Sekarang ni murid-murid tahun 1 sedang disaring untuk memilih peserta yang bakal mewakili rumah sukan masing-masing. Kakak Fatini pun tidak terkecuali...bermula dari hari Selasa hingga Jumaat minggu lepas, setiap pagi akan diadakan saringan mengikut jenis sukan dari jam 8.00 hingga 9.40 pagi. Acara sukan yang di adakan pemilihan tersebut adalah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan larian.

Maka berpakaian sukanlah kakak dari rumah setiap hari, rumah sukannya adalah rumah hijau. Acara pertama yang diadakan pemilihan ialah lompat tinggi.


Semasa mula-mula membaca surat pemberitahuan mengenai pemilihan tu, Fatini banyak bertanya tentang apakah itu sukan lompat tinggi, lontar peluru dan lompat jauh. Aku pun berjanji akan mencari video-video di internet tentang sukan tersebut malangnya aku terlupa. Maka pada hari Selasa tu kakak Fatini pun melompat tinggi mengikut caranya sendiri....hehehhe. "Palang jatuh..." katanya dengan muka sedih. Takpelah kakak, tahun depan kakak cuba lagi.

Keesokkan harinya (Rabu) adalah pemilihan bagi acara larian. Sukan yang ini aku tak risau sangat sebab Fatini memang dari tadika lagi selalu menjuarai acara larian. Boleh baca kisahnya di sini dan di sini.



Balik dari sekolah so aku pun tanya apa keputusan larian tu. Fatini cakap dia dapat nombor satu. Cikgu dia kata siapa yang lari laju-laju nanti dapat hadiah. Bertambah semangat dia untuk ujian saringan acara sukan seterusnya esok.

Pada malam tu untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali maka aku pun mengotakan janji mencari video-video sukan tu. Semasa melihat video acara lontar peluru, terpaksalah mama menggayakan cara org lontar peluru sebab Fatini tak faham sangat walau pun dah tengok video tu. Apa yang dia paling concern is...

" Nanti kotor la tangan kakak pegang bola tu..."

Ish,ish,ish...kesitu pulak dia ni.



Balik dari sekolah esoknya aku pun tanya la lagi..."Macam mana lontar peluru..?"

"Kakak baling paling jauh....kawan kakak tu baling dekat je..." kata Fatini.

Hmmm...betul ke anak aku ni boleh baling peluru tu jauh-jauh, aku suruh jinjit plastik bag bila shopping barang pun dah terhoyong-hayang inikan pulak nak baling benda besi tu. Apa-apa pun kita tunggu apa kata cikgu dia nanti, Fatini terpilih atau tidak untuk acara lontar peluru. 

Acara sukan yang terakhir adalah lompat jauh. Aku budget Fatini mungkin boleh buat acara ni sebab dia lari laju tetapi....bila aku tanya macam mana dia buat, ini jawapannya...

"Kakak lompat tak kena pun pasir...."



Korang ingat dia hebat sangat sampai boleh lompat melepasi petak pasir??? Kirim salam la beb, dia lompat tu tak masuk langsung ke petak pasir la...hahahaha

Yang paling tak tahan, ayat tu dia cakap dengan nada bangga le pulak... Aduih...mama sudah tepuk dahi. Aku rasa Fatini ni mesti dia rasa geli dan kotor nak lompat masuk dalam pasir tu. Nak pulak pagi tu hujan renyai-renyai maka haruslah macam becak je petak pasir tu.

So aku tengah tunggu kalau-kalau cikgu dia akan bagi surat pemberitahuan yang Fatini terpilih dalam acara yang mana satu. Aku takde la letak apa-apa harapan, just nak bagi dia join sebarang acara supaya dia ada self confidence je...menang kalah tu belakang kira.




Monday, April 4, 2011

Susu Dah Kurang...

Aku sedang menghadapi masalah bekalan susu yang tidak meet dengan demand Muhammad. Setiap hari dia consume 20oz tapi aku hanya dapat produce 15-17oz je. So setiap hari jugak aku terpaksa top up dengan stock. Keadaan semakin buruk ketika aku kena mastitis tempohari (baca di sini). Semakin banyaklah aku menggunakan stock EBM sehinggalah surut semuanya. Setakat hari ini EBM yang berbaki adalah 2x4oz, mungkin hanya cukup untuk menampung bekalan bagi esok dan lusa.

Diri terasa sangat down walau pun muka masih mampu tersenyum. Sesungguhnya aku masih belum bersedia untuk memberikan formula milk kepada anakanda tersayang. Ya Allah, permudahkanlah dugaan bagi hambaMu ini.

Mujur ada achik Sue yang tak putus-putus memberi inspirasi melalui blog beliau di sini. Ku dah berkali-kali khatam sebenarnya tapi ku ulang baca sehingga semangat kembali membara. Terima kasih di atas jasamu Suraya yang membantu secara fizikal dan mental. InsyaAllah aku pasti mampu mengharunginya... FIGHTING!! CHAIYOK!!

Terkenang semasa menyusukan Farzana dahulu...betapa murahnya rezeki yang Allah kurniakan buat dia sampai terbuang-buang EBM yang expired. Huhuhu...


Stok EBM Ogos 2008

 
Stock EBM September 2008

Discarded EBM December 2009.

Friday, April 1, 2011

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii.

Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak.

Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis, kalau tidak mau aku pi tumpang tengok kat umah kakak kau...harus tu...

Memula nak rosak tu tanda-tanda dia camni...sedang elok kita tengok tetiba gambar hilang dan dia keluar "service currently not available", ala...macam yang selalu kita dapat time hujan tu tapi cuaca kat luar terang benderang, siap panas terik lagi. Jam kat dekoder tu pulak akan tunjuk 00:00, bukannya tunjukkan waktu sebenar macam selalu. Aku pun pelik la so aku off dekoder tu dalam 5 minit dan on balik. Berjaya.....siaran tadi dah dapat balik. Dalam sebulan lepas tu jadi balik sekali lagi...so aku pun off lagi dekoder tu 5 minit, lepas on balik alhamdulillah berjaya lagi.

Pastu lebih kurang sebulan aku kena sekali lagi...kali ni off 5 minit pun tak berjaya jadi aku off dalam setengah jam baru ok balik. Dan selepas-selepas tu kejadian tu jadi makin kerap dan aku kena off lebih lama lagi setiap kali untuk pulihkan balik siaran. Dan sampai masa akhirnya aku off satu hari satu malam pun tak mau juga hidupnya...huhuhu...tamatlah riwayat dekoder tu.

Menurut kakak aku yang pernah kena kes ni dua kali, kalau nak repair makan RM dalam 200 lebih...huish...banyak tu. Kalau beli nasik pun lepas buat makan 2 minggu. Tukang repair tu cakap dekoder ni akan cepat rosak kalau kita asyik la bubuh dia dalam mode standby kalau time tak guna. Dia kata kalau tak nak tengok, sila matikan power supply nya...off kan plug la tu maksudnya. Memang logik jugak penerangan dia tu dan aku pun memang jaranggg sangat off power supply nya, dasar pemalas betul. Akhirnya diri sendiri yang susah kan?

Camne nak buat ni?? Adakah aku patut suscribe Astro yang baru sebab bayaran tu baru RM199 je...kalau nak repair dah RM200++. Bagaimana kalau aku upgrade ke Astro Beyond, nanti dia akan pasang dekoder baru dan ambik yang lama ni. Tapi malangnya kena la tambah RM20 sebulan dan TV kat umah aku pun kena la upgrade jugak ke full HD, baru la berbaloi ambik Beyond. Punyalah pening fikir solution terbaek dan terpantas yang kitorang ada.

Akhirnya kitorang dapat good news, adik ipar aku dapat kerja baru kat kampung halaman maka dia dan isteri akan berpindah dari KL ke sana. Astro dia yang sedia ada dia nak terminate jadi dekoder tu dia kasi kat kitorang. Yess...alhamdulillah, rezeki kitorang la tu...dah la solution yang cepat, paling penting ialah FREE pulak tu... So petang semalam selepas balik kerja kitorang pun pi ambik dekoder tu dari dia dan malam tadi umah aku kembali ceria dek Astro Ceria yang anak-anak aku tengok.

Pesanan penaja: Jangan lupa off Astro bila tak nak tengok ye...
Related Posts with Thumbnails