Tuesday, September 27, 2011

Pagi semalam aku bangun tido dan siapkan brg-brg anak dan diri sendiri...diorang ke sekolah dan aku ke opis. Tetiba en.hubby panggil aku dgn suara cemas....aku pun sgt berdebar pegilah dapatkan dia kat dalam bilik tidur. Rupa-rupanya ada kesan darah kat hidung Farzana tapi dah kering la...but agak banyak jugak sampai meleleh kat cadar.

Aku pun cepat-cepat ambil wet tissue dan lap kesan darah kat hidung Farzana. Kesian anak mama...mesti panas kat dalam badan dia sampai berdarah hidung. Aku pun mandikan dia lama-lama sikit pagi tu untuk kurangkan suhu dalam badan dia.

Petangnya semasa balik dari sekolah, cikgu dia cakap hidung Farzana bedarah lagi...aduh, sedihnya aku bila tengok muka dia time tu...balik ke rumah aku bagi la dia makan ubat demam walau pun dahi dia tak panas pun.

Harapnya hari ni hidung dia tak berdarah lagi...risau betul aku...takut lain pulak jadinya.

p/s: gambar takde sebab maknya panik ya amat time tu...


Wednesday, September 14, 2011

Raptai Hari Malaysia 2011

ww




Monday, September 12, 2011

Do obey your parents because they are your parents

Malam semalam aku sangat marah dengan Fatini...marah kerana kedegilannya.

Semasa masuk tidur, aku dengar Fatini batuk...batuk yang agak berat, sampai aku sebagai seorang ibu tak boleh nak tidur lena sebab risaukan dia. Aku pun bangun dan turun ke dapur di bawah, ambilkan ubat batuk lalu naik ke atas untuk bagi dia makan.

Mengetahui yang Fatini ni sangatlah susahnya makan ubat jadi aku pakai syringe untuk mengelakkan dari tumpah.

Masa ni la start nya aku naik angin, dia langsung tak nak buka mulut untuk makan ubat tu. Dah macam-macam ayat aku bagi termasuk ugut dia suruh tidur kat luar rumah, kononnya bunyi batuk dia tu amat mengganggu orang lain nak tidur tapi hampeh...semuanya tak jalan.

 Aku hilang sabar lalu aku heret tangan dia...nak bawak keluar rumah la kononnya tu tapi dia masih berdegil, tak mau buka mulut langsung untuk aku suapkan ubat tu. Suruh makan sendiri lagi la tak mahunya...

Akhirnya papa dia bangun dari tidur dan marah aku dengan Fatini yang buat kecoh tengah malam. Papa dia suruh dia makan tapi ubat yang aku suapkan tu dia luahkan balik.... Aish...budak ni memang mencabar keimanan betul malam semalam. Papa dia pulak senang-senang je cakap "Dah ko tak nak makan ubat, sudah...pegi tido".

Fatini pun apa lagi, terus je bedebam kat tempat tidur dia.

Akhirnya aku yg bengang ni bertambah bengang dan....

"Oooo...degil ye...Nah, ini habuannya..."

Telapak tangan aku singgah kat tengah belakang dia....

Lepas tu terasa perit la telapak tangan aku ni...aku tahu, belakang badan anak aku tu lagi la perit kena tampar dek emaknya tapi perit kat hati aku ni lebih terasa tergurisnya.

Hati Fatini??? Hanya Allah yang tahu...
Mesti dia kata kejamnya emak dia ni....atau pun dia rasa bersalah sebab degil cakap aku...atau...lebih sadis, dia terus benci aku sampai lebam...

Aku memang rasa bersalah tapi aku dah tak boleh tahan sabar dengan sikap dia yang agak degil sejak kebelakangan ni...menyirap darah aku di buatnya.

I hope the incident last night should teached her some lesson...do obey your parents because they are your parents.

One day, if it happenned that Fatini baca post mama ni, mama harap Fatini tahu yang mama dan papa sayang anak-anak kami semua dan mahu berikan yang terbaik buat korang semua cuma...kadang-kadang tu kami tersalah caranya. Mama bukannya Rasul Allah yang sempurna sikap dan tutur kata...harap kakak dapat maafkan mama ye...

p/s: Tengahari tadi aku dah pujuk dia balik dengan belanja nasi ayam TCRS dan ice blended mocha San Francisco....huih...high maintenance anak aku nih...ish,ish,ish.




Tuesday, September 6, 2011

Masih Mood Cuti

Ye...walau pun aku dah dua hari masuk kerja tapi mood mau kerja masih belum mari...

Jangan la korang ingat aku ni nak beraya sakan, takde maknanya...cuma aku masih di dalam mood cuti, nak golek-golek atas tilam kat rumah, nak main game dan tgk tv sampai lebam.

Owh, indahnya dunia kalau hari-hari boleh buat mcm tu....

Kat tempat kerja pulak macam c**** (maaf, dah sampai tahap gaban punya geram), suka assume org takde kerja sebab hari-hari duduk depan komputer tak gerak-gerak. Udah kerja aku tengok NMS mestilah kena duduk kat komputer...ggrrr. Ingat aku main facebook (yg mmg kena blocked kat opis) ke hape??? Maka dikutip la kerja-kerja org lain tu bagi kat aku...aduih...:-(
Related Posts with Thumbnails