Monday, October 24, 2011

Ceritera hari Ahad Muhammad

Semalam kakak-kakak dia sibuk pegi main kat swimming pool tapi budak kecik ni merengek-rengek ajak masuk dalam bilik, nak menyusu...last-last dia sambung tido...

Aish, apa kes! Selalunya dia pun sibuk jugak nak join mandi.

Rupa-rupanya dia rasa tak sihat badan. Bangun dari tido dah demam dan selsema....kesian...



Tuesday, October 18, 2011

Byk Post Outdated

Aku sebenarnya byk story nak cerita kat korang tapi nak compose blog post guna tablet ni bukanlah semudah yg di sangka terutamanya kalau ada attach gambar...adeih.

Yelah, kalau guna komputer tu kita boleh simply klik sana sini ikut kemahuan kita tapi kalau kat tab ni, aku klik kat sini lain jadiknya...aku klik kat sinun, ke lain perginya.

Pastu bila dah taip pjng-pjng dan aku rasa nak move ayat ni ke atas dan ke bawah satu hal lagi...bukan boleh drag je macam kita selalu buat kat komputer tu. Selalunya aku save as draft pastu bukak semula blog kat pc mana-mana dan edit post tadi, then baru aku publish. Letih la...last-last belambak-lambak drafted post yg aku ada tapi takde masa nak edit.

Cuma satu je yang marbeles bila pakai tablet ni, aku boleh snap gambar dan terus publish kat blog. Dah tak payah nak transfer dari kamera ke pc lagi dah....dan....gambarnya pun mantop, memang aku puas hati dgn kualiti gambar dia.

Hmmm...maybe aku patut explore pasal posting blog post via email pulak kot....:-)

Sunday, October 2, 2011

Kesian Muhammad Demam

Dah tiga hari Muhammad demam, suhu yg agak tinggi pulak tu...kesiannya dia tak bermaya sebab dia hilang selera makan sekali, hanya minum susu ibu je. Makanan lain memang tak nak dijamahnya walaupun aku bagi favourite dia...aiskrim.

Petang khamis tu taska dia telefon bagitahu yg suhu badan Muhammad dah 38 darjah celcius (terpaksa tulis penuh sebab carik simbolnya tak jumpa..;-p). Aku tgh ada briefing masa tu, terus bergegas pegi ambil dia dan bawa ke klinik. Memang panas sgt sampai berbahang rasa bila aku dukung Muhammad. Nasib baik taska cepat2 mandikan dia untuk turunkan suhu badan...takut juga kalau2 dia kena kancing gigi. Sampai klinik doktor pun cakap mmg suhu badan dia tinggi sgt dan dia suruh aku bagi ubat demam 4 jam sekali.

Malam tu semasa tido pun suhu dia naik mendadak sampai dua kali aku bangun bagi ubat dan basahkan kepala dan badan dia. Malam semalam pun sama jugak, aku basahkan kepala dia sebab dah panas sgt aku rasa... Kesian anak bujang mama. Harap2 Muhammad segera sembuh...susah hati mama kalau anak2 tak sihat ni, dgn mama sekali rasa tak sihat jugak.


Related Posts with Thumbnails