Skip to main content

Corrupted jpeg file

Pagi tadi aku ada sessi lawatan ke NOC di TimeDotCom. Tujuan lawatan ni adalah untuk mempelajari dan bertukar-tukar pendapat berkenaan cara operasi sesebuah control centre. Banyak benda yang kami bincangkan kat situ.
Tapi...apa yang aku nak story kat dalam post ini ialah kejadian gambar-gambar yang aku ambik kat lokasi lawatan tu ada yang corrupted.
Kenapa?? Aku rasa sebab connectivity yang intermittent antara PC dan portable hard disk aku (sometime PC detect hard disk tu, kadang2 tidak). Aku sikit punya sedih la sebab antara gambar yang corrupted tu adalah gambar yang penting, gambar design bilik NOC diorang. Itu antara main agenda kitorang ke sana. So...sebagai mamarazzi (mama la kan sebab aku perempuan dan ibu) aku rasa tak best la menghampakan pihak management...macam korang upah photographer ambik gambar kahwin korang, tetiba gambar tu corrupt...camne rasa???

Aku pun google la ke sana-sini mencari solution untuk recover balik gambar aku yang corrupted ni...dan....aku jumpa software ni....



Wolla...berjaya beb. Aku dapat recover balik gambar tu...tapi....satu hari satu file je yang boleh recover sebab ini trial version. Apa yang aku buat ialah aku adjust date kat lappy aku dan restart balik program HandyRecovery tu. Hehehehe....berjaya tau aku manipulate software tu. Dapat la aku recover beberapa keping...cukuplah tu, esok-esok aku buat la lagi sampai habis 22 keping yang punah tu. Total gambar yang aku tembak (shooted) adalah 57 keping.

Buat sesapa yang ada problem yang sama dengan aku, boleh la try software ni.


Bwt, ni la gambar yang dikehendaki

Comments

kawan gossip kedai kopi mami jarum said…
yaribbbbaaaaaaaaaaaaa.....

dapek gak gambar2 tu akhirnya...sonang hati acik..dah la GM yg suh den ambik gambar tu td..den lak gi sub kat mamarazzi...sib baik mamarazzi celik IT...
syabasssssss inspector gadgettt...!!!!
Asu Bahiyah said…
hehehehe...eden dah berpeluh-peluh godek encik google. Nasib baik jadik

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...