Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Mematikan Telefon Bimbit Ketika Solat

Panduan ini adalah buat pengetahuan kita semua. Dibolehkan dalam syarak untuk mematikan telefon bimbit yang berbunyi ketika sedang bersolat.

Iklan Kekosongan Jawatan - Program Eksekutif Pelatih & Eksekutif Teknik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 7 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia serta Sabah. TNB memainkan peranan penting dalam kemajuan negara, ekonomi serta kesejahteraan rakyat dengan menyediakan perkhidmatan yang berdaya harap dan efisyen. Bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan TNB berterusan serta mendokong visi kepimpinan yang strategik, TNB terus berusaha untuk mencari bakat-bakat baru dan dengan ini menjemput mereka yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan TNB. Bidang-bidang akademik yang diperlukan adalah seperti berikut: Pemegang Ijazah: • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan) • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komp

Muhammad Dah Pandai Meniarap

Akhirnya setelah Muhammad berumur 5 bulan, barulah dia pandai meniarap. Hmmm...agak lambat sebenarnya dia berjaya meniarap kalau nak dibandingkan dengan baby yang sebaya dengannya. Rasanya badannya yang montel dan sedikit berat tu yang melambatkan proses meniarapnya. Berapa berat Muhammad sekarang??? Aku pun tak sure sebab masa bulan lepas aku ada sesaja je letak Muhammad atas penimbang kat klinik, masa tu aku pegi sebab nak nebulizer si Muhammad. Jarum scale tu tunjuk melepasi angka 7 kg tapi perpuluhan berapa tu aku tak sure sebab penimbang tu sangat kabur, maklumlah penimbang dah uzur. Untuk umur dia 5 bulan ni dia belum ambil jab lagi sebab jab yang 3 bulan (2nd DTP & Polio) hari tu kitorang ambil lewat sikit. Muhammad dah pandai express perasaan marahnya dengan menjerit-jerit. Bila jeritan dia tak dilayan barulah dia akan menangis. Muhammad sangat suka di agah dan suka bila kita tunjukkan happy faces, tersengih je dia tengok kita. Dia juga dah pandai tarik-tarik toys yg