Skip to main content

Posts

Bonda mama

Ini bondaku...dah berusia 80 tahun dia tahun ini...ye dah tua, tapi alhamdulillah masih sihat dan kuat. Masih boleh berkebun dan menyangkul...gagah kan...? Heheheh Birthday bonda ke 80. Bonda aku ni menjadi rebutan kalau dia datang ke KL...habis anak beranak dan cucu cicit angkut dia ke sana sini hahaha....tempat favorite dia adalah nursery jualan pokok bunga dan Ikea 😄 Oh ya...pada tahun 2019 ini jumlah cucu bonda adalah 27 orang dan cicit seramai 5 orang. Sebahagian dari anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit. Ayahanda dah meninggalkan kami pada tahun 2010...ketika anakku Muhammad Fareez belum pun lahir ke dunia...tak sempat dia dan adik2 mengenali tokwan. Al-fatihah buat ayahanda....rindunya 😭 Ini gambar terbaru aku dgn bonda... Anak bongsu bonda ni dah ada kedut di wajah huhuhu....dah tua jugak, seiring dgn bertambahnya usia bonda...sayang bonda ketat2 😘 Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat bondaku...aaminnn...
Recent posts

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...

Kembali menulis

Assalamualaikum...ya aku ingin kembali menulis...merindui zaman2 aku menyusun kata2 buat tatapan pembaca...mencoret kisah2 yang ingin aku jadikan kenangan buat diriku...dan buat tatapan anak2 seandainya suatu hari mereka ketemui blog ini. Tapi seharusnya aku harus meneliti pengisiannya agar tidak terlalu mendedahkan privacy diri... ok...brief introduction setelah bertahun2 menyepi....anak2ku sudah lima kesemuanya...ye lima....hehehe...sesuai benar dgn hashtag #makbanyakanak hahaha. Latest addition yg aku tak pernah coret kisah mereka di blog ini ialah Farihin 3 tahun dan Fathia 10 bulan. Doakan kami sekeluarga sentiasa berbahagia dan dirahmati Allah ye.... Hari ini kakak Fatini exam PT3 subjek Sains dan Pendidikan Islam, Farzana pulak exam UPKK hari terakhir subject Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah). Semoga mereka dapat menjawab dengan baik dan beroleh kejayaan....Aamiinnnn...

Muzium Kucing / Cat Museum

Tak ingat dah apa nak tulis...simpan gambar buat kenangan jelah

Manik Oh Manik

Malam semalam sebelum masuk tidur Fatini bagitau aku yg esok cikgu Pendidikan Seni dia suruh bawak manik ke sekolah. Alahai kakak...apasal la awal sgt yg ko bagitahu mama nak kena bawak manik essok pagi...? Aku ni terus la tak boleh nak lena, berfikir macam mana nak dapatkan manik untuk dia. Pusing2 kat dalam rumah akhirnya aku dapat idea ni... Aku ambik dari bunga telur dan tetas dari blouse aku...huhuhu p/s kisah tahun bila la ni...draft outdated yg aku baru publish....ayoyoyo...mode:tepuk dahi

Lawak raya 1

Kalau pakai benda ni baru la kuih raya menjadi...:-) posted from Bloggeroid

Tolong...rumahku bersawang...

Dah lama aku tinggalkan blog ini sepi, sunyi...sampai bersawang rumah mayaku. Tetiba hari ni aku dapat ilham untuk menulis. Adakah ini menandakan aku akan kembali aktif menulis? Sempatkah aku nak menulis sambil menguruskan anak-anak dan juga menjalani karierku yang terbaru yakni menjadi seorang pelajar sepenuh masa? Sampai saat sekarang pun time management aku entah ke mana...ke laut kata org2 sekarang (dah tua sgt ke aku?) Oklah, cukup melalut utk kali ini.... Buat yang belum tahu, aku sekarang sedang menyambung pengajian secara sepenuh masa di MSU dalam bidang Elektrik dan Elektronik. Doakan agar aku dapat buat yang terbaik dan lulus dgn cemerlang ye... Sedikit santapan mata...dah besar dah anak2 aku...Fatini 9 tahun, Farzana 5 tahun dan hero tunggal kami (buat masa ni belum ada penambahan lagi) Muhammad 3 tahun. posted from Bloggeroid