Skip to main content

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal,

Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari.

Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya???


Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha

Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi







 

Mama harap nanti Farihin tak menangis dah semasa nak naik darjah 1 di sekolah sebenar 😊



Comments

aida said…
wah lama tak menulis nih... welcome back
Bahiyah Yunus said…
sayang blog ni tapi asyik tak sempat menulis huhuhu
Anonymous said…
Hi, boleh ke nak nombor telefon opah faridah tu? sebab skrg saya tengah pregnant dan mencari babysitter area abdullah hukum ni sebab kerja di sini. Boleh emailkan ke amirahsamat@rocketmail.com. Terima kasih sangat2!