Skip to main content

Hari malang mama

Semalam hari Isnin mama car pooling gi opis dgn papa. Malam sebelumnya papa dah pesan kat mama "esok pukul 7.30 pagi papa dah kena gerak gi Seremban, dah janji nak amik PTW pukul 9". So mama kunci jam pukul 5.15 pagi (15 minit awal je okeh, selalunya kunci pukul 5.30) sebab nak siap2kan barang anak2 yg berbagai nih. Baju2 utk Fatini dan Farzana mama dah siapkan malamnya.

ESok pagi jam bunyi aje terus mama bergegas mandi dan siapkan segala (EBM, susu kakak, BP mama) dan atur beg2 kat depan pintu. Lepas papa siap dan start enjin kereta, mama pun loading brg masuk dlm kereta. Mama kejutkan kakak suruh masuk kereta dan mama dukung adik yg tgh tido dan letak kat baby carseat. Dan siap mama kunci umah bagai, masuk dalam kereta dan terun jalan.

Sampai kat Subang Jaya (dah 1/2 way yek tuan2 dan puan2) baru mama perasan yg beg sekolah kakak tertinggal kat umah...ya Allah. So mama decide nak balik umah kemudian utk amik beg kakak tu.

Lebih kurang pukul 9 pagi mama pun start motor nak balik umah. Naik motor?? Ye, naik motor sebab boleh jimat petrol dan senang tak kena traffic jam. Dalam perjalanan balik dan mama dah sampai kat Kesas Highway tetiba hujan renyai2 tapi mama terus jalan jugak, sampai umah tu memang dah lembab la baju suar semua. Dah amik beg kakak, mama sarung rain sut (suar+baju) dan terus gerak balik semula ke opis. Malang sungguh mama tetiba hujan yg lebat amat turun mencurah2 sampai perit2 kulit tangan mama kena titis air hujan tu. Bertambah malang lagi sesampainya mama kat Persimpangan Kota Kemuning, tayar motor pulak meletup...nasib baik mama bawak motor slow2 je sebab hujan lebat. So mama pun bawak motor lagi slow la of course, sampai ke kedai motor kat Sri Muda....huhuhu kena tukar tayar baru dan terbang la duit mama RM55 (dalam purse ada RM58 je pulak tu).

Konklusinya eh chewah, dari nak jimat petrol dan senang sikit akhirnya betukar jadi kena keluar duit banyak (RM55 banyak tu), susah banyak dan basah pun banyak...sejuk...
Menyesal mama tak bawak kereta, kalau tidak mesti time tu mama tengah senang hati sebab walapun kat luar ujan, mama terperangkap kat dalam traffic jam tapi at least mama selesa dan yg penting kering beb.

Comments

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...