Monday, January 19, 2009

Meet Uncle Hussein Menang Anugerah Juara Lagu Ke-23

Tahniah buat Meet Uncle Hussein kerana berjaya menjulang piala Juara Lagu Muzik-Muzik ke-23 pada hari Ahad 18 Januari 2009. Lagu yang telah band indie ini pertaruhkan ialah Lagu Untukmu...sedap didengar dek telinga. Lagu yang ringkas tapi penuh makna. Yang paling ku gemari ialah konsep persembahan mereka...separuh wajah penyanyi utamanya dan gitaris (ku tak nampak jelas wajah drummer) dicatkan seperti wajah boneka, sesuai dengan salah satu baris lirik lagu tersebut.

Nanti kalau ada ketemu gambarnya, akan ku upload kemudian.

Lirik : Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

*Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

(ulang *)

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

No comments:

Related Posts with Thumbnails