Skip to main content

Papa work, mama Offday

Alahai...bosannya hidup mcm ni...
Nak2 lagi kalau mama offday time weekdays...means hari2 minggu biasa (Isnin-Jumaat)
Papa pegi keje, mama pulak melepak kat umah dgn anak2.
Pegi shopping pun mcm takde spirit sebab org2 lain semua sibuk di opis...tinggal berapa kerat je kat shopping mall tu..

Dulu memang mama happy giler kalau dapat shopping time tak crowded, tapi since dah lalui benda2 camni selama 5 tahun, mama macam dah bosan sesangat.
So...bila opis nak buat satu unit yg working normal hours as org lain, bagi mama ini adalah berita gembira...

HAH?Berita gembira??
Yes dear...you tak salah baca or mata you tak salah pandang. Memang mama happy sgt dapat hidup as a normal person (statement mcm tuan puteri le pulok)...
Mama antara org pertama yg volunteer untuk masuk unit ni walaupun tahu risiko utk di'overloaded' dgn kerja amat la jelas sekali...dah mereng ke hapa mama ni...muaakakakaka....

Maka starting from 1st February 2009 ni mama akan kembali bekerja office hour...5 hari kerja dan 2 hari cuti. Sebelum ni mama kerja syift hour...6 hari kerja and 4 hari cuti...best kan???

Memang la mama sayang bangat dengan cuti yg 4 hari tu tapi demi masa depan family mama sanggup korbankan segalanya...

Mama rasa since mama keje syift tu, rumah tangga tak terurus. Masa berkualiti dgn family tu kurang sesangat. Memang kitorg selalu stick together...kalau mama keje syift petang or weekend, papa dgn anak2 akan temankan mama kat opis. Semua akan ikut sekali pegi keje dgn mama...but...that is not a quality time for me. Apalah gunanya bersama tapi mama sibuk dgn kerja, menjawab telefon dan attend breakdown. Anak2 pulak tercongok kat opis sambil main apa saja yg ada. Mama jadi stress dan sangat letih sebab dah la keje, in the meantime kena jugak jaga anak2..(kutitis air mata nih.. :p

Harapan mama, tahun baru ni dan dengan perubahan baru serta pengorbanan mama akan menjadikan kita satu family lebih bahagia...insyaAllah.

At last...I am a normal person....yeeepi....

Comments

luna said…
Salam Asu,
Keluarga memang segala galanya kan Asu..
Take care dear, happy blogging!
Asu Bahiyah said…
betul tu sue...
bak kata boss daku, kalau keje sampai mati pun bukannya org opis yg nak tolong mandikan, kafankan, sembahyankan dan kebumikan mayat kita. family jugak yg akan take care...

Popular posts from this blog

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa