Skip to main content

Hutang Tag Kak Ina --> Laman Impiana

Mama serius malu nak buat tag dari kak ina ni...sebab...laman umah kita kan dah lama tak terurus. Since perut mama membolats preggy kan Farzana, laman umah dah terbiar. Nasib baik semua lantai bersimen, kalau idok mau penuh dgn lalang dan rumput rampai...boleh jadi mcm haunted house gamaknya....ngeh3x.

Hajat dihati bila dah lahir Farzana ni mama nak sambung balik hobby mama --> tanam rumput (read as berkebun ye) tapi dah sibuk2 berBF dan berCD pulak sekrg maka jadilah projek gajah putih. Haippp...mama bukan malas ye, tapi kurang rajin. Betul...dulu mama tanam mcm2, cili, kacang panjang, pandan dan semuanya dah dapat mama makan hasilnya...sawi dan bayam pun pernah try tapi tak menjadi le pulak. So...sekarang ini jelah yg tinggal...sob2x

Kucai
Melur Poko hape ntah namanya
Kucai lagi
Kangkung pun ado
Kunyit dan haliaJapannese roses...my favourite
Dulu mama ada lebih dari sepuluh pasu pokok JR. Sekarang yg tinggal hanya 2 jenis/kaler ni je. Di posting yg lain mama akan tempek gambar semua JR yg mama pernah tanam.
Yg kaler oren ni mintak dari forumer gardening-cari.com
Err...pokok pandan mama pulak dah dibaham dek backhoe bila Syabas buat keje2 penukaran paip air tahun lepas. Sedih acik sebab anak pokok pandan tu susah payah mama ambik/curik panjat pagar umah jiran sebelah kanan yg dah kosong bertahun2. Kat situ hidup subur pulak dia...sekrg pokok induk pun dah takde ditebang/tebas dek owner umah.

Comments

Ina Hashim said…
thanks asu...lawo ijau laman umah asu..ape nak malunya..geram nengok pokok kucai tuuu
Asu Bahiyah said…
kak ina...pokok kucai tu le yg paling senang tumbuh. asu just tabur biji dia pastu biar tak usik2, tgk2 dah tumbuh. rezeki mudah Allah nak bagi...alhamdulillah.

Popular posts from this blog

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...