Ku baru terima email ini...hmmm..nampak macam real kan? Seolah-olah email rasmi dari Maybank. Tapi...jangan tertipu ye...ini adalah email palsu yg meniru pakai logo Maybank bagi tujuan memancing pengguna Maybank2u agar dapat mencuri duit-duit kat dalam akaun kita nanti. Mujur ku memang alert pasal pishing email camni...kalau ku naif/naive a.k.a bodoh-bodoh alang, tak ke lenyap duitku nanti...??
Aduhai kawan-kawan, pengunjung blogku sekelian...Maybank telah mengeluarkan amaran agar jangan sesekali Login akaun internet banking anda dari link-link yang diterima di dalam email. Kalau masih rasa ragu-ragu, jangan segan silu untuk call Maybank Service Centre dan minta pengesahan. Jangan dah terhantuk baru nak tengadah...
Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...
Comments