Thursday, April 30, 2009

Akar Fatimah

Pernah dengar tak pasal akar fatimah? Akar fatimah adalah salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilakn air selusuh. Air selusuh ini diminum oleh ibu yang sedang hamil kononnya bagi memudahkan proses bersalin kelak. Cara untuk membuat air selusuh ini amat mudah, hanya rendamkan akar fatimah di dalam air sehingga kuntumannya kembang lalu air tersebut diminum. Akar ini katanya hanya terdapat di Mekah.

Tahap keberkesanannya tak dapat dipastikan sebab acik ngelat minum benda ni...tak tahan dengan baunya yang seakan-akan air banjir/bau kayu yang masam akibat terendam dalam air...boleh imejin??? Tekak ni tak boleh terima langsung...aku minum sekali teguk je pastu yang lelain selamat ke sinki.

Beginilah rupanya akar fatimah. Kuntuman tu saiznya kurang sedikit dari buah epal Fiji. Macam mana pokok akar fatimah ni agaknya ye???


No comments:

Related Posts with Thumbnails