Skip to main content

Warna Kehidupan: Kerja rumah tugas siapa?

Budaya Melayu meletakkan isteri, Islam menegaskan tanggungjawab suami

BUKU Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor karya Datuk Syed Alawi Tahir al-Haddad, cetakan ketiga yang diterbitkan pada 1981 menyatakan tidak wajib atas isteri menjalankan kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan.

Sekiranya isteri melakukan semua itu, mereka berhak menuntut gantian dengan harga sebagai upah dan penulisnya menerusi buku itu menjelaskan, kewajipan isteri hanya taat kepada suami bagi memuaskan kehendaknya dan tinggal dalam rumah serta tidak boleh keluar tanpa izin.

Maklumat ini yang tertera dalam halaman 184 hingga 185, pasti mengejutkan pembaca yang kurang arif berhubung perkara terbabit atau tidak pernah mendengarnya sebelum ini, selain perkara sedemikian akan dilihat sebagai di luar kebiasaan atau dayus jika dilihat daripada kaca mata budaya Melayu.

Ini kerana menjadi adat resam dan budaya dalam masyarakat Melayu sejak berzaman, isteri akan bertanggungjawab menguruskan segala kerja rumah manakala tugas berat dibantu suami yang tugas utamanya mencari nafkah demi kelangsungan seisi keluarga.

Bagaimanapun perubahan zaman, kini menyaksikan sesetengah suami dalam masyarakat Melayu sudah mula pandai berkongsi tanggungjawab melaksanakan kerja rumah tangga apatah lagi, isteri kini turut membantu memperkukuhkan ekonomi keluarga dengan sedia bekerja atau berniaga. Malahan, pencapaian wanita yang lebih menggalakkan dalam pendidikan pada era kini memungkinkan mereka menjawat jawatan penting dan gaji lumayan, lalu masalah mendapatkan pembantu rumah bertanggungjawab dalam menguruskan anak dan rumah, memaksa sesetengah suami kelompok ini melepaskan jawatan dan menguruskan rumah tangga.

Pensyarah Psikologi Perkembangan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Asmah Bee Md Noor, berkata senario suami mula membantu isteri melakukan kerja rumah dan suami sepenuh masa dapat membantu ke arah pembentukan institusi kekeluargaan yang sihat.

“Senario ini bukan lagi kejanggalan bagi masyarakat Malaysia termasuk Melayu kerana situasi wanita berkahwin dengan lelaki berpendapatan lebih rendah menuntut perubahan sebegini. Tidak salah wanita memegang tanggungjawab mencari nafkah keluarga selagi mereka ikhlas untuk membantu,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi, baru-baru ini.

Baginya, budaya Melayu yang meletakkan tanggungjawab mengurus rumah tangga di bahu wanita hingga menyebabkan golongan Adam menganggap tugas mereka terhad kepada menyara keluarga dan tugas itu kekal, meskipun mereka menyumbang ke arah memantapkan ekonomi keluarga dengan bekerja. Justeru, golongan suami dinasihatkan agar memahami keupayaan wanita dengan tidak membiarkan mereka tertekan kerana fizikal wanita terhad kepada sesetengah perkara saja berbanding lelaki serta perlu ringan tulang dalam pelaksanaan tugas rumah tangga.

“Ibu bapa wajar mendidik anak pada peringkat awal perkembangan mereka bahawa setiap tugas dalam rumah tangga tanggungjawab bersama dan boleh bertukar. Tanggapan bahawa wanita bertanggungjawab sepenuhnya dalam tugas rumah perlu diperbetulkan dengan mengadakan seminar kekeluargaan dan menyelitkannya dalam kursus perkahwinan,” jelasnya.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam (Api), Universiti Malaya (UM), Prof Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, mengakui bahawa tanggungjawab mencari nafkah keluarga sewajarnya dipegang suami selaku ketua dalam rumah tangga, tetapi tidak bermakna mereka wajar membiarkan isteri bersendirian dalam menguruskan kerja rumah.

“Sebenarnya agama Islam mempertanggungjawab kan suami melaksanakan urusan rumah tangga. Pemikiran masyarakat Melayu yang lebih mengutamakan budaya berbanding ajaran agama Islam menyebabkan masyarakat Melayu sering terlepas pandang perkara ini,” ujarnya.

Baginya, salah tanggap berhubung tugas rumah tangga boleh diatasi dengan memberi penjelasan secara mendalam berhubung perkara terbabit kepada masyarakat bersandarkan ajaran agama Islam sebenarnya, tanpa dipengaruhi unsur budaya bagi mengelakkan wanita daripada memegang tanggungjawab lebih daripada sepatutnya.

“ Ada sesetengah suami enggan membantu isteri kerana takut dituduh menurut telunjuk isteri. Suami perlu mengetepikan perasaan malu dan ego dalam membantu isteri menguruskan rumah tangga. Mereka tidak sedar fungsi mereka dalam pembentukan keluarga sebenarnya lebih besar,” jelasnya.

Comments

yantz-yeem said…
info yg sgt bagus...harus kena bagi para suami baca nih...heheheh
salam ziarah...
jom join contest kat blog saya...
Asu Bahiyah said…
itulah tujuannya saya post kat blog, boleh dikongsi sesama insan...
amir_rwg said…
mcm segelintir org arab la...lelaki buat semua....
bini cuma mengangkang jer....

bagi aku..benda ni tk kira lelaki ke perempuan...buat dgn rasa tanggung jawab..buat dgn ikhlas...kalo buat tk ikhlas pun tak guna.....kalo lelaki rasa malas..perempuan buat...kalao perempuan malas...lelaki buat..kalo dua2 malas...neng indon ke neng philipine buat...
he...he....he...
Asu Bahiyah said…
amir...tapi aku mmg setuju tang dia kata suami2 hari ini kebanyakannya dah mula sedar dah ringan tulang tolong isteri.

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma