Skip to main content

Naik train, bas dan aeroplane

Posting yang sudah kan mama ada sebut yang kita nak balik kampung mama tok, ada keje kahwin my BIL...well...seminggu dah berlalu, perjalanannya sungguh mencabar sebab mama terpaksa travel dengan 2 org anak kecil naik train (putra lrt), naik bas (skybus) dan naik aeroplane (airasia le...) untuk sampai ke kampung. Nasib baik naik aeroplane, sekejap je dah sampai ke destinasi. Kalaulah mama kena naik bas balik kampung MIL tu...ya ampun, dah la jauh amat, lama betul kena duk dalam bas. Yang paling mama risau adakah anak2 mama ni akan behave sepanjang jalan???

Papa memang dah ada di kampung sebab kebetulan ada keje/outstation kat sana so mama dgn anak2 jelah yg travel dari KL. Bayangkan mama sedang mengendong seorang bayi dengan memimpin tangan seorang kanak2 sambil cuba2 memuatkan diri ke dalam putra lrt yg sedang sarat dgn penumpang. Pheww....nasib baik semuanya ok dan perjalanannya pun tak jauh sgt, hanya dari stesen Abdullah Hukum ke KL Sentral. Yang paling happy is kakak la sebab dapat naik semua transport tu. Memang dia dah lama asyik bertanya2 kat mama bila kita nak naik train, bas dan aeroplane lagi...last time was 2 years back rasanya, masa kita pegi Kuala Terengganu coti2 sebab papa outstation kat sana. Masa tu tak la struggled sangat camni sebab mama hanya handle kakak sorang je.

But this time....memang letih gila sampai masa kat LCCT tu mama dah tak larat nak queue untuk naik aeroplane tu...mama biar je semua org jalan dulu, bila semua org dah lepas baru mama serahkan gate pass tu untuk jalan kaki ke flight. Wei...dah la kena jalan kaki pastu ujan renyai2 pulak tu...nasib baik ada penumpang yg baik hati suruh mama pegi naik dulu so mama pun potong queue untuk naik tangga tu, panjang tau...plus kena pegang payung lagi sebab ujan. Apa boleh buat...terima ajelah semua tu kalau nak tambang murah (actually tiket kitorg time tu mahal le jugak)

Serik??? Oh no, no, no...actually mama enjoy the travel and I love travelling. Mama suka tgk tempat org, kenal nama2 tempat dan merayap ke tempat2 yg istimewa kat situ mcm istana/kubu lama, air terjun, taman rekreasi, gua or apa2 aje. But marrying papa, mama dah jarang sgt buat semua tu sebab papa tak minat merayap. For him, tempat2 tu is "bukan ada apa2 pun", the most jerking reason I heard from him. Pantai Cherating pun mama tak pernah pegi even dah berpuluh-puluh kali kitorg lalu lalang kat situ!!! Arghhh.....bengkek beb.

Next year mama dah paksa papa untuk bawak kitorg pegi Kuching and I will planned a superb itinery in order to make him suka travel like me....so papa....watch out...hehehhehe

Pinjam gambar aeroplane MAS

Comments

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...