Skip to main content

Terasa sunyi...



Korang pernah tak rasa macam yang aku rasa sekarang?? Aku rasa sunyi sangat.

Sejak aku dah jarang-jarang sekali jengah forum breastfeeding di http://www.cari.com.my/ gara-gara opis aku yang suka blocked internet access sana sini sinun, aku rasa macam dah kehilangan kawan-kawan seperjuangan.

Sesungguhnya dalam hidup realiti ni pun aku tak le ramai sangat kawan yang rapat. Kawan-kawan sekolah pun hanya setakat bertanya khabar dari friendster, email dan facebook je. Kemudian aku berkecimpung dalam bidang per"forum"an dan dapat jumpa ramai mommies yang sama-sama berjuang untuk menyusukan anakanda tercinta dengan susu ibu.

Pada saat tu aku rasa sangat bahagia, dikelilingi oleh teman-teman yang sangat supportive dan sporting walapun tak pernah bersua muka (hanya pernah jumpa Aja dan Sue je). Hari-hari mesti aku nak membelek forum untuk membaca perkembangan terkini semua mommies... owh...indahnya dunia...

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya gerimis mengundang...ehceh...layan...

Bila aku tak lagi boleh berforum ketika waktu pejabat/siang (aku berforum sambil buat keje la weih..), aku mula missed track setiap sahabat-sahabat cyber ku. Dan akhirnya aku terasa seperti sudah dilupakan...huhuhuhu...sedihnya...

Hanya group kutu untuk Medela swing yang menjadi penghubungku dengan dunia forum sebulan sekali (time kutip duit le tu...hehehe). Lagi buat aku sedih ialah bulan ini adalah bulan terakhirku menjadi cheti tak bergaji. Group kutu Swing kitorg akan tamat sudah...adeih... sedih lagi...

Akhirnya apa yang tinggal hanyalah blog bisu tempat aku meluahkan ceritera...ntah ada ke org yang tengok blog aku ni???

layan...

Sekian...blues dari aku sesambil tengah layan anak2 tengok Upin&Ipin.

Comments

Ina Hashim said…
wenduuuu kat asuuuuuuuuu
Asu Bahiyah said…
kak ina....sesungguhnya asu amat rindu kat mommies semua...muahhhh
Nieza Ishak said…
Asu, nieza pun sama ..

masing2 ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan .. huhuhuhu.

Blog jerk penghubung persahabatan kita .. ye dakk????

sib baik ada blog tempat meluah perasaan ...
Asu Bahiyah said…
nieza...betul ya amat apa yang nieza cakap tu...200%
huwaaa....sedey nyer...
sabar yer dear..
Asu Bahiyah said…
aja...memang tengah sabar ni....

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...