Skip to main content

Debaran

Haish...dada aku berdebar-debar nih, sekejap lagi dalam pukul 3 nak buat birthday celebration untuk Fatini. Macam-macam aku fikir kat dalam kepala, sampai tahap serabut dah....mental betul achik....hihihihi...Berdebar-debar macam nak nikah pulak...kuang,kuang,kuang.

Aku terfikir cukup ke kek tu nanti?
Happy tak diorang dengan party pack aku?
Puas hati tak Fatini dengan persediaan yang aku buat ni?
Adakah majlis tu akan berjalan dengan lancar?

Tengok achik ni, mental tak tentu pasal....tu baru buat birthday anak je dah takleh tido malam. Kalau dah sampai time nak buat kenduri kahwin dia esok agaknya sebulan aku jadi burung hantu kot. Normal ke aku ni?

Korang ada perasaan camni jugak tak?

Comments

haza said…
kalah mak pengantin pkir persediaan kawen anak ye.. hehehe.. INsyaAllah cukup..moga dipermudahkan..amin
Ira said…
itu le.. camtulah jd mak kan? ku masa ayna nye 1st b'day pun camtu gak.. ku lak riso kalo2 owang x mau dtg.. huhu..
ummi said…
so, how it went? pic pleaseeeee
Asu Bahiyah said…
kak mon...asu dah update kat entry baru. Alhamdulillah...lega rasanya dah lepas bebanan.
Asu Bahiyah said…
haza/mitu...itulah kan...silap-silap emak dia yang gelabah macam pengantin baru
Asu Bahiyah said…
Ira...aku masa buat birthday kat umah tahun-tahun yang lepas memang risau orang tak datang jugak. Kali ni buat kat sekolah, dah confirm bebudak tu ada...benda lain pulak la menyemak kat kepala ni

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...