Skip to main content

Dilema seorang ibu

hahahaha....tajuk poyo je...

The story goes like this la...



Esok birthday Fatini, sambutan akan dibuat kat sekolah dia (tadika actually). Dari awal tahun sampai la ke hari ni dah ramai la bebudak sekolah dia yang dah buat birthday celebration kat sekolah. Macam-macam jenis goodies bag yang dia bawak balik, ada yang isi jajan, toys dan lain-lain lagi ikut kemampuan parents. They will have the candle blowing and cake cutting also at their dewan makan, beramai-ramai sambut kat situ. Semua student includes dari umur 4 tahun hingga ke 6 tahun, in total 120 orang student...wow...mantop punya celebration ni.

Fatini awal-awal lagi dah request nak birthday cake theme Upin&Ipin. Memula tu aku dah order cup cakes dengan edible image Upin&Ipin tapi aku tukar plan lepas consult dengan hubby aku. Yelah...kalau cup cakes with edible image, sebijik harganya dah RM2.50 - RM2.80 so kalau 120 orang dah makan budget RM300. Itu hanya untuk student, tak termasuk cikgu-cikgi dan sanak sedara terdekat lagi. Busuk-busuk pun aku kena order 150-175 biji (1 set ada 25 biji) so budget untuk cup cakes je dah RM375 - RM437.50. Huh....banyak tu...belum masuk goodies bag/party pack lagi...bankrap mak weih....last-last aku tukar dari cup cakes kepada kek 3kg je but still with Upin&Ipin edible image. Nasib baik Fatini tak kisah beb...kalau dia taknak, haru-biru nak melayan kehendak minah kecik ni. Cup cakes aku hanya order 50 biji untuk bagi kat kaum kerabat je.

Untuk party pack ni satu hal lagi aku pening...apa nak bagi weih kepada 120 orang student tanpa meng"kopak"kan beg duit aku??? Kalau aku bagi yang cikai-cikai sangat kesian pulak kat bebudak tu, tak sampai hati pulak. Nak bagi jajan pun aku tak suka sangat, kita orang tua pulak duk ajar bebudak tu makan jajan banyak-banyak....tak baik untuk kesihatan. Round punya round, survey punya survey, google punya google so aku dapat idea...aku bagi pensel tulis yang kaler fancy-fancy (bebudak mesti la suka kan), sharpener, belon dan sweets beberapa biji. Okay la tu kan? Aku ingat nak bagi notepad sekali tapi tak jumpa yang within budget...highlight sekali lagi...nak cater 120 orang beb...ramai tu...

huh....anak yang nak sambut birthday, emak dia yang gelisah perut. Aku dah start preparation ni dari sebulan yang lalu...yelah, nak survey-survey tu, nak google-google. Pening achik...infact malam semalam achik susah tido weih...kalau boleh aku nak semuanya perfect tapi disebabkan budget terhad so aku buat ala kadar jelah. Ala kadar??? Ini budget paling besar aku spend untuk birthday dia tau but yet semuanya simple-simple je. Nak buat camne, kalau sambutan tu hanya 50-60 orang je boleh la aku bagi lebih sikit.

Tomorrow was the big day...hopefully semuanya akan berjalan lancar. Achik siap amik cuti tau esok, nak prepare apa-apa lagi yang tertinggal.


To Fatini, if you read this when you have grown up....semoga kakak tahu bahawa mama amat sayangkan anak-anak mama walau pun mama seorang ibu yang garang. I want only the best for my kids.

Comments

ena said…
dear... ku rasa pensel tak payah kot?? nanti bebudaks tu memain.. tak pasal2 tercucuk plak...

huhu just my 2 cents
ummi said…
pensil akak rasa ok. cari yang ada benda gedik2 kat atas nun ataupun yang ada katun tgh top sekarang. transformers ke. kalau girls tu biasalah, barbie.. princess2 ni kan. the rest tu i'd suggest just food. kismis kotak kecik2 tu ke. kasi buah pun ok. jelly ke, swiss roll kecik2 tu ke. sekali sekala berhabis takpe,.. niat sedekah/hadiah. insyaAllah murah rezeki.

nway, happy birthday darling.
Asu Bahiyah said…
ena...aku dah beli la pensel tu...dah terlambat..kekekekeke
Asu Bahiyah said…
kismis ye kak ina...apesal la saya tak terfikir pulak ye...next time saya bagi ismis la kak, tahun depan dilema sekali lagi ni
ummi said…
itu kak mon la.... sama2 ummi hu hu
Asu Bahiyah said…
hahaha...kak mon....gue lupe...lupe daratan. Inilah bahana taknak check profile...hehehehe...

Popular posts from this blog

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa