Skip to main content

Family Day 2009

Semalam hari Sabtu 18 Julai 2009, ada Family Day company aku. Takde la buat hebat-hebat sangat, setakat kat kompleks sukan company je....maklumlah, warga kerja kat area lembah kelang je dah 12,000 orang. Kalau dibuatnya kat Sunway Lagoon, mau kopak duit company nak bayar tiket masuk....itu baru tiket masuk, belum kira bab makan dan goodies bag lagi.

Goodies bag bagi tahun ni kitorang dapat sling bag, towel dan biskut Julies kat dalam rectagular tupperware. Aku tak pernah nampak lagi biskut yang packaging dia dalam tupperware yang camni kat supermarket. Julies ni memang dah jadi sponsor tetap tiap-tiap kali company aku buat family day. Untuk breakfirst kitorang dihidangkan dengan nasi goreng manakala lunch pulak dapat la KFC sekotak untuk setiap family. Dalam kotak tu ada 3 ketul OR ayam goreng dan 2 Zinger burger tapi aku perasan burger dia ni macam kecik sikit saiznya. Anyway tak kisah la...janji free....hahahahhaha.

Poco-poco dancing
Let's get dancing everybody
Masa majlis perasmian tu selalunya akan ada senamrobik tapi tahun ni digantikan dengan tarian poco-poco. Meriah jugak la sambutan warga kerja, si Farzana ni pun sibuk menari poco-poco jugak tau. Yang kelakarnya ada la sorang budak lelaki ni, dia punya asyik masyuk menari sampai dah tak tengok keliling dah...sorang-sorang dia pun layan....pecah perut aku ketawa tengok dia., dah macam breakdance pulak jadinya.

The boy yang tengah layan breakdance

Ada macam-macam aktiviti disediakan termasuk fun games tapi aku tak join sebab terpaksa babysit bebudak dua orang ni, hubby aku tak pegi sebab dia outstation beb...letih aku layan Fatini dengan Farzana, nasib baik la Farzana nak duduk dalam stroller dia.
Satu je yang aku buat kat situ....naik kuda beb. Aku naik dengan Farzana. Masa dia tengok kuda-kuda tu passing by, dia punyalah excited menegur kuda-kuda tu so aku pun qeue la nak naik, nak bagi experience kat dia get closed to horses. Alih-alih by the time dah naik atas kuda tu Farzana ni dah start nangis.....hahahaha...takut rupanya. Tapi kitorang naik jugak satu round walaupun dia nangis kat atas tu...hehehehehe...kejam tak? Kes Fatini lagi teruk, beria-ia beratur pastu siap demand nak naik poney sebab dia scary tengok kuda tu tinggi-tinggi belaka. Bila sampai turn dia dan dapat pulak turn si poney seekor tu, dia pulak nangis meroyan takmo naik....hhhiiiiiii.....malu achik kat orang ramai yang sama-sama beratur kat situ. Gambar naik kuda takde sebab sapa nak snap kan...achik kan datang dengan anak-anak je...huhuhuhu....

Acara cabutan bertuah pulak memang la achik ni tak bertuah...nombor-nombor yang kena tu siap sipi-sipi plus minus 1 angka dari nombor achik.....weih, sapa tak bengkek beb. Lastly pulang dengan tangan kosong jelah walaupun cabutan bertuah tu ada 200 hadiah lagi tau.....memang tak bertuah.

Lepas lunch tu ada konsert kat dalam kompleks tertutup so sejuk la sikitt kat dalam tu ada aircond. Aku stay kat dalam tu sejam kot sebab boring la...katanya ada artis AF yang akan datang tapi aku blah jugak sebab aku tak minat sangat dengan AF. Kalau korang tanya nama peserta AF musim yang terbaru hari tu (musim ke berapa yek?)...sorang pun achik tatau...

Masuk dalam kereta nak balik umah, dedua gegirl ni pun pengsan sampai ke destinasi. Letih sangat la tu...tapi walau pun letih, semua orang enjoyed dan happy.

Comments

Popular posts from this blog

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...