Wednesday, July 8, 2009

Musim demam kembali

Rumah kami bersuasana murung berikutan virus demam yang kembali menyerang. Mangsa pertama adalah Fatini di ikuti dengan aku sendiri, dan kemudian Farzana pula menyusul.

Hari ni terpaksalah aku ambil EL (emergency leave) berikutan kedua-dua anak daraku ini demam serentak. Nampaknya ubat yang dimakan hanya dapat bertahan kurang dari 1 jam. Selepas dari tempoh tu, suhu badan mereka kembali meninggi. Aku sentiasa monitor suhu badan diorg setiap satu atau 2 jam.

Yang paling meletihkan adalah acara berperang ketika sesi makan ubat untuk Fatini dan rengekan sepanjang masa si Farzana.

Semoga anak-anakku cepat sembuh dan happy semula...amin....

nota kaki: cuti tahunanku dah tinggal sisa-sisa....camno nak raya?

2 comments:

Ina Hashim said...

Semoga cepat sembuh...

Bahiyah Yunus said...

thanks kak ina...menjaga anak-anak yang sakit ni sungguh mencabar, mak diorg pun sampai demam jugak semalam

Related Posts with Thumbnails