Skip to main content

Sejarah susu Fatini

Tajuk macam gempak je kan???

Sebenarnya aku nak story pasal susu-susu yang Fatini pernah minum dari baby sampailah sekarang, almost 5yo. Still minum susu?? Yes, susu kan penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Aku nak dia membesar bagai johan (walaupun dia kurus kering je) dan otak dia dapat segala khasiat DHA,AHA dan berbagai AAA lagi yang terkandung kat dalam susu tu.

"Dah 5 tahun pun minum susu lagi?"

"Eee...tak malu la, dah besar pun minum susu lagi"

Ini antara ayat-ayat yang selalu aku dapat komen bila diorang tahu Fatini masih minum susu. Ini la adat melayu, ingat bila anak tu dah umur 2 atau 3 tahun so dia dah tak perlu susu lagi. Atas sebab ni jugak la ramai orang melayu dapat penyakit macam-macam terutamanya gigi mereput dan osteoperosis.

Aku cukup pantang kalau orang duk paksa-paksa aku stop kan susu Fatini. Sampaikan aku pernah sound MIL aku (ni kes dah panas sangat telinga la ni), aku cakap kat dia...

" susu ni perlu untuk kita seumur hidup, bukannya untuk baby je"

Aku ada cakap lagi...

"sebab tu Fatini tinggi, dia suka minum susu"

well, my MIL tu renek orangnya so aku rasa dia mesti panas bontot dengan statement aku tu...*grin*

Okey, back to the original topic...

Selepas melahirkan Fatini, aku menyusukan dia dengan susu badan tapi tak lama. Masa tu ilmu aku sangatlah ceteknya. Hanya bergantung kepada panduan orang2 tua, kakak2 dan kawan2 yg bagi anak diorang minum susu tin. Emak dan MIL pun tak mendorong aku ke arah penyusuan susu ibu sepenuhnya, so lepas habis pantang je Fatini telah fully bottled feed with susu Snow Brand.

Emak aku sendiri menyusukan anak2 dia yang 8 orang semuanya kecuali aku (no wonder aku ni bengap sket...hehehe), senang kira 7 org menyusu dan sorang lagi tidak. Namun atas sebab susunya sudah tidak terhasil lagi apabila melahirkan aku 29 tahun dulu maka jadilah aku anak susuan lembu sedari baby. Sedih tau tapi aku tetap sayang mak. Aku faham kenapa dia tak boleh menyusukan aku dulu.

Alkisah masa naik kerja memang breast aku terasa sakit/enggored tapi aku memang tak tahu langsung yang kita boleh pump and stored breast milk macam yang aku buat sekarang untuk Farzana. Aduh...memang rugi gila beb, pastu disebabkan Fatini dah bottled feed so dia reject direct feed. Lastly susu pun takdak dan aku tak pulak rasa terkilan takleh menyusu dia...naifnya aku time tu.

Semasa Fatini berumur 1yo, kitorang tukarkan susu dia kepada Anmum Essential 1+ Plain Flavour. Sebelum tu dah banyak sample-sample susu kitorang ambik dan try bagi kat dia tapi dia reject taste susu-susu tu. Tak sangka pulak susu Anmum Essential ni dia nak minum so we all stick to that brand until 4yo ++. Of course la kitorang tukarkan her milk to Anmum Essential 3+ pulak. Masa memula dia minum susu ni penat kitorang melayan dia tak tido malam. Dia jadi terlalu aktif dan sentiasa nak main dan explore sana-sini. Hampir-hampir sebulan jugak benda ni jadi, lama-lama dia dah back to normal. I guess all the AAA ingredient to yang membuatkan otak dia sentiasa bekerja.


Currently we all baru tukar susu baru untuk Fatini.

Kenapa?? Sebab aku rasa Anmum Essential no more works wonder on my daughter. She is slowing down in learning progress, maybe she need extra AAA power factor to suite her 5yo brain. Survey punya survey, test punya test (tough job to get her to taste a new milk) akhirnya dia boleh terima kehadiran susu Enfakid A+ (got some extra A on the name huh).


Susu ni dah almost 2 bulan dia minum, nampak sedikit kesan positif. She manage to transfer herself from class 5(III) to 5(I) class. Boleh tahan kan?
Tapi, biar susu brand apa sekali pun yang anak-anak kita minum still cannot beat the wonders of breast milk. That is my goal, to breastfeed Farzana as long as I can, untill a cannot making milk anymore....hey ladies, I am a superwomen. Did you??

Comments

Nieza Ishak said…
ya betul ...
nieza setuju ...
dah memang mintak pandangan2 & dah survey2 dgn otai2 ada anak yg sekolah ..

Nieza akan start enfagrow bila suffiya dah start belajar nanti mungkin bila 4 @ 5 years old... Masa tue otak dia perlukan 'pick up' hahahah ....

Yurppp .. pasal aktiff tue ... mmg betuiiii .. adoiii tp takpe la elok utk dia jugak ...
Asu Bahiyah said…
apa yang penting...kerjasama.... biar la minum susu semahal mana pun tapi kalau takde bimbingan dari ibubapa tetap takkan berjaya...betul tak?

Popular posts from this blog

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa