Skip to main content

Wanita sering ditipu

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."

Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.

" Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah..


Ihsan dari : Kak Salwani...TQVM

Comments

Popular posts from this blog

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...