Skip to main content

World Of Geng

Jalan-jalan di hari Sabtu and kitorang ke World Of Geng tadi, membeli cenderahati/barangan Upin&Ipin untuk hadiah birthday Nur Fatini. Actually birthday Fatini hujung bulan Julai ni (29th July to be exact) tapi dia dah eagerly nak hadiah birthday dia, buku Upin&Ipin. So lepas makan tengahari di Anjung Merah II, kitorang pun heading to...


Plan asal sebenarnya nak belikan dia basikal. Kesian tengok dia still paddling the old tricycle, hadiah birthday dia masa umur 1 year but she insisted nak buku Upin&Ipin pulak. Hmmm....ikut suka kakak lah....


We all masuk ke kedai World of Geng dengan harapan dapat la beli Upin&Ipin colouring or activity books, malangnya takde le pulok. Yang ada hanya pocket note book yang kecik dan note book yang sebesar buku latihan sekolah tu. Yang kecik harganya RM2.50 dan yang besar tu RM8 rasanya(achik dah nyanyuk la tu).

T-shirt ada banyak pilihan dari budak umur 1 tahun sampailah untuk org dewasa. Beg Upin&Ipin pulak ada 2 types, satu tu beg sekolah dan satu lagi backpack. Ada macam-macam jugak merchandise dia, cap, pen, pencil case, wrapping paper, button, stickers dan lain-lain. Kalau nak tengok, silalah berkunjung sendiri ke...


World Of Geng

No. 5, Jalan Boling Padang G13/G,

Section 13,40100,Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: +603 - 5511 9905

Fax: +603 - 5511 0121


Hehehe...ku jadi promoter tak bergaji....bukannya apa, aku sedang berusaha keras sertai kempen "Beli Barangan Buatan Malaysia". Finally, ini hasil "tangkapan" sebentar tadi...


Pocket note book


Backpack


Pencil case ni aku beli dari sebuah kedai, bukan dari WOG. Masa nak beli tu aku tanya la penjual tu... "ini official merchandise ke?" Dia cakap..."kita jual yang ori kak, supermarket macam Jusco pun jual yang macam ni kak". Masa tu aku belum pegi WOG lagi so tak tau la pencil case yang original tu rupanya macam mana. Sekali dah pegi tadi baru le aku tau...tipah tertipu rupanya...grrrr. Aku bengang betul la...kalau tak ori tu cakap jelah....

Comments

Popular posts from this blog

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...