Tadi lepas opis dan melantak McD kat dalam kereta, aku terus je bawak bebudak ni pegi klinik. Tak balik umah dulu pun sebab malas, takut karang dah syok lepak umah terus tak jadi keluar dah. Sampai kat klinik berdekatan umah (umahku jauh dari opis) dalam pukul 7.30++. Klinik tu bukak pukul 8.30 bulan Ramadhan ni so kitorg lepak2 kat dalam kereta dulu sesambil mengunyah lagi apa yg patut. Klinik tu bukak je pendaftaran pukul 8.15, terus aku dan anak2 meluru masuk, berebut beb.
Dah daftar sesambil tunggu tu layan la bebudak ni main buaian kat dalam klinik. Punya la ramai manusia yg sakit, aku pulak lupa nak ambil face mask dari dalam kereta...tawakkal jelah. Ini kes nak berebut-rebut daftar la tadi sampai terlupakan si topeng tu. Aku siap beli sekotak lagi topeng muka ni, yg 3-ply RM20 je for 50pcs.
Dah sampai turn jumpa doktor so aku tunjuk la bintik2 air yg naik kat lutut dan jari kaki Farzana. Doktor Rusna cakap ini kudis api, kena cuci kat bilik dressing. Aku pun kendong la si kecik ni ke bilik sebelah dan baringkan dia.
Memula Farzana okay je, happy lagi dapat baring. Bila nurse tu sapu antiseptik pastu pecah2kan blister tu guna twezer, menjerit la minah ni...pedih you. Jenuh jugak aku pegang kaki tangan dia sementara nak habis pecahkan semua blisters tu. Dah habis pecah semua nurse tu sapukan cream, baru la Farzana diam menangis. Lega agaknya kena cream tu kat blister...soothing je kot.
Balik dari klinik berbekalkan 4 jenis ubat. Krim sapu, antiseptik, ubat tahan gatal dan antibiotik yg mesti dihabiskan dalam tempoh 5 hari. InsyaAllah tak lama lagi sembuh la tu.
Pelik betul la dari mana datangnya kuman kudis api ni. Sepanjang hujung minggu kitorg hanya lepak kat umah sendiri je...cuma ada la dalam satu jam tu aku bertandang ke umah kakak aku kat seberang jalan sinun. Maybe dari situ la agaknya datang kudis api ni, maklumlah anak dia 3 org dah besar (5 - 10 years). Asyik keluar masuk umah ulang2 jelah, maybe terbawak sekali kuman tu dari somewhere else. As for us memang agak cerewet sikit, anak2 stricly main kat dalam umah je. Paling jauh pegi is kat halaman umah, itu pun mesti berkasut dan main permainan yg tidak mengotorkan diri.
So apa aktiviti Fatini kat umah??
Kalau tak pandai-pandai jugak, tak tahu la wahai anakku....and yes, Fatini is a left handed person. Smarter perhaps??
Comments
dia tak korek2 ke blister tu?
anak2 akak mmg pantang nampak longkang atau semak samun, ada aje keje depa
tulis tgn kiri means dia berfikir guna otak kanan kan??