Skip to main content

Pam Trang, Kelantan

Ini oudated post yang dah basi. Masa aku pegi tempat ni dulu aku masih blom ada blog so aku just simpan kat folder lappy je gambar-gambarnya. Tetiba hari ni tergerak aku nak post kat sini sebab aku rasa memori aku pasal Pam Trang ni dah jadi samar-samar, tak lama lagi terlupa terus gamaknya...


Entry kali ni panjang amat sebab banyakkk gambar...kalau rasa boring tu boleh skip la entry ni dan baca posting yang lain...oh, btw the shooting was done by me using my ex-Sony Cybershot DSC P-150. Sayang bangat kat camera ni sebab performance dia tip top, ambik gambar malam pun marvelous even pakai built in flash je. But...sadly I have to letgo sebab nak beli DSLR which then I bought Nikon D40x, budget tak cukup maaa....


Pam Trang ni sebenarnya adalah rumah pam yg mengepam air dari Sungai Renyok, Jeli (kalau tak silap la) ke resevoir Pergau Hidro. Aku pegi Trang ni untuk pasang Nokia nx64k card untuk Cisco router. This happened on 3 July 2007, dah 2 tahun beb...dah banyak fakta yg aku terlupa.


Perjalanan naik yang mencabar, ala-ala 4WD adventure pulak rasanya


Pajero Abg Sanusi tersadai akibat temperature overheated, maklumlah Pajero ni asyik duk dalam bandar je. Sekali kena daki gunung terus dia sangkut.
Memula aku macam.."wah, bestnya dapat experience benda-benda camni, kat tengah-tengah hutan pulak tu". Pastu dah tercongok menanti Land Rover sebijik lagi patah balik punyalah lama, aku dah rasa ketar lutut. Heh..mau tak ketar lutut, harimau pun ada kat sini tau. Dah berapa kali korang dengar orang kena baham dek sang belang tu kat Jeli??? Signal telefon pun takde kat sini, kalau bertuah korang jumpa la orang asli baru keluar dari hutan...itu pun kalau bertuah la...
Pindahkan barang ke Land Rover untuk teruskan perjalanan.


Jalannya udah la mendaki dan curam, bengkang bengkok pulak tu.


Finaly aku jejakkan kaki ke sini,di antara jajahan yg paling mencabar untuk sampai dalam senarai T*B.

Ada air terjun lagi weih, rasa macam nak mandi tapi tempatnya tak sesuai la...


Saluran air masuk ke pam.


Inilah rupa pam air tu, dalam gambar nampak kecik tapi sebenarnya besar gabak. Yang korang nampak ni bahagian atasnya je...


Pump house controller system, boleh control dari sini, dari Pergau Hidro atau dari BGCC.


Ini diorg punya fibre multiplexer, pakai untuk CCTV. Memang canggih tapi rugikan fibre core sebab satu core hanya boleh pakai untuk satu CCTV je.


The router and switch to be installed at Trang.


Modem test, to test the prepared channel quality.


Nokia equipment. Nokia bukan hanya buat handphone je tau...multiplexer equipment pun ado.


Dah malam baru kitorg pack up nak balik, to be continue esoknya. Pegi balik kat Pajero Abg Sanusi yg tersadai tu, naik dan bawak turun. Time nak turun laju je si Pajero ni, nak naik je dia sengal sikit. Anyway kitorg selamat sampai kat bawah dan balik ke hotel memasing. Esok ada lagi hari yang mencabar sebab nak kena repeat naik ke Pam Trang tu.


Ini van company yg dah leaking radiatornya akibat dilenjan naik gunung Trang semalam. Hari ni dah takleh naik, kena hantar gi klinik kereta.

Hari kedua naik Trang, sekali lagi Pajero Abg Sanusi sudah naik marah. Kitorg berhenti halfway dan sambung pendakian naik Land Rover.

Dah selesai kerja kat Pam Trang kitorg pun beransur balik. On the way balik tu singgah makan late lunch (yg dah tapau dari sebelum naik lagi) kat...

Mini Hidro Sungai Renyok. Tapi mini hidro ni dah tak jalan sebab dah ada Hidro Power Station. Ianya hanya sebagai backup yg akan digunakan apabila perlu kelak. Sama kes macam mini hidro kat Bentong (ke Raub ek?) yg dah kembali beroperasi semula.



Ada hidro station of coz la ada air terjun...nice view dan airnya sojuk sekali...


Next entry was sambungan dari kerja-kerja Trang ni tapi kat Pergau Power Station pulak. Lagi satu experience yg menarik dalam kerjaya aku sebab power station ni kat bawah tanah...lebih tepat, kat bawah Lebuhraya Jeli-Gerik.

Comments

ummi said…
hasben akak dgn fibrecomm. ada kaitan dgn TNB kan. dia br je dpt passport niosh.
Asu Bahiyah said…
laa...keje fibrecomm ke? saya selalu berurusan dgn NOC diorg. entah2 saya kenal tak?

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...