Skip to main content

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas.


Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah.


Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak macam botol air budak tadika tu. Aku sendiri masa tu baru sekolah menengah tingkatan 2. Kalau tak silap aku masa tu Kelantan belum terima siaran TV3 pun.


Gambar-gambar kat galeri.



Sept. 1996 - Lokasi: Kolam pengatur saliran. Kerja pembinaan terowong ekor air. Terowong ini berukuran 2780m panjang, garis pusat 6 meterbersalutkan konkrit. Terowong ini disambungkan daripada mainfold ekor air ke terowong air keluar dan seterusnya ke kolam pengatur aliran.



25 Jun 1995 - Lokasi: Pemasuk air utama semasa pembinaan. Ianya merupakan satu struktur alurmasuk dan terowong berkonkrit bagi mengalirkan air takungan melalui terowong tekanan tinggi ke stesen janakuasa bawah tanah di Kg. Lawar.





25 Okt. 1995 - Lokasi: Underground powerhouse complex. Kerja-kerja pemasangan steel liner untuk terowong "headrace" tekanan tinggi.



Jalan masuk utama ke rumah janakuasa bawah tanah.





Kerja-kerja memecahkan batu terowong utama menggunakan kaedah letupan.





23 April 1994 - Lokasi: Komplek rumah janakuasa bawah tanah. Kerja penyediaan tapak sedang giat dijalankan untuk pemasangan 4 unit janakuasa Pergau dengan rated kapasiti 166.7 MVA, 150MW, 16kV talian voltan, 428.57 rpm, 50Hz setiap satu.




13 Ogos 1994 - Lokasi: Rumah janakuasa semasa pembinaan. Rumah janakuasa berukuran panjang 96m, lebar 3om dan tinggi 37m mengandungi 4 turbin untuk penjanaan kuasa. Ianya mempunyai ruang memunggah (bengkel, stor) dan ruang perkhidmatan (bilik kawalan dll).



Model stesen janakuasa - menunjukkan bumbung stesen janakuasa adalah sedalam 133m dari aras bumi dan terowong tekanan tinggi pula adalah pada kedudukan 526m.






23 Mac 2000 - Lokasi: Jalan masuk (Kg. Lawar) ke Stesen Janaelektrik Sultan Ismail Petra, Pergau (2 km dari stesen).



28 Okt. 1995 - Lokasi: Underground powerhouse complex. Kerja-kerja pemasangan steel liner untuk terowong "headrace" tekanan tinggi. Selepas itu struktur ini ditanam ke dalam konkrit dan pada masa ini ianya tertanam dan tidak kelihatan lagi.




Model underground powerhouse complex.


Underground powerhouse complex.




Pintu masuk terowong ke stesen janakuasa. Hanya struktur ini yang akan kelihatan di permukaan bumi, yang selebihnya berada di bawah tanah.



Beginilah permandangan Underground powerhouse complex sekarang. Gambar kurang memuaskan kerana suasana agak gelap dan ianya diambil hanya menggunakan sebuah compact digital camera.







Proved that I have been there.





One of the turbine...besar ya amat.



Bergambar di depan turbine.




Pintu masuk air bertekanan tinggi. Yang ini pun besar betul, lebih tinggi dari manusia.




Mendengar penerangan dari jurutera kawalan.




Alsthom atau lebih dikenali sebagai Alcatel, dan sekarang telah menjadi Alcatel Lucent. Segitiga tu trademark diorang tapi sekarang dah takdo.


Terowong utama untuk jalan keluar masuk rumah janakuasa.


The 3 phase, red-yellow-blue.



Teratur dan kemas. Stesen ini telah memenangi SEMS audit beberapa kali.


Bergambar sebelum bergerak keluar.


Bergambar di pintu masuk utama.








Kita minum dulu....hehehehe.

Comments

Unknown said…
menarik...kitorang pon akan melawat ke sana pda bulan 10 sept nti...
Asu Bahiyah said…
memang menarik...masuk dalam powerhouse tu rasa macam kat dunia lain je...
Anonymous said…
boleh sesiapa bagi detail x pasal pergau Power station untuk mini projek saya.... please
Asu Bahiyah said…
Dear Anonymous...

Jenis info yg bagaimana yg awak nak? I will try my best to help you..
Anonymous said…
Assalamualaikum..nk tnya sket..awk ada alamat n no. phone kt sana x?sy mcm berminatla nk buat praktikal kt sana..
Anonymous said…
salam.. ada x info pasal properties of soil kt pergau dam?
Unknown said…
dimana boleh saya tahu maklumat mengenai empangan pergau ni?

Popular posts from this blog

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa