Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Cerita Pasal Susu Ibu

Sedih betul kalau dikenang production susu aku sekarang...setiap hari aku terpaksa top up dengan stock beku satu atau dua ketul. Jarang-jarang sekali aku dapat memenuhi keperluan harian Farzana di taska. Umpama mimpi kalau aku dapat hasil yg boleh dijadikan stock. Semua mimpi ngeri ni bermula ketika bulan puasa tempohari. Pada masa tu memang hasil perahan amat merosot akibat kurang minum air dan makan. Tapi aku sabarkan hati dengan harapan semuanya akan kembali normal selepas raya nanti tapi....dah sebulan hari raya pun produksi aku masih di takat tu...mujur aku ada banyak stock beku yg aku buat sebelum ni, inilah penyambung hayat breastfeeding journey aku sekarang. But...pagi ni aku jengah peti sejuk aku tu, hanya tinggal empat ketul je lagi stock aku yg ada...means hanya cukup untuk 4 kali feedings je lagi. scary....huhuhuhu... Sebenarnya berat badan aku susut sangat drastik semasa bulan puasa...aku sekarang hanya lebih kurang 42kg ketika tu, adakalanya mencecah 41kg sahaja. Aku

Rumah dah bersawang...

Dah lama tak jenguk umah yg satu ni, sampai dah berhabuk, bersawang....tak bersapu sejak raya tempohari. Bukannya aku takde story...banyak story sebenarnya tapi disebabkan masa yg mencemburui membuatkan aku tak sempat nak kemas-kini blog ni. Blog kawan-kawan pun dah lama tak lawat...sorry ye semua....bukannya aku tak sudi....huhuhuhu.... Btw, gambar raya aku tak byk sgt sebab raya kat umah MIL, dia puny feeling raya tu tak sampai daaa....org pantai timur ni kan kurang memeriahkan Aidilfitri...yg best cuma budak-budak je kot sebab dapat duit raya...mak bapak budak meraung sebab asyik kena pow di sana-sini....huarghhh.....jatuh papa kedana sekejap time tu, nasib baik le gaji bulan ni awal sebab ada sambutan Deepavali. Tahun ni mengikut kiraan kasar kitorg telah membelanjakan lebih kurang RM800 untuk duit raya je...itu belum masuk berlanja sampingan yg lain mcm makanan, minumam, minyak kereta dan jugak tol. Kenapa banyak sangat??? Hehehehe...aku ada anak buah yg ramai....kat sebel

Persembahan Raya?

Hish....seumur hidup aku tak pernah terfikir aku akan kena buat persembahan pada majlis jamuan hari raya. Iye....aku memang selalu buat persembahan time skulah dulu tapi persembahan untuk hari raya tak pernah terlintas kat kepala aku ni....tup,tup bila dah kerja ni pulak aku kena... Actually cerita cenggini...jabatan aku nak buat majlis sambutan hari raya tak lama lagi so organizer minta setiap unit kat dalam jabatan kitorg present satu persembahan semasa jamuan tu nanti. Unit aku pun terlibat sama la untuk contribute something. Pening jugak kepala aku fikir apa la yg nak dipersembahkan nanti, setakat nyanyi lagu raya tu mesti dah common kan? So korang ada any ideas??