Skip to main content

Gigi mama tak bersih ye??

Setiap kali aku suruh Fatini berus gigi, aku bagi alasan yg gigi dia kuning. Malu la kalau kawan-kawan tengok gigi kakak kuning....

Setiap kali selepas memberus gigi jugak dia mesti tanya aku balik...

"gigi kakak dah bersih ke? Dah tak kuning yek?"

So...aku pun akan puji la yg gigi kakak putih bersih, kalau kakak rajin-rajin gosok gigi nanti gigi kakak akan jadi lagi cantik...putih, bersih.

One day, suatu pagi di hari cuti....aku bangun dan gosok gigi bersama Fatini. Macam biasa lepas gosok dia akan tanya la gigi dia putih atau tidak. Aku pun cakap la dah putih. What she did was she insisted nak tengok gigi aku pulak, putih atau tak. I did show her tapi her respond was...

"gigi mama tak putih pun..."

Aku..."gaaaaa", kelu lidah.

Malu beb bila anak komen gigi parents dia tak bersih....padahal kita beria-ia suruh dia rajin gosok gigi untuk putihkan gigi dia. Last-last aku cakap je camni...

"mama kan dah dewasa, dah makan macam-macam, sebab tu gigi mama kuning. Tapi takpe, yg penting bila kita berus, gigi kita bersih kan?"

Nasib baik ada idea nak cover line....

Start dari hari itu aku dok berangan nak pegi scaling dan bleeching....nak bagi gigi secantik model iklan ubat gigi...tapi berangan je lebih, pegi nya blom jua...hiiihihi...

Tapi...itulah anak-anak kan....mereka akan cakap yang benar belaka....even it is hurt....

Comments

ummi said…
huwaaa... samalah cam Iman. komplen tudung akak buruk last wiken. thinking back, mmg buruk pon kot ha ha ha
Asu Bahiyah said…
kak...fatini pernah jugak komen perut saya buncit...dia kata "perut mama ada baby yek?"...huhuhuhuhu

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma