Skip to main content

Kesian anak mama

Kisah ni dah lama berlalu...masa bulan 4 hari tu tapi aku terlupa yang aku ada ambik gambar time tu...kengkonon nak story kat blog, busy sangat le gamaknya sampai tak ingat langsung....

Suatu hari aku dapat call dari tadika Fatini, diorang bagitahu yang Fatini kemalangan kecil. Menggigil jugak aku time tu...yelah, kemalangan kecil pun selagi kita tak tengok sendiri mana puas hati beb. Nasib baik tadika dan taska anak-anak aku dekat dengan opis so aku pun terus pecut pegi tengok.

Rupa-rupanya Fatini terjatuh kat dalam toilet di sekolah, dia berlari nak pergi basuh tangan pastu tergelincir dan dagunya terhantuk ke sinki basuh tangan tu. Banyak jugak darah yang keluar sebab lukanya kat bawah dagu, tarikan graviti akan lebih sikit dan laju la darah mengalir.

Aku pun bawak dia pergi dispensari kat opis, nurse kat situ nak jahit luka dagu dia tu tapi si Fatini punyalah meronta-ronta. Dia ni memang fobia sikit dengan ubat dan doktor. Kalau dia sakit demam memang la payah benau nak makan ubat, tapi kalau time sihat walafiat tu dia yang terhegeh-hegeh nak makan ubat.

Disebabkan dia meronta kuat sangat sampai nak cuci luka tu pun susah jadi tak dapat la nak jahitkan luka tu...actually aku pun lega juga sebab kalau jahit nanti mesti ada parut. Dah kurang pulak saham anak dara aku ni...kat area muka pulak tu...hihihi.... Akhirnya diorang just sapu antibiotik dan tampal plaster je...aku dibekalkan dengan krim antibiotik dan plaster untuk ditukar cuci setiap hari. Seminggu lepas tu kena datang balik tengok sama ada luka tu bertaut atau tidak. Kalau masih terbuka maka time tu kenalah jugak jahit....ngeri weih....






Kesian kat anak mama....tapi itu pengajaran untuk dia agar jangan asyik nak berlari tak tentu tempat.

Seminggu lepas tu masa pergi check up nasib baik luka tu dah tercantum dengan baik....tak payah la kena stiches....alhamdulillah....

Comments

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...