Skip to main content

Teater Bawang Merah Bawang Putih

Alkisahnya aku pergi tengok Teater Bawang Merah Bawang Putih (ke Bawang Putih dulu yek??) kat Panggung Bandaraya DBKL. Panggung ni kalau korang nak tau adalah yang kat sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad tu....kalau lalu depan Dataran Merdeka tu cuba-cuba la jeling ke sebelah kanan, kat area-area orang angkat sumpah dengan matikan stem tu....ha...kat situ la letaknya.

Dalam surat yang kelab kat opis aku ni cakap kena buat booking dulu sebelum nak pergi jadi aku pun call la nombor yang diberikan dan booking attendance. Mintak nak pergi malam Sabtu tapi hall penuh katanya so aku pun booking la malam Ahad dengan harapan takde la crowded sangat sebab esoknya tu hari bekerja. Show start pukul 8:30 jadi kitorang sampai kat panggung tu pukul 8:00 malam. Tergezut mak....penuhnya panggung sampai berhimpit-himpit, atas dan bawah dia pukul rata....haish....camne nih, kata attendance kena booking tapi apehal boleh melimpah ruah penonton ni... Disebabkan dah sampai dan memang nak tengok sangat teater tu so kitorang pun naik tingkat atas, berdiri pun berdiri la...nak buat macam mana. Aku bawak sekali dedua gegirl aku dan dua orang lagi anak buah. Saja je nak bagi pendedahan kat diorang...sepanjang jalan duk tanya kat aku...

"teater ni apa??"
" Kita nak pegi tengok wayang ye??"

Itulah bebudak zaman sekarang, tak tau pun apa itu teater, pantomin jauh sekali la....aku dulu zaman sekolah rendah dah tahu dah drama pentas, pantomin dgn teater ni sebab zaman aku dulu takde Astro....asyik-asyik layan RTM je so memang banyaklah rancangan-rancangan macam ni yang aku tengok masa tu. Paling aku ingat sekali ialah Kisah Sang Kancil Dan Buaya...terngiang-ngiang suara sang kancil tu kat kepala otak aku ni...

"satu, dua, tiga, lekuk....jantan, betina aku ketuk..."

Kisah pasal Sang Kancil dengan Tali Pinggang Raja Sulaiman pun aku ingat lagi....Kisah Arnab dengan Kura-kura pun apa kurangnya. Bestnya teringat zaman kecik-kecik dulu....

Berbalik kepada kisah Teater Bawang Merah Bawang Putih, aku tunggu sampai la habis persembahan...2 jam tau aku berdiri sambil bergilir-gilir dukung Farzana dengan hubby aku....tapi memang berbaloi sebab teater dia best. Memang kisah bangsawan la...kisah Bawang Merah Bawang Putih yang original....takde celup-celup. Siap ada buaian lagi....thumbs up for DBKL.

Next month akan ada teater Semerah Padi pulak, confirm aku akan pergi jua but this time pukul 7:30 malam aku akan terpacak kat dalam panggung, chop tempat pastu gilir-gilir la pergi surau. Nak berdiri 2 jam lagi...??? Haish...tak dapek la den, yang hari tu pun esoknya aku MC sebab sakit pinggang aku makin teruk. Sampai doktor suruh aku berhenti menyusu Farzana...tapi aku tak sanggup la dengar dia merengek-rengek nak susu....

Korang ada petua tak nak bercerai susu???

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma