Thursday, December 3, 2009

Metrojaya Warehouse Sales

Hari Rabu aku dan family pegi Stadium Melawati Shah Alam, shopping la beb...kat MJ Warehouse Sales. Sungguh banyak barang yang "ter"sales kat situ dan kitorang pun "ter"shopping RM300 lebih.

Yang banyaknya adalah bebaju gegirl berdua tu terutamanya si Farzana. Apa tak nya...emak dia dah meroyan nengok romper Baby Gap yang cun melecun di jual hanya RM9 sehelai....paling lekeh aku pernah survey harga romper ni ada yang berbelas ringgit le jugak...yang RM30++ pun ado. Tapi kat situ dia pukul rata...semua style dan design RM9 je....aku sambar 10 helai tapi En.Hubby dah reject 2 sebab design buruk katanya.

Baju Fatini pulak aku beli beberapa helai T-shirt dan sehelai seluar jeans serta sehelai track bottom. Pastu ada la sepasang pyjamas Hello Kitties yang telah berjaya dia rengek-rengek untuk kitorang belikan.

Jika membayar guna kredit kad Maybank, bagi pembelian RM300 ke atas dapat la voucher MJ RM25...voucher ni kitorang beli bantal kecik untuk letak kat sofa dua bijik, satu bijik RM14++.

Itu sahaja hasil rembatan....ops...kat luar dewan tu ada orang jual baby tight RM10 je satu...aku rembat 2 sebab takde saiz sangat untuk Farzana....sekian. Kalau rajin aku buh gambar rembatan....kalau M, pepaham jelah....

4 comments:

MAKCIK REHAN said...

salam. best shopping... sila la tepek hasil belian, makcik sangat teringin nak tengok [cari jalan supaya diri sendiri turut terpengaruh]

ena said...

aku pakai amex maybank xdpt vocher pon??? huwaaaaaaaaaaa

Asu Bahiyah said...

ena...maybe dah habis kot voucher. aku ni meroyan pegi sales hari kedua lagi...mesti la ada lagi voucher tu...

Asu Bahiyah said...

makcik rehan....ku tengah angin M la...please refer to the next post kalau nak tahu apa sebabnya....hihihi

Related Posts with Thumbnails