Sunday, December 13, 2009

PD...here we come...

Kitorang menghabiskan cuti hujung minggu kali ni di Port Dickson. Bukan sesaja jalan-jalan tapi En.hubby ada kerja yang perlu diuruskan di sini. Kalau boleh memang kitorang akan elakkan datang PD time cuti sekolah sebab sesak gila....sana sini orang dan kenderaan.

Sampai kat sini petang Sabtu just gamble je cari hotel, ini sebab planned last minute la...tak sangka pulak kerja En.Hubby berlanjutan sampai ke hari Ahad. Pusing punya pusing, tanya punya tanya last-last dah rezeki kitorang nak duk kat Golden Strait View, ada pulak booking yg canceled. So kitorang pun dapat la stay kat sini.

Hotel ni best sebab ada pool, dekat dengan laut, seberang jalan je...boleh jalan kaki. Ada free wifi but limited to ground floor je...kat area lobby. Nasib baik bilik kitorang kat 1st floor so dapat la coverage wifi tu bila duduk kat balkoni. Bilik ni betul-betul menghadap swimming pool, boleh terjun tiruk dari balkoni terus ka dalam pool....ada brani??? Hehehehehe......

Nak mandi laut??? Kirim salam jelah sebab anak-anak aku penakut nak mampus, cecah kaki dalam air pun tak nak. Takut agaknya tengok laut tu luas....berendam kat swimming pool jelah ye anal-anak.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails