Monday, March 15, 2010

Blog tak update - Problemo Solved


Hari tu aku ada story pasal blog aku yang status last update nya tak update (apa punya ayat la ni...). Cenggini...aku perasan yang blog list di blog orang lain tunjuk status aku last update 2 weeks ago padahal aku ada je update walaupun bukan hari-hari la...so aku pun resah gelisah dan googled for the solution. Korang boleh baca post tu kat sini

Setelah beberapa hari baca sana-sini aku pun try la suggestion blogger lain yang pernah jugak hadapi masalah yg sama dengan blog aku ni...in fact aku terkejut giler yang sangat ramai rupanya blogger yang kena problem macam aku. Kalau orang yg tulis blog untuk suka-suka macam aku ni takde hal la sangat, paling-paling pun orang kata aku pemalas je...atau takde story baru. Cuba kata kalau blog tu orang guna untuk buat bisness, dapat income dari situ? Contohnya yang terima tempahan kek, baju, CD bla bla bla....kesian kan kat diorang. Silap-silap customer pun lari sebab kata peniaga tu tipu, tak update2 blog pun.

So kat sini aku nak share la macam mana cara untuk solve problem tu....memang berjaya walau pun aku tak pasti la relevannya dengan problem tu. Jangan tanya lebih-lebih, aku pun hanya try and error pastu tak sangka dapat pulak solution nya. Kalau korang pun ada problem macam ni, cuba buat step-step di bawah:

1) Tambah address blog korang sendiri kat blog lists di blog korang. Masa ni mesti dia tunjuk last update yang entah bila punya tarikh tu kan...pastu save perubahan dashboard tu.

2)  Edit balik dashboard korang, buang link blog korang tadi dan save balik.

3) Edit sekali lagi dashboard dan tambah balik link blog korang tadi. Save dashboard. Pastu cuba view blog korang dan tengok status last update kat blog list tu.

Kalau berjaya...alhamdulillah...kalau masih sama, cuba ulangi step di atas sekali lagi (delete & tambah). Aku buat sekali je terus dah okey, ada bloger yang buat 2, 3 kali baru okay. Korang try la yek....



Andai kata problem tu masih belum solve jugak....sila la google untuk solution lain. Aku pun tak tau nak buat camne lagi dah.

Chow....wassalam...

No comments:

Related Posts with Thumbnails