Wednesday, March 3, 2010

A call from nursery....

Yesterday in the afternoon, I received a call from Farzana's nursery. Achik ni macam biasa la, terus darah gemuruh takut ada emergency apa-apa kat anak-anak kan....penyelia nursery tu bagitahu yang diorang jumpa blisters (again aku cerita pasal blisters tu...hehehe) kat lengan, peha, kaki, tangan dan badan Farzana. Dalam hati ni dah terdetik..."Anak aku kena chicken pox ni..."

So aku pun pegi ambik Farzana dan bawak pegi klinik.....sah, confirm dan sahih blisters tu adalah chicken pox...no wonder la hari-hari sebelum ni dia demam. Memang simptom chicken pox akan demam dulu baru la naik blisters tu.

So....achik cuti la minggu ni, menjaga si kakak kecik tu....nasib baik aku preggy dah 2nd trimester, kalau masih dalam 1st trimester aku kena hantar la Farzana ni balik ke kampung, minta tolong emak jagakan....it will affected the pregnancy while during 1st trimester. Alhamdulillah.....aku dah lepas critical stage tu.....lagi pun tentu susah nak jagakan Farzana sebab dia masih menyusu badan, nak-nak time nak tido tu confirm berperang air mata la si kakak kecik ni....

Farzana since demam hari tu jadi sangat la manjanya....pantang tengok aku belek benda lain or belek Fatini, dia pasti akan throw a tantrum Pening achik nak memujuknya...kekadang tu achik biarkan je.....yelah, kalau nak sidai kain pun dia melalak, harus la achik biarkan aje.....itu belum masuk toilet, tak berhenti dia mengetuk pintu....nak join sekaki....aiyaaaa.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails